Ya Allah…dengarkan rintihan hambaMu ini Ya Allah..
Ya Tuhan ujianmu singgah lagi..menguji tabahnya sekeping hati milik insan yang kurangnya serba serbi..namun datangnya kali ini benar-benar menyentak sanubariku…
tidak pernah kurasakan seberat ini..
Ya Tuhan, dugaan apakah ini?
Ya Tuhan..Kau maha mendengar setiap bait doaku kepadaMu…
tidakku nafikan apa yang Dia mahu…tidakku berpaling dariMu tatkala musibah ini menimpa diriku..
Aku akan tetap berjuang..berjuang mengembalikan keadaan kepada sedia kala..tapi..adakah aku mampu Ya Allah? Kerna aku hanyalah insan lemah yang sentiasa mengharapkan pertolonganMu..
namun datangnya ujian jauh dari jangkaan..
hadirnya menggugat ketenanganku..menyentap perasaanku..
hingga lidah terkelu tidak berlisan..membuatku buntu fikiran..
tak tersangka ini dugaannya Tuhan..
tetapi siapalah aku untuk menghalang ujian untuk bertandang dalam hidupku..bahkan Rasulullah kekasih Allah pun diberikan mehnah dan ujian..inikan pula aku yang penuh dosa noda..
Ya Allah…kuyakin sepenuhnya pasti ada hikmahMu..pasti ada..
sedikitpun tidak pernah kuragu..sekelumit sangsi tidak bertapak di hati ini..
aku terimanya dengan qada’ dan qadar..
mampukah aku untuk terus gagah menyusuri jalan ini..?
Apakah jalan yang terbaik buatku?
Apakah jalan terbaik untuk hubungan yang kian retak ini?
Semuanya hanya kerana ukhwah ini..
Tiada yang lain melainkan untuk ukhwah kerana Allah..
dan aku harus redha dengan apa yang menanti..jalan di hadapannya pasti sukar..
Untuk diriku yang lemah..
yakinlah Allah sedang menguji hambaNya..
apakah benar mereka redha dengan ketetapanNya..
apakah benar mereka ikhlas berada di jalanNya..
apakah benar mereka yakin dengan janjiNya..
walau apapun jawapannya nanti dari sang Pencipta,doaku, janganlah ada hati lain yang terluka..
takkanku izinkan dia kecewa berselimut duka..kerana kuyakin dengan seikhlas hati bahawa menyakiti itu lebih menyakitkan dari disakiti..dan melukai itu lebih melukakan dari dilukai..
Bersyukurlah atas apa yang pernah berlaku dalam hidupmu,Alya..
kerana Allah yang maha mengetahui setiap sesuatu..
No comments:
Post a Comment