Friday, November 26, 2010

Saya Belajar....

"Aku hidup untuk belajar. Aku belajar dari kehidupan. Aku mahu belajar dari kehidupanku sendiri, juga kehidupan orang lain"

Saya belajar, bahawa orang yang saya kira adalah orang yang jahat,akhirnya orang itulah yang membangkitkan semangat hidup saya kembali

Saya belajar, bahawa persahabatan sejati senantiasa bertumbuh walau dipisahkan oleh jarak yang jauh,Beberapa diantaranya melahirkan cinta sejati....

Saya belajar, bahawa jika seseorang tidak menunjukkan perhatian seperti yang saya inginkan,bukan berarti bahwa dia tidak mencintai saya....

Saya belajar,abahawa sebaik-baiknya pasangan itu,mereka pasti pernah melukai perasaan saya....dan untuk itu saya harus memaafkannya...

Saya belajar bahawa dua manusia dapat melihat sebuah benda,tapi kadang dari sudut pandang yang berbeda...

Saya belajar, bahawa tidaklah penting apa yang saya miliki tapi yang penting adalah siapa saya ini sebenarnya...

Saya belajar, bahawa tidak ada yang serba cepat didunia ini,semua perlukan proses yang panjang
maka saya perlu bersabar

Saya belajar,bahwa saya harus belajar dari kesalahan yang pernah saya lakukan dan hidup untuk masa depan,bukan terus-menerus melihat ke masa lampau..

Saya belajar,bahawa cinta itu memberi dan mengerti tanpa harus diberi dan dimengerti..

Saya belajar,bahwa apa yang kita inginkan tidak selalu sesuai dengan apa yang kita perlukan, dan kita harus berlapang dada menerimanya..

Saya belajar, bahawa keluarga saya adalah harta terbesar yangsaya miliki

Saya belajar bahawa setiap kali hati saya rasa disakiti saya perlu berlapang dada menerimanya kerna sebagai insan biasa saya juga pernah menyakiti insan lain

Saya belajar bahawa untuk saya berjaya dalam pelajaran bukan mudah, bukan hanya boleh diungkap dalam kata-kata, namun saya perlu melakukan pengorbanan dan usaha yang sangat besar.

Saya belajar bahawa andai saya mahu dihormati dan dipercayai oleh insan lain, wajib bagi saya menghormati dan mempercayai insan lain.

Saya belajar bahawa cinta itu memang indah jika disulam RedhaNya namun cinta yang hanya menurut hawa nafsu itu mampu menjauhkan saya daripada Pencipta Cinta itu sendiri.

Saya belajar bahawa sahabat yang saya miliki ketika ini dan masa lalu adalah insan yang terbaik pernah saya kenal dan patut saya hargai mereka dengan kerendahan hati.

Saya belajar bahawa yang datang itu pasti akan pergi dan perlu bagi saya menyiapkan diri dengan sebanyak-banyak amalan sebelum giliran saya pula pergi menghadap Illahi.

Saya belajar bahawa saya tidak tahu apa yang terbaik untuk saya. rakan-rakan dan ahli keluarga juga belum tentu tahu apa yang terbaik untuk saya. oleh itu saya harus berdoa kepadaNya menganugerahkan apa yang terbaik untuk saya kerna Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk hambaNya.

Saya belajar bahawa keikhlasan bukan lahir untuk dibalas, tetapi keikhlasan itu harus saya pupuk dengan niat hanya untuk mendapatkan redhaNya.

Saya belajar bahawa panas lawannya sejuk, api lawannya air, negatif lawannya positif, jahat lawannya baik. oleh itu tidak perlu bagi saya menjadikan panas makin panas, api semakin marak, yang negatif bertambah negatif, yang jahat menjadi dajjal.

Saya belajar bahawa dahulu saya perlu berkawan dengan orang yang baik-baik sahaja, namun bagi saya, berkawan dengan insan yang belum menjadi baik itu juga perlu kerna saya dapat tahu kenapa mereka masih belum jumpa jalan ke arah kebaikan.


Saya belajar bahawa setiap apa yang saya lalui ini adalah suatu pembelajaran, biarpun sebesar mana dugaan yang melanda, kesabaran adalah kunci yang perlu saya miliki untuk keluar daripadanya

Saya belajar, bahawa saya harus tidak boleh berhenti untuk terus belajar...

No comments:

Post a Comment