Saturday, December 31, 2011

Rindu padamu...

Sunyi malam yang sepi,  kelam..hanya kedengaran nyanyian unggas dan alunan air. Kadangkala bertiup bayu hujan mendesirkan alunan malam. Sungguh sepi. Membuatkan fikiran ku jauh melayang memikirkan seseorang yang jauh dari pandangan mata. Tertanya-tanya dihati kecil bagaimanakah dia. Rindu yang lahir dijiwa tatkala malam purnama kadangkala cukup menyeksakan. Ingin kau hadir depanku menjadi pengubat rindu yang kian parah tanpa pengubatnya.
Apakah ini dugaan insan yang bergelar manusia pencinta? Yang diketemukan tatkala dirinya cukup benci akan erti cinta? Apakah ini yang tersurat untuk ku dikala malam hari yang dahulunya tidak pernah memikirkannya?
Inginku lelapkan mataku tapi wajahmu seringkali berlegar di fikiranku. Ku cuba berkali-kali namun suaramu pula memanggil-manggil namaku. Cukup buatku terseksa namun tak terdaya aku berkata-kata. Kadangkala, aku persoalkan pada pencipta. Mengapa harus aku melalui ini semua tika waktu lenaku? Ketika aku begitu memerlukan saat-saat ketenangan merehatkan tubuh badan yang cukup meletihkan.
Sejenak aku melayarkan fikiranku memikirkan semua persoalan. Adakah ini balasanku membiarkan dirimu yang acap kali kesunyian? Adakah ini balasanku yang seringkali mengabaikan dirimu? Adakah ini semua... Keseorangan aku memikirkan diriku yang xkeruan.
Maafkan aku jika itu kesilapanku. Bukan ku pinta untuk sedemikian rupa kerna aku punyai sebab untuknya. Bukan dayaku memberi sepenuh waktu ku untuk terus membelaimu. Bertanya khabar setiap masa dan menceritakan itu ininya. Kudratku bukan umpama perwira yang mampu berjuang setiap masa. Yang mampu muncul tatkala namanya diseru. Aku bukan begitu. Aku manusia biasa yang kurang sempurnanya. Namun ku cuba sedaya upayaku untuk mengukir kebahagian yang seringkali kau pinta. Yang seringkali kau lafazkan dalam tutur katamu.
Maafkan aku sayangku. Kadangkala aku perlukan ruang untuk diriku sendiri. Mentafsir hidupku untu renungan diriku sendiri. Bukan niatku meminggirkan dirimu. Bukan aku xmemerlukan dirimu. Cuma kadangkala, aku xmampu mendengar rintihan manusia disekelilingku yang seringkali membuatkan aku xkeruan. Bercelaru.. aku perlukan ruang untuk diriku. Untukku bernafas seketika. Aku xmampu untuk berdiri semegah yang kau sangka. Kadangkala, aku hanya mampu berdiam. Menyembunyikan diri ini yang kadangkala begitu banyak dosaku. Silapku.. aku perlukan masa untuk diriku ini agar aku mampu pulih seperti sedia kala. Maafkan aku sayangku..
Dengarlah sayangku, cukuplah ku ingin kau tahu, bahawa aku amat menyintaimu. Bukan dia tapi kamu. Usah kau risaukan pada diriku. Hatiku hanya untukmu. Sudah jauh kita melangkah mengukir kenangan yang cukup berharga bagiku. Tak mampu lagi aku berpaling arah menukar arus perjalananku. Arus kehidupan yang yang sudah jauh mengalir. Menuju ke satu tempat yang tidak ku ketahui. Yang jawapannya tidak pernah terlintas dalam bayanganku. Tidak mampu lagi aku memulakan sesuatu yang xpasti jawapannya. Cukuplah dirimu menjadi peneman setia dalam hidupku. Itu pinta ku dan ku harap itu juga pinta mu. Fahamilah aku kerna kehidupan ku ini xpernah sama dengan insan lain. Berbeza corak serta hiasannya. Ku harapkan kau mengerti. Maafkan aku wahai puteriku..
Jika kau ragui isi hatiku yang tercipta untukmu, ingatlah lafaz ini kerna aku inginkan kau tahu apa dihatiku. Kecantikkan itu bukan pencipta cinta yang ada di hati ini. Tapi kesetiaan serta kesabaranmu yang saban hari menungguku. Biarpun hatiku bukan milikmu satu ketika dulu, namun kau setia menungguku. Saban hari memohon doa agar kita dapat bersama. Air matamu yang tatkala membasahi pipimu itu, xkan ku ulangi lagi. Dan ku harap kau menjadi insan yang akan menungguku tatkala aku pulang dari keletihan satu ketika nanti. Yang bisa menunggu ku hingga lewat malammu, agar dapat menenangkan jiwamu serta lenamu..
Namun dalam kehidupan ini, jodoh pertemuan itu sentiasa ditangan tuhan. Kita hanya mampu merancang tapi tuhan yang menentukan. Jika tertulisnya perpisahan di satu lembaran kehidupan, majulah kedepan wahai sayang. Cuma ku pinta satu dalam hidupmu. Inginku melihat kau memegang kejayaan yang kau seringkali impikan. Jangan biarkan alasan merajai pemikiran. Jangan kau biarkan kemalasan menjadi persoalan kejayaan orang. Tuhan itu maha kaya dan tidak pernah dia mengabaikan hamba-hambanya. Setiap kejayaan perlukan tuntutan usaha dan pengorbanan. Sujudmu padaNya jangan pernah kau tinggalkan. Setiap kelahiran manusia pasti terselitnya kelebihan. Mungkin hari ini kau jatuh tapi percayalah kau akan terus bangun megah satu ketika hari nanti. Carilah langkahmu untuk kau mengenali dirimu. Kerana jika kau tidak mengenali dirimu, bagaimana orang harus mengenali dirimu...

Hargailah detik itu...

Setiap detik yang kita lalui, kadang-kadang kita tidak sedar, betapa berharganya untk kita hargai..kadang-kadang kita tidak sedar yang hidup ni perlukan kesedaran tuk kita fikirkan sejenak. Love, friends, family... n diri kita sendiri. Masa yang pergi takkan pernah datang kembali. Masa yang penuh dengan kenangan manis, terindah untuk kita kenangi suatu hari nanti. Kisah hidup yang akan kita perdengarkan tatkala masanya sudah tiba. Mungkin mengharukan sejenak. Mungkin juga mengukir senyuman, mungkin juga buat kita terfikir kenapa dan bagaimana semuanya berlaku. Kita tidak pernah meminta dan dipinta, tapi hakikatnya..suratan Ilahi yang mentakdirkan kehidupan kita di suatu sudut dunia. Yang tertulisnya suatu kisah seorang insan kerdil yang yang melalui setiap liku-liku kehidupan. Kadang-kadang kita persoalkan keadilan, dan  tertanya-tanya?? Mengapa mesti ditempuhi setiap lautan yang bergelora, mengapa mesti direntasi sungai yang deras mengalir?? Mengapa n mengapa??? Persoalan yang tak mungkin terjwab dalam akal fikiran kita. Tapi, mungkin ada sebab mengapa semua ini harus terjadi. Terciptanya manusia ini kadang kala tidak perlukan sebab. Malah, jawapannya tidak perlu dicari.. kerana yang maha Esa pasti ada jawapannya. Tanpa cabaran, dan dugaan..maka tiada kejayaan. Tanpa kesedihan maka tiadalah kegembiraan. Pernah juga terdengar ungkapan manusia.. insan yang terduga itu adalah insan yang terpilih untuk diduga.. terpilihnya kerana kelayakannya untuk menempuhi setiap yang diduga. Biar pun jatuh dan bangun semula.. ia tetap diduga.. kerana Dia tahu yang selayaknya diduga adalah pilihan diriNya. Mungkin kita tidak sedari kita juga pilihannya untuk diduga. Dan syukur kehadratnya, kita masih mampu bernafas dan meneruskan kehidupan ini. Ramai yang rebah kerna tiada kekuatan diri. Memilih jalan yang yang difikirkan wajar pada akal fikirannya, tapi hakikatnya jalan itu penuh dengan durjana.
Setiap manusia diberi peluang memilih jalan hidupnya, tapi ada juga yang terpaksa menerima seadanya. Kehidupan ini bukan seperti epik cerita dunia. Hiburan untuk kita tatapi tatkala inginkan kerehatan minda. Yang akhirnya penuh dengan kegembiraan. Pilihan yang jawapannya sudah terpacar kegembiraan ataupun unsur-unsur positifnya. Ini kehidupan.. kehidupan yang tiada seorang pun insan yang bergelar manusia tahu akan penghujungnya. Sama ada gembira, atau duka.. berjaya atau kecundang tanpa nama, ataupun sekadar tiada illusi yang terfikirnya.
Kita pernah melalui saat-saat remaja. Dan setiap remaja juga takkan pernah lari dari alam percintaan. Kita sering terdengar, percintaan ini penuh dengan suka duka. Malah, seksanya mungkin terasa hingga ke akhr hayat kita. Lumrah percintaan, si merpati yang terbang liar bebas di udara kadangkala cukup indah jika diapit oleh si merpati lain. Yang terbangnya sentiasa ditemani. Merentasi benua jauh pun tidak akan pernah tersoal jaraknya. Jika terpisah, tercarinya hampir sepelosok dunia agar ditemukan semula. Biarlah terpaksa mengibas sayap berhari-hari lamanya, menunggu tenggelam timbul cahaya mentari setiap hari, juga pulang ke sarangnya mencari pengapitnya. Lumrah berDua.
Cinta yang lahir dari jiwa yang tak pernah terjwad persoalannya begitu penuh dengan misteri. Wujudnya cukup membuatkan kita sedar betapa besarnya kuasa Illahi pada hambanya. Dengan hanya sekilas pandangan, sudah cukup menghuraikan betapa besarnya kuasanya dan bersyukurnya kita dikurniakan perasaan sebegitu rupa. Perasaan yang xkan pernah lari dari kehidupan seorang manusia. Cukup indah, namun boleh juga ku katakan cukup seksa bagi si pemiliknya. Saat-saat kerinduan melanda jiwa si pecinta, tidak terungkap dengan hanya coretan dakwat si penulis mengurainya. Ingin sentiasa bersama walau dipisah beribu batu jauhnya, tidak kurang juga hanya dengan terpisah sedinding batu sahaja. Namun hakikatnya, rindu itu tiada penawarnya jika tiada orang yang dicintai didepan mata. Bagaikan sebuah lagu yang liriknya hanya mampu difahami si penulisnya.cinta...

Inikah CINTA...

Hembusan nafas baru yang lahir tatkala senja menjelma, cukup menyinar kehidupan yang hampir goyah. Beraraknya awan mendung berganti awan cerah cukup menggembirakan jiwa sang pencinta. Detik-detik kehidupan baru yang disulam dengan benang-benang ceria banyak mengajar jiwa sang pencinta agar terus menerima cinta. Jika dahulunya berakhir sebuah diari cinta telah menutupkan hati seorang insan yang begitu setia pada jiwa yang berbeza, kini semuanya sudah berubah. Kelahiran sekuntum bunga yang semakin hari semakin mekar di laman hati jiwa pencinta kini kian harum seantaranya.
Jika dahulu benih yang terbang bebas dibawa angin semakin liar ditiup angin, namun kini telah diketemukan permukaan yang subur untuk disemai dan terus berbunga. Disiram dengan minuman kasih serta sayang..belaian dan juga kesetiaan..semakin hari semakin mekar si bunga menghirup udara cinta. Kesabaran yang sering dituntut dalam mengabdikan sebuah kehidupan seringkali menjadi tuntutan dalam setiap perjalanannya. Biarpun ribut melanda, panas terik yang cukup menyeksakan, namun semuanya adalah liku-liku kehidupan yang harus ditempuhi sang pencinta. Kini sang bunga semakin mekar dalam laman jiwa si pencinta.
Terkenang jauh masa silam yang pernah menghiris hati sang pencinta. Cukup menyeksakan hingga ajal menjadi tarikan pemikiran pada waktu kalanya. Kini semuanya tinggal sejarah di satu sudut memori yang tidak mampu dilupuskan sang pencinta. Hanya doa yang mampu ditinggalkan agar semuanya sentiasa dalam keadaan tenang dan bahagia bersama laman baru kehidupannya. Kerna semuanya sudah banyak berubah dengan kehadiran bunga yang cukup tak tersangka oleh jiwa pencinta...
Memang benar jika dikatakan cinta itu indah. Saat-saat terjalinnya sebuah ikatan jiwa. Namun hakikat sebenarnya, hanya sang pencinta yang merasakannya. ketabahan dan juga kesabaran menjadi kayu pengukur dalam setiap hubungan. Apatah lagi pengorbanan yang kerap kali mendesak jiwa pencinta. Jika ditanya pada ribuan jiwa, xkan pernah menyatakan cinta itu durjana. Hanya keindahan menjadi bualan awal hingga akhirnya. Namun jika diselami jiwa yang pernah terguris hatinya, cukup gerun untuk didengarnya. Tatkala bahtera yang megah belayar di lautan luas, meredah lautan yang cukup bergelora tiba-tiba dilibas ombak yang memecahkan hampir keseluruhan bahteranya. Dan akhirnya terkaramnya ia jauh didasar lautan yang gelap lagi sepi. Yang tidak akan mampu diterokai walau jauh diselami. Terkuburnya ia bagai tidak pernah wujud epik pelayaran merentasi lautan mengelilingi dunia ini.
Namun itu hanya sejarah yang tidak perlu diungkai. Yang berlalu biarkan ia berlalu tanpa meninggalkan kesan di sanubari. Bisikan cinta pada jiwa pencinta perlu dipeliharai. Agar tidak lagi tercoretnya sejarah dalam memori hidup ini. Sang pencinta semakin matang dalam memilih pilihan hidupnya. Yang pergi tetap akan pergi dan yang pergi pasti ada pengganti. Syukur pada Illahi kerna yang pergi digantikan dengan yang lebih bererti juga yang lebih disayangi. Mungkin cinta itu sukar untuk dilafazkan dengan kata-kata juga tingkah lakunya, kerna kadangkala ujian yang perlu diterokai untuk kepastian hidup ini perlu direntasi kerna itulah yang akan disatukan dalam kehidupan. Yang akan menjadi sebuah diari yang tidak akan ada helaian terakhirnya dalam pencintaan...

Erti Sebuah Kehidupan...


Bersabarlah sayang.. Arus kehidupan tak selalunya tenang. Kadangkala, ianya deras jika mengalirnya rintikan hujan. Namun, jika rintikan hujan diganti dengan kemarau berpanjangan, keringnya pula bagaikan debu yang berterbangan. Bagaikan tiada kesan mengalirnya sumber minuman. Sumber kehidupan kepada jutaan makhluk tuhan. Makhluk tuhan yang sentiasa mencari cara bagaimana untuk hidup di dunia yang nyata. Kadangkala, pokok yang disangka mati itulah yang akan terus bernafas memberi sinar kehidupan kepada makhluk tuhan yang saling memerlukan. Warna kekuningan serta kelayuannya cukup untuk kita tafsirkan penghujung kehidupannya, namun dia masih mampu bertahan hingga mampu membenihkan suatu kehidupan baru. Benih yang akan bercambah dan trus membesar.
Dalam kehidupan ini, tak semuanya indah. Takkan siang sepanjang masa tanpa diganti dengan kedinginan malam. Ciptaan tuhan ini terlalu sempurna untuk kita hayati dan renungi. Saban hari memerah keringat di bawah mentari panas, malamnya pula cukup tenang diulit mimpi2 indah. Memberi peluang kepada makhluk ciptaanNya berehat dan trus berkhidmat pada esok harinya. Perjalanan hidup yang diatur cukup indah dan sempurna. Begitu juga perjalanan hidup kita yang telah tercoretnya disatu lembaran coretan. Kesedihan akan diganti dengan kegembiraan. Silih berganti dan trus berganti. Yang tabah akan trus pergi, yang kecundang akan kembali pada sisiNya.
Jangan pernah menyesal dengan kehidupan. Kerana itu suma satu ketetapan. Tapi pandanglah kedepan. Jangan biarkan air matamu membasahi pipimu. Meratapi kesedihan serta penyesalan, tapi fikirlah kedepan. Masih jauh perjuangan yang perlu diteruskan. Tiada erti kalah dalam kehidupan ini. kerna hidup ini, bagaikan satu medan pentempuran. Orang yang lemah akan kecundang. Yang kuat pasti akan mara kedepan. Lumrah peperangan, akan ada kalah dan menang. Mengapa harus direnung kesedihan kekalahan. Aturkan satu susunan yang berkesan. Pemimpin yang hebat takkan pernah melafazkan kata-kata suram. Malah, memberi suntikan jiwa pada pengikutnya biarpun dia hanya berseorangan. Biarpun hakikat sebenarnya, jauh erti kemenangan pada dirinya. Berkorban biar sampai ajal. Biar tuhan yang tentukan segala-galanya. Usaha dan semangat adalah kunci segala pintu persoalan. Kerana itulah erti kehidupan..
Bersabarlah sayang.. walau apapun, hidup ini perlu diteruskan. Masih banyak yang harus kau renungkan. Masa yang berlalu takkan pernah datang kembali. Malah, cabaran baru sentiasa menanti. Usaplah air matamu itu. Takkan berubahnya dunia ini dengan kebasahan pipimu itu. Jangan kau sia-siakan air matamu itu. Jangan kau sia-siakan masamu.. jangan kau sia-siakan usahamu.. jangan kau sia-siakan pengorbanan orang tua mu.. Hiduplah belajar erti tabah dan sabar. Matangkanlah gerak gerimu dengan kesilapanmu. Jangan kau ulanginya walau sekalipun. Biarlah ini menjadi sejarah hitam hidupmu. Untuk kau tatapi setelah kau berjaya nanti. Agar kau tidak lupa diri...

Suratan Takdir...

Suratan takdir setiap manusia tidak akan penah sama dengan manusia lain. Takdirnya cukup berbeza. Perbezaan in cukup menduga kita sebagai insan yang bergelar makhluk yang maha esa. Dugaan yang dilalui dalam ranjau kehidupan ini cukup meletihkan. Diduga bagaikan tiada keadilan. Disaat kita tak mampu lagi memikul tanggungjawab, namun diberikan lagi kepercayaan. Yang hakikatnya seharusnya dipikul juga. Kadangkala terdetik dihati kecil seorang insan, hidup ini cukup meletihkan. Apatah lagi erti kebosanan. Melalui ranjau kehidupan yang saban hari hampir sama. Dari terbukanya iris mata melihat cahaya subuh, hingga tertutupnya pandangan mata seorang manusia dibuai alam yang berbeza dari realiti. Alam fantasi yang kadangkala cukup mengindahkan dari alam kenyataan. Sehinggakan wujudnya segelintir umatnya yang ingin trus berada dialam yang indah itu.
Hati seorang insan mana yang tidak mahukan kedamaian. Ketenangan dan kadangkala keamanan. Berada disamping insan yang cukup disayangi. Dikelilingi tawa riang cahaya-cahaya cinta. Namun masih jauh perjalanan hidup ini yang perlu dikejar. Bukan semudah yang disangka. Hidup ini seringkali menagih pengorbanan. Tanpa pengorbanan, tidak akan wujud erti pembalasan. Juga erti nikmat kehidupan. Tekanan yang dilalui cukup menyeksakan. Cukup menguji pemikiran matang dan kewarasan seseorang insan. Pernah terdetik dihati ingin berlari. Berlari jauh meninggalkan semua ciptaan. Yang dahulunya pilihan hati seorang manusia yang nekad terhadap pilihan hidupnya. Berlari jauh tanpa menoleh kebelakang. Namun, sejauh mana harusku berlari meninggalkan semua ini? Kerna suma ini tidak akan pernah pergi meninggalkan hidup ini. Semakin jauh langkahku, semakin dekat jejakku. Semakin jauh pandangan ku, semakin dekat dalam hatiku. Kemana harusku berlari. Sampai bila....
Terdiam aku membisu memikirkan hidup yang penuh dengan persoalan. Tanggungjwab yang dipikul masih terbeban dalam pemikiran. Namun, takkan ada penyesalan dalam kehidupan. Kerna sudah jauh aku kedepan mencorak kain kehidupan. Yang warnanya terdiri hitam putih kehidupan. Warnanya kadang kala malap jika dipandang sebelah mata. Namun cukup berbeza jika dipandang dengan kesempurnaan penglihatan. Hidup ini perlu diteruskan. Kesyukuran perlu wujud dalam setiap hati insan. Mengapa harus berlari kejalan yang tidak pasti arah tujunya sedangkan kita dipaksi yang sewajarnya. Mengapa harus berhenti sedangkan masih awal untuk kita melihat hasilnya. Dalam kehidupan ini, wajar kita memahami erti kesyukuran. Disaat kta berada dalam kejatuhan, bersyukurlah kerna kita mampu lagi bernafas untuk trus membetulkan kesilapan. Kesilapan yang xkan pernah lari dlm kehidupan ciptaan Illahi. Berfikirlah sejenak akan keperitan insan yang tiada arah hidupnya. Tiada pedoman dalam setiap pemikirannya. Berfikirlah sematang-matangnya dalam memilih jalan kehidupan. Kerana manusia hanya diberi satu peluang untuk kedepan. Dan tiada erti dalam kehidupan untuk mengayuh kebelakang. Dan jika diberi peluang kedua, hargailah sewajarnya, kerana tak semua insan diberi sebegitu rupa. Hidup ini penuh dengan cabaran. Takkan ada kejayaan tanpa cabaran. Takkan ada kegembiraan tanpa pengorbanan.
Jangan ditanya pengorbanan orang, tanya pengorbanan didada jika itu yang kita mahukan. Jangan ditanya kesenangan yang diperoleh, tanyalah bagaimana dia memperoleh kesenangan. Keringat ibunda dan ayahanda perlu dikenang. Restu dan doanya biar menyuluh jalan kehdupan agar kita tidak kesesatan. Panjatkanlah rasa syukur terhadapNya jika kita melanda resah dan rebah. Jangan didengar desiran angin yang berlalu di pendengaran, kerana tak semuanya datang dari kebaikan.Fikirlah...

Aku Rindu Padamu...

Terduduk aku di jendela. Melihat awam malam yang cukup tenang. Beraraknya ia mungkin membawa hujan dan mungkin juga hanya awam malam. Hutan yang terbentang luas melitupi bukit yang kadangkala cukup bosan untuk ku lihatnya. Terbatasnya pandangan mataku melihat keindahan ciptaan manusia. Yang satu ketika dahulu hampir setiap masa aku melihatnya. Aku kebosanan melihat benda yang hampir sama. Melalui rutin yang boleh ku baca setiap harinya. Aku inginkan kebebasan yang pernah aku miliki satu ketika dulu. Yang aku rasakan dunia ini hanya milik ku seorang sahaja. Bebas aku mengorak langkah kemana dan dimana. Bebas aku mengawal putaran masa walhal tidak pernah aku kisahkan tentang masa. Tanpa sebarang kerumitan yang mampu untuk memeningkan kepala. Bosan aku memikirkannya..
 Berfikir sejenak menunggu hembusan terakhir. Hati kecil ku meronta ku diamkannya. Ku menafikan niatku untuk kepuasan diri. Apalah yang mampu untuk ku lakukan. Hidup yang terikat. Bagaikan seekor kerbau yang ditambat. Yang hidupnya hanya untuk tuannya. Menjelang senja ia kembali, awal pagi ia dilibasi. Berjalan di sawah padi membajak sawah. Dan hanya rumput di jalanan menjadi kunyahan pagi.
Hati kecil ku meronta lagi. Memori lama menusuk di fikiranku. Mengimbas kembali zaman berseluar hijau berbaju putih. Indah dan tenang. Tiada beban dan rakan sentiasa bergelak sakan. Rakan-rakan yang dahulunya amat ku hargai. Berlalu ia pergi mengikut masa yang sentiasa pergi. Terkenang seawal pagi ku bangun pagi. Subuh ku nanti untuk berlalu pergi. Seawal pagi aku melangkahkan diri. Tika cahaya mentari tidak kelihatan lagi. Namun kesibukan ibu kota ini sudah sebati dengan kehidupan ini. Bas yang sentiasa ku naiki ku nantikan. Perhentian ini semakin lama semakin ramai dihuni dengan kelibat manusia yang mencari rezeki. Berasak-asak menghimpit melalui pintu yang kecil saiznya. Berdiri hampir sejam lamanya. Kadangkala kesesakan itu mengajar erti sabar dan tabah. Melihat ragam manusia yang jika dilalui tika itu punyai 1001 perasaan bencinya. Namun jika dikenang sungguh menggelikan hati. Terkenang aku kesesakkan di awal pagi. Yang kini menjadi memori di kala sepi.
Jika ku kenangkan lagi, sungguh banyak yang mampu aku tulisi dengan hati yang penuh hiba. Memori yang pergi xkan pernah kembali. Hakikat yang harus ku terima dalam hidup ini. Hidupku kini berbeza. Tiada lagi pulang lewat ke rumah, tiada lagi hiburan di kala malam menjelma, tiada lagi semuanya. Yang ada hanya peraturan dan hukuman ciptaan manusia. Terbatas aku melonjak kebebasan dunia. Semuanya lenyap dimamah usia. Berputar ia dihuni manusia yang baru mengenal dunia. Bebas tanpa ada bebannya. Aku yang kian bertambah usia melangkah ke arah satu peringkat dalam kehidupan manusia. Yang perlukan kefahaman erti tanggungjawabnya, erti berdikari serta lebih fokus dalam kehidupan.
Apakah ini pilihan hidupku yang harus ku tempuhi. Atau pilihan orang tuaku yang semakin lama semakin jauh dari pandangan mataku. Aku rindu pada mereka yang satu ketika dulu saban hari meleteri ku. Aku rindu pada leteran mu itu. Aku rindu wahai ibuku, ayahku...Semoga kau memberkati hidupku ini. Kau sentiasa ku ingati dalam doaku. Yang setiap harinya ku mohonkan keampunan dariNya. Maafkan aku jika aku bukan anak solehmu..Aku rindu padamu..

Kematangan...

Langit yang cerah, di hiasi layang-layang indah tenang mengikut alunan angin yang membawanya. Bebas ia bergerak ke kiri dan kanan di tiup angin senja. Semakin lama semakin jauh ia terbang meninggalkan kehijauan yang melambai-lambai pemergiannya. Cukup indah dan damai. Namun, hakikatnya, masih wujud satu hubungan yang tidak dapat memisahkan ianya dengan erti sebenar kebebasan. Kebebasan yang jika dilihat dari zahirnya. Namun jika direnung, ianya tidak pernah mengenal erti kebebasan. Di sebalik kemegahannya terbang di udara, masih lagi kelihatan seutas benang yang masih mengawalnya dari jauh. Seutas benang yang samar-samar ia kelihatan di liputi silauan cahaya senja. Yang dikawal ianya mengikut tiupan angin. Kuatnya angin berlalu pergi, maka akan jauhlah ianya bebas melihat keindahan ciptaan Illahi. Namun jika suramnya tiupan angin, beransurlah ia melayang-layang menyembah bumi. Segumpal benang ditarik dan dilepaskan mengikut rentak awan dan di pengakhirannya, rebahlah layang-layang yang selama ini disangka bebas mengemudi sayapnya di awangan. Bagaikan kehidupan yang dilalui seorang hamba yang bergelar insan. Yang hidupnya penuh dengan pantang larang ciptaan manusia.
Dalam ranjau kehidupan ku ini, aku sering tertanya-tanya di hati kecil ku. Adakah ini takdir kehidupanku untuk mengajar aku menjadi insani yang bergelar manusia. Mengenal segala erti sabar, tabah, syukur dan menghargai? Mengubah aku menjadi seseorang yang berguna? Yang dahulu kalanya putih suci kini dicemari dengan kehitaman. Warna yang mengubah hampir setaraf warnanya. Namun, masih ada lagi sisa-sisa putih yang kini bertukar warnanya menjadi kelabu. Yang perlu diputihkan kembali dengan sejumlah besar warna putih walhal hanya setitik warna hitam. Xkan berubahnya warna yang tercemar jika warna hitam itu tidak dibuang kesemuanya. Kerna warna hitam itulah punca segala-galanya. Punca segala kekotoran yang ada..
Puluhan angka kini meninggalkan belasan usia, tempat ini banyak mengubahku. Mengajar aku apa itu satu, dan pecahan kepada satu. Mengajar aku bagaimana terciptanya alunan muzik yang hanya dengan seutas tali menjadi melodi yang cukup enak didengar. Seutas tali yang jika dipetik menggetarkan bunyi yang membingitkan telinga, namun jika ditambah dengan temannya dengan petikan yang berkonsepkan irama, cukup indah. Cukup indah dengan iringan suara yang merdu hingga terciptanya sebuah lagu. Lagu yang xkan lapuk ditelan zaman. Yang bisa menghiburkan walhal wujudnya generasi baru.Erti satu...
Namun, perubahan itu xsemudah yang disangka. Kerna sesuatu benda yang paling sukar untuk berubah adalah perubahan. kebiasaan itu sudah sebati dalam jiwa yang membesar. Ku Imbaskan kembali kenangan silamku. hutan batu yang dibina manusia seringkali menjadi rumahku serta syurgaku. Meredah aku ke sana ke sini hingga ketemu jua kembali putaran jarum masa yang sentiasa berputar. Berdetik waktu saatnya yang hanya hiburan ku kenal semata-mata. Tanpa ku kenal malam siangnya. Rakan yang sentiasa disampingku kadangkala hanya illusi semata-mata bagaikan wujudnya hanyalah sebuah mimpi. Melihat mereka yang seakan-akan tidak sabar untuk mengenal dunia. Tidak sabar mencapai usia segala2nya. Yang menjadi kunci segala rantai yang dimangga. Hingga yang terlarang menjadi pengukur tahap usia seseorang insan. Namun hakikatnya, itulah sebenarnya permainan insani yang sedang rakus mengenal dunia.
Kematangan itu banyak mengajar aku semuanya. Kesan buruk baiknya. Kadangkala, aku kelihatan tersenyum ketawa melihat gelagat insani yang baru mengenal dunia. Biarlah ia. Akan sampai satu tahap kesedaran dalam dirinya. Takkan sedarnya seorang insan tanpa balasannya. Tanpa merasa apa yang dicuba. Yang termampu hanya nasihat untuk difikirkan sejenak. Terpulanglah pada pendengarnya..

Pahit manis kehidupan...

Pahit manis merupakan asam garam dalam kehidupan... kadangkala kita selalu merasakan diri kita yang terbaik. ...menolak segala yang datang kerana kita rasa kita mampu untuk melakukannya tanpa bantuan sesiapa. Namun, kita seringkali terlupa bahawa kita bukanlah dicipta bersendirian di bumi Allah ini..

Manusia sering alpa saat kejayaan datang bertamu... walhal, itu sebenarnya merupakan ujian kecil buat dirinya. DIA ingin melihat apakah kita ini seorang hamba yang bersyukur tatkala nikmat dikurniakan atau kufur. Bibir mudah melafazkan keikhlasan namun keikhlasan sebenar yang datangnya dari dalam hati kita, hanya Allah yang mampu menilainya.

Jika kita berbuat baik untuk mendapatkan nikmat syurga semata-mata, sia-sialah ia.... berbuatlah kebajikan utnuk mendapatkan mardhatillah.. nescaya kedua-duanya akan kita miliki..

Peliharalah hubungan sesama manusia kerana ia merupakan salah satu jalan untuk kita merapatkan hubungan dengan Allah..... tidak rugi memohon maaf berbanding menanggung penyakit hati yang datangnya tidak kita sedari..

Maaf adalah penghujung sabar....

Sunday, December 25, 2011

sUCCESs

The great secret of success is self-discipline - getting yourself to do what
you really need to do - choosing to do what you feel is right and will bring the
results you want into your life -  long term.   It is bringing order and efficiency
into your life-. . .  creating structure in your life and doing this enthusiastically!
Success comes from taking charge of yourself and feeling proud of yourself
when you do....
We are not going to succeed in everything we attempt in life.
       That's a guarantee.  In fact, the more we do in life, the more
       chance there is not to succeed in some things.  But what
       a rich life we are having!   Win or lose, we just keep winning.
..

Shift your problems to challenges.  When you have problems, you
        worry about them.  When you have challenges - you are working,
        applying, and attacking your plan to get results.
This shift in
        thinking from problems to challenges is important in making
        tension an asset.


Assume that whatever situation you are facing at the moment is
        exactly the right situation you need to ultimately be successful.
        This situation has been sent to help you become better, to
        help you expand and grow.

Begin difficult things while they are easy.  Do great things while
    they are small.  The difficult things of the world must once have
    been easy.  The great things must once have been small.

    A thousand mile journey begins with one step.  Start today.

Tuesday, December 20, 2011

Miss You...

Today I m feeling so low as you are not with me,
I miss u every moment wherever I may be.

My mind sets no where and just thinks about you,
 
I wanna talk a lot with you but our talks are due.

My lips are trembling and calling your name,
 
I cannot see you in front of me and I m going through this pain.

My tears are in trauma should they flow out or lay inside,
 
they want to roll down my cheeks but could not decide.

My one hand holds the other as it cannot hold yours,
 
It wanders for only your warm touch , I m sure.

My heart beats gets faster wishing you might be here,
 
giving me the feel of joy, love and care.

How much I love you is all i know,
 
i just feel it and I dont want to show.

I miss you with every beat of my heart, no doubt
 
you are the only one of whom i can think about....
MISS YOU MUCH!!!!!!!!!!!!!

Saturday, December 17, 2011

Kadang-kadang...

Kadang-kadang kita tidak menghargai cinta... kenapa ?? 
sebab, kita belum merasai kehilangan dia... 
kadang-kadang kita rasai cinta dia, tapi masih tak percaya, kenapa ???
sebab... kita selalu fikir negatif tentang dia.. 
kadang-kadang kita tak sedar hati kita betul-betul menyayangi dia, kenapa ???
sebab, kita tunjuk ego tak mahu mengalah......

Jika ia sebuah cinta...

Jika ia sebuah cinta
ia tidak mendengar , tetapi ia sentiasa bergetar .
Jika ia sebuah cinta
ia tidak buta namun ia sentiasa melihat dan merasa .
Jika ia sebuah cinta
ia tidak menyeksa namun sentiasa menguji .
Jika ia sebuah cinta
ia tidak memaksa namun sentiasa berusaha .
Jika ia sebuah cinta
ia tidak cantik namun sentiasa menarik ...
Jika ia sebuah cinta
ia tidak datang dengan kata-kata , tetapi ia dihampiri oleh hati
Jika ia sebuah cinta
ia tidak terucap dengan kata namun ia sentiasa hadir dengan sinar mata...
Jika ia sebuah cinta
ia tidak berjanji namun sentiasa cuba memenangi.
Jika ia sebuah cinta
ia mungkin tidak suci namun sentiasa harmoni .
Jika ia sebuah cinta
ia tidak hadir dengan perkataan namun hadir dengan ketentuan..
Jika ia sebuah cinta..
ia tidak hadir dengan kekayaan dan kebendaan
namun hadir dengan kesetiaan dan pengorbanan...

Thursday, December 8, 2011

Jadilah Dirimu...

Kalau engkau tak mampu menjadi beringin
yang tegak di puncak bukit
Jadilah belukar, tetapi belukar yang baik,
yang tumbuh di tepi danau

Kalau kamu tak sanggup menjadi belukar,
Jadilah saja rumput, tetapi rumput yang
memperkuat tanggul pinggiran jalan

Kalau engkau tak mampu menjadi jalan raya
Jadilah saja jalan kecil,
Tetapi jalan setapak yang
Membawa orang ke mata air

Tidaklah semua menjadi kapten
tentu harus ada awak kapalnya....
Bukan besar kecilnya tugas yang menjadikan tinggi
rendahnya nilai dirimu
Jadilah saja dirimu....
Sebaik-baiknya dari dirimu sendiri

RENUNGI...

Allah telah menurunkan air (hujan) dari langit,
maka mengalirlah air di lembah-lembah menurut ukurannya,
maka arus itu membawa buih yang mengembang.

Dan dari apa (logam) yang mereka lebur dalam api
untuk membuat perhiasan atau alat-alat,
ada (pula) buihnya seperti buih arus itu.

Demikianlah Allah membuat perumpamaan
(bagi) yang benar dan yang batil.
Adapun buih itu, akan hilang sebagai sesuatu yang tak ada harganya;
adapun yang memberi manfaat kepada manusia, maka ia tetap di bumi.
Demikianlah Allah membuat perumpamaan-perumpamaan.
(QS 13:17, Ar Ra’d)

Surat Cinta UntukMU...

Ya Allah.. Sudah lama aku teringin untuk menulis warkah cintaku kepadaMu.. Hanya Kau yang Maha Mengetahui hati ini.. Aku tidak tahu.. Adakah aku ditipu? Aku memang telah tertipu dengan dunia yang fana ini.. Biarpun sebanyak mana hatiku menukil madah, Tidak akan sesekali habis kalimahMu.. Tetap penuh biarpun ditambah gandaan segenap alam.. Aku keliru memilih panduan hidupku sendiri.. Mungkin suatu hari nanti Engkau akan menunjukkan sesuatu yang lebih awla buatku ya Allah.. Oh, ya Allah.. Kenapa sejak akhir-akhir ini aku menjadi semakin buntu.. fikiranku bercelaru.. aku rasa kehilangan identiti diriku sendiri.. Aku rasa kekosongan pada jiwaku.. Ya Allah, aku semakin tewas dengan dunia ini.. Aku tidak dapat membezakan yang manakah yang fardhu dan manakah yang harus Ya Allah, manusia tidak mampu memahami diriku.. hanya Engkau sahaja.. ya Allah, aku pasrah.. tetapi aku tidak mahu tewas pada kelemahan diriku sendiri.. aku memerlukan ilham daripadaMu.. hatiku butuhkan sesuatu ya Allah.. aku perlukan ketenangan yang tidak bisa kuperoleh melainkan hanya dengan bersendirian bersamaMu.. biar apa pun yang berlaku, aku masih memerlukan diriMu.. Aku sangat memerlukan Engkau ya Allah, lebih daripada sebagai hamba.. Sebagai kekasih ya Allah.. Aku tidak mampu mengharunginya seorang diri ya Allah.. Aku sedar kelemahan, kekhilafan dan kesalahan yang telah kulakukan selama ini.. Tapi, kenapa aku gagal menjauhinya ya Allah.. ? Biarpun sejuta manusia yang menawarkan diri untuk menolongku atau seumur hidup aku mengadu pada manusia, tiada yang akan dapat membantuku sehebat kuasaMu. Aku tidak mengerti akan diriku.. Tenggelam punca dalam kesibukan dunia.. Ah, dunia yang fana ini lagi! Sukarnya untukku lari daripada kenyataan.. Ya Allah aku sudah tenggelam punca.. Aku hilang arah tuju.. Namun aku akan tetap mencari cahaya itu.. Cahaya yang Kau janjikan buat hamba-hambaMu yang beriman.. Namun kudambakan lebih daripada itu.. Aku mahu menjadi seorang yang bertaqwa di sisiMu.. Aku mahu jadi seorang yang istimewa di sisiMu.. Meskipun aku tahu hakikat kehambaan ini.. Aku tidak akan berputus asa untuk mendapatkan cintaMu.. Kerana aku tahu sesungguhnya Engkau Maha Penyayang.. Dan setiap ibadahku pasti bermula dengan kalimahMu.. Wahai Rabb yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih.. Aku dahagakan cintaMu ya Allah.. Aku sanggup merempuh segalanya demi Engkau Tuhan yang Maha Esa.. Engkau bukan permata.. Bukan juga mutiara.. Tetapi Engkaulah yang Maha Pemilik segala.. Engkaulah yang memegang hati-hati ini.. Hati yang menangis di kala malam berlabuh.. Hati yang meronta kerana terlalu merinduiMu.. Hati yang tidak sanggup berjauhan denganMu walau sedetik.. Hati ini terasa keseorangan apabila keramaian.. Hati ini baru mengerti maksud Mahabbah kepadaMu.. Hati ini mahu setiap denyut nadinya hanyalah untukMu.. Setiap titis darah yang mengalir dalam pembuluhku setia menyebut namaMu.. Berusaha untuk tidak mengingkari nikmat agung kurniaanMu.. Ya Allah aku mengharapkan cinta semulia Nabi Muhammad, Kasih yang tidak berbelah bahagi al-khalil Ibrahim, Sifat pengasihani Siti Khadijah, rindu sesetia Rabiatul Adawiyah, Sabar secekal Fatimah, Yakin sesuci Asiah, Iman seteguh Sumayyah, Jiwa sekental Bilal bin Rabah.. Aku benar-benar telah jatuh cinta.. Aku cintakanMu ya Allah.. Janganlah Engkau padam api kecintaanku terhadapMu ya Allah.. Malah kupohon agar Engkau semarakkannya dengan kasihMu dan nurMu.. Aku memerlukanMu pada setiap detik hidupku.. Aku sentiasa berkehendak kepada cintaMu, rahmatMu dan petunjukMu.. Inni uhibbuka ya Allah,

Kebaikan dan Kejahatan...

Biasanya kebaikan itu berlaku dengan kesusahan semasa melakukannya, tetapi pengakhirannya manis. Seseorang yang mengalami pekara ni sama seperti apabila seseorang itu mendaki ketinggian yang sangat sukar, dia tidak akan merasa lega sehinggalah sampai ke puncaknya.

Biasanya kejahatan belaku dengan kemanisan semasa melakukannya, tetapi sangat buruk balasannya. Seseorang yang mengalami perkara ni sama seperti apabila seseorang itu jatuh dari puncak gunung, dia tidak merasa kesakitan sehinggalah dia sampai ke tanah.

aKAL dan Hati...

akal berkait rapat dengan hati...
akal mencermin kebijaksanaan pemikiran diri seseorang insan
hati mencerminkan kemurnian juga kebersihan jiwa seseorang insan

akal dan hati berkait...
umpama aur dengan tebing...
bagaikan adik-beradik...
seperti pepatah cubit paha kanan paha kiri terasa...

akal dan hati...
menjadikan manusia itu sempurna dalam menjalani kehidupannya...
akal menerima kebenaran dengan berfikir...
hati meninbangkan dengan penuh rasa ketenangan....

dengan adanya akal yang sihat dan waras serta seimbang menggunakannya secara rasional dalam melayari kehidupan...insya'Allah...insan itu berjaya menguasai akalnya dengan baik...
tapi perlu diingat jiwa atau hati memainkan peranan dalam mempengaruhi akal...
hati dapat merasai segala perbuatan dalam tindak tanduk yang disampaikan akal kepadanya...
sedih,suka,marah dan sebagainya....
keseimbangan akal dan hati perlu ada...
jika mengikut hati yang bernafsu maka tertunduk akalnya...umpama seoarang budak berjaya menundukkan tuannya...
akal dan hati merupakan mahkota setiap manusia...

100%.....

Janganlah ditangisi benda yang bukan lagi milik kita...tetapi bersyukurlah kerana kita pernah memilikinya walaupun sekali....

Yakinlah pada TuhanMU..

Berjalanlah dengan penuh harapan walau hidup ini tak selalu bahagia, sedekahkanlah satu senyuman walau dihatimu tak lagi mampu bertahan, belajarlah memaafkan walau dirimu terluka, berhentilah memberi alasan walau ingin menyatakan kebenaran, hiduplah dalam Iman walau hari dipenuhi dugaan, DAN BERPEGANGLAH KEPADA ALLAH WALAU DIA TIDAK KELIHATAN... BUKTI KASIHNYA, KITA WUJUD DIDUNIA PINJAMAN INI. ADA SEBAB BILA BERLAKU SESUATU PERKARA DAN YAKINLAH TUHAN MENGUJI SETIAP HAMBANYA.....

Sabarlah...

Allah mendatangkan ujian pada hambaNya bermacam-macam bentuk. Kepayahan hidup adalah ujian. Namun jangan lupa, nikmat kesenangan juga merupakan salah satu bentuk ujian dari Allah.

Kadangkala Allah ingin menguji setakat mana rasa syukur hambaNya ketika diberikan nikmat kesenangan. Begitu juga dengan hambaNya yang ditimpa musibah; sejauh manakah kebergantunganmu terhadap pertolongan Allah?
Ingatlah sesungguhnya Innallaha ma'assobirin . Maksudnya Allah sentiasa bersama-sama orang yang sabar. Berusaha lah lagi! ....

Lumrah hidup..

Berbagai pengalaman hidup mendewasakan insan. Pertemuan dan perpisahan adat kehidupan.. Allah Maha Mengetahui apa yang telah dilalui oleh kita. Apabila bertemu jodoh kita, kebanyakan kita bersyukur dapat teman hidup yang paling sesuai. Alhamdulillah.. segala kenangan lalu menjadi pengajaran. Bagi yang masih belum berkahwin, hendaknya berhati-hati dalam perhubungan. Jagalah batasan hukum agama. Kecewa, putus cinta, ditolak, ditipu, dipermainkan, putus tunang, perceraian, didera mental dan fizikal, dan sebagainya semuanya kita tak suka... Namun mungkin ada sebabnya semua itu.. Mungkin itu menjadikan kita lebih berjiwa halus, penyayang, hemah tinggi, pemaaf, lebih bertakwa, lebih qanaah, tawadhuk, zuhud, dan lain-lain sifat terpuji, Insyaallah. Mudah-mudahan....

Seuntai rasa...

Orang yang banyak bicaranya janganlah kamu harapkan sangat kesedaran hatinya. *Orang yang banyak makan janganlah kamu harapkan sangat kata-kata hikmat darinya. *Orang yang banyak bergaul dengan manusia janganlah kamu harapkan sangat kemanisan ibadahnya. *Orang yang cinta kepada dunia janganlah kamu harapkan sangat khusnul khatimahnya. *Orang yang cerdik sungguh janganlah kamu harapkan sangat akan hidup hatinya. *Orang yang memilih berkawan dengan orang yang zalim janganlah kamu harapkan sangat kelurusan agamanya. *Orang yang mencari keredhaan manusia janganlah harapkan sangat akan keredhaan Allah daripadanya."

BERSYUKURLAH...

Jika anda melihat orang kafir,maka bersyukurlah kepada Allah kerana anda berada dalam Islam....jika anda melihat orang yang suka membuat dosa,maka bersyukurlah kepada Allah kerana anda berada dalam taqwa.....jika anda melihat orang yang cerdik sungguh,maka bersyukurlah kepada Allah kerana engkau masih memiliki ilmu.... dan jika melihat orang yang mendapat bencana, maka bersyukurlah kepada Allah kerana anda terhindar darinya.....maka bersyukurlah atas segala-galanya.......

Pasrah PadaMU..

Sesungguhnya, bersama kesulitan itu ada kemudahan dan sesudah tangisan ada kesenangan, sesudah malam adanya siang, mendung kesusahan akan segera lenyap, malam kesusahan akan jadi terang, semua bencana pasti akan lenyap, segala kesulitan pasti akan berakhir dengan izin ALLAH... Esok akan merekahlah bunga yang harum aromanya, mengusir segala kesedihan dan menjadi penghibur hati. Alangkah manisnya hidup dalam keikhlasan bersama sahabat yang sudi memahami tuntutan dakwah dan berkorban demi sahabat yang lain. Menerjuni api perjuangan yang tidak pernah nyala, demi mencari redha dan kasih Ilahi...

Sunday, December 4, 2011

ANTARA FIKIRAN DAN BISIKAN...

Bismillahirahmanirrahim...

ANTARA FIKIRAN DAN BISIKAN
Jika di amati... setiap perjalanan hidup ini... kita sentiasa di selubungi pelbagai perasaan... antara yang paling sinonim dalam hidup seharian kita adalah... perasaan SUKA... SAYANG... BENCI... DENDAM... setiap dari perasaan ini... terdapat rangkaian yang sering mengekori setiap jenis perasaan tersebut...
CONTOHNYA :
Jika hadir perasaan SUKA pada seseorang... pasti kita akan di ekori rasa ingin mendekatinya dan mendapatkanya... ditakdirkan pula... setelah kita berusaha bersungguh-sungguh... kita berjaya mendapatkanya... maka hadir pula perassan SAYANG... perasaan SAYANG itu pula tidak akan berada tetap pada satu tahap sahaja... ianya boleh jadi lemah atau makin kuat... lemahnya rasa SAYANG itu selalunya akan hadir apabila orang yang kita sayangi mengecewakan kita... dan kuatnya rasa SAYANG selalunya terjadi bila kita mendapati si dia membalas dan memberikan kasih sayang yang di rasakan amat memberi makna pada kita... setelah dia berbuat demikian... kita akn sering terFIKIRkan si dia dan membayangkan dapat melakukan perkara indah dan bahagia bersama... sehinggalah kita memikirkan hala tuju kasih sayang itu hingga ke alam perkahwinan...
tetapi INGAT!!!
Di ketika inilah bermulanya kita di BISIK dengan hasrat lain yang selalunya pasti akan menyimpang jauh dari tujuan asal di dalam berkasih sayang... malahan jua ada kalanya... jauh dari landasan AGAMA... ketika ini... fikiran tidak lagi di gunakan sepenuhnya... kita bagaikan seronok di buai bisikan yang kononya indah sehingga keakhirnya masa... ketika ini juga kita tidak akan menyedari setiap langkah kita telah merosakkan dan melontar jauh AQIDAH kita sebagai umat islam ke dalam lembah yang amat hina... "YA... ALLAH... ASTAGHFIRULLAH..."

NAMUN...
Setiap hambanya yang di berikan perasaan... tiada satu pun yang terlepas dari di duga perasaannya oleh ALLAH yang maha kuasa... ketika ini lah... kita harus berhati-hati di dalam memilih jalan yang terbaik bagi meneruskan hidup yang bersifat sementara ini... biar pun kita telah terjerumus ke lembah yang gelap... ingatlah... semua itu tiada lain... melainkan dugaan Allah yang gagal kita harungi... dan Allah juga akan mengeluarkan kita dari lembah hitam yang gelap itu jika kita berusaha, sentiasa memohon keampunan dan berdoa kepadanya...

Perasaan yang terbit di dalam hati nurani kita adalah sesuatu yang bersifat pinjaman... jika kita di kurniakan persaan sayang... sebenarnaya Allah ingin melihat sejauh mana kita mensyukuri nikmat dari pemberianya... jika kita di kurniakan perasaan BENCI... sebenarnya Allah ingin melihat sejauh mana keimanan kita dan seiklas mana kita redho terhadap setiap ketentuanya... sesungguhnya setiap yang terjadi di muka ini adalah sebab musababnya... dan yang paling penting ada HIKMAH di sebaliknya... agak sukar untuk kita melihat hidayah yang di suakan pada kita... walaupun kadang-kala... ianya di suakan betul-betul di hadapan mata kita...

MENAGAPA JADI BEGINI?
Ini kerana kita tidak melihatnya dengan mata hati yang bersih... mata hati kita telah kita kaburi dengan sifat DENDAM di dalam fikiran yang berkecamuk... di susuli pula dengan bisikan jiwa yang di sulami dengan bisikan syaitan yang tidak pernah berhenti menjalankan sumpahnya sejak dari zaman ADAM dan HAWA.....


KESIMPULANYA...
Sesungguhnya Allah sentiasa memberikan yang terbaik pada makhluk ciptaanya yang di gelar khalifah di muka bumi... dan hendaklah kita sentiasa berbalik pada yang maha kuasa... tidak kira dalam apa keaadaan sekali pun... insyaallah... jiwa kita akan di pandu ke jalan yang sepatutnya... wallahualam... ASTAGHFIRULLAHALAZIM... AMIN.


 

Wanita Pertama Masuk Syurga


Pada suatu hari Fatimah bertanya Rasulullah, siapakah perempuan pertama yang bakal masuk syurga. Baginda menjawab, seorang wanita yang bernama Muti'ah. Fatimah terkejut, ternyata bukan dia seperti yang dibayangkannya. Mengapa orang lain, pada hal dia adalah puteri Nabi ?

Timbul keinginannya untuk mengetahui siapakah Mutiah itu. Apakah gerangan yang dilakukannya sampai mendapat penghormatan begitu tinggi ? Sesudah meminta izin daripada suaminya, Ali bin Abu Talib , Fatimah berangkat mencari rumah Mutiah. Puteranya yang masih kecil Hasan menangis ingin ikut lalu didukungnya Hasan ke rumah Mutiah.

Fatimah mengetuk pintu rumah Mutiah dan memberi salam. Wa'alaikumussalam ! Siapa di luar? Terdengar jawapan lemah lembut dari dalam. Suara cerah dan merdu.

"! ! ! Saya Fatimah, puteri Rasulullah ". "Alhamdulillah, alangkah bahagianya
saya hari ini, Fatimah sudi berkunjung ke rumah saya," terdengar kembali
jawapan dari dalam. Kali ini nyata lebih gembira lagi makin dekat dengan
pintu."

Sendirian, Fatimah ? "Aku ditemani Hasan". "Aduh , maaf ya," suara itu terdengar jadi menyesal. " Saya belum mendapat izin suami untuk menemui tamu lelaki ".
" Tapi Hasan masih kecil". " Meskipun kecil, Hasan lelaki. Esok saja datang
lagi, saya minta izin kepada suami," sahut Mutiah tidak kurang kecewanya.

Esoknya Fatimah datang dengan membawa Husain sekali.
Selepas memberi salam dan dijawap gembira , Mutiah berkata dari dalam.
" Datang dengan Hasan, Fatimah? Suami saya sudah memberi izin"
'Ya dengan Hasan dan Husain "
"Ha? Mengapa tidak beritahu dari kelmarin ?! ! !
Yang dapat izin cuma Hasan. Husain belum. Saya terpaksa meminta izin dari suami,
" jawab Mutiah.

Hanya esok harinya baru mereka disambut baik oleh Mutiah di rumahnya. Keadaan rumah itu sangat sederhana. Tidak ada satu pun perabot mewah. Namun semuanya teratur rapi membuat tetamu senang berada di rumah itu. Fatimah kagum melihat suasana yang menyenangkan itu. Sehingga Hasan dan Husain yang biasa di rumah orang, kali ini nampak asyik bermain.
" Maaf ya, saya tidak boleh menemani Fatimah duduk. Sebab saya sedang menyiapkan makanan untuk suami saya, "kata Mutiah sambil sibuk di dapur.

Hampir waktu tengahari, masakan itu sudah siap semuanya lalu diletakkan diatas mampan.
Mutiah mengambil rotan dan diletakkan di sebelah hidangan.
Fatimah bertanya kepada Mutiah, " suamimu kerja di mana?! ! !
"Di ladang". "Sebagai pengembala?" soal Fatimah.
"Bukan. Bercucuk tanam".
"Tapi mengapa kau bawakan rotan juga?"tanya Fatimah.
"Rotan itu saya sediakan untuk keperluan lain. Kalau suami saya sedang makan , saya tanyakan apakah masakan saya sedap atau sebaliknya. Kalau suami saya jawab, "sedap", takkan terjadi apa-apa.Jika tidak sedap, rotan itu saya berikan kepadanya agar dirotan punggung saya sebab ia tidak menyenangkan suami".

"Atas kehendak suamimukah kau bawa rotan itu,"tanya Fatimah.
"Oh, sama sekali tidak. Suami saya seorang yang penyayang. Ini semata-mata kehendak saya agar jangan sampai menjadi isteri derhaka kepada suami."

Fatimah lantas meminta izin pulang. Dalam hati berkata, patut kalau Mutiah menjadi perempuan pertama masuk syurga, lantaran baktinya kepada suami begitu besar! ! ! dan tulus.

Diberitakan dalam berjuta-juta wanita di dunia ini, Muti'ah yang paling awal akan masuk ke dalam syurga. Apakah keistimewaan beliau mengatasi wanita lain?
Hanya Allah yang mengetahuinya. Tapi daripada sejarah cerita yang di khabarkan, saya membuat andaian, Muti'ah sangat sangat menghormati suaminya. Sangat sangat taat kepada suaminya. Layanan beliau kepada suaminya mungkin yang terbaik mengatasi wanita lain.

Rebutlah Persamaan Hak Di sisi Allah...

Sejambak bunga yang segar jika diletakkan di atas meja untuk hiasan tentu nampak cantik dan menarik meja itu. Orang yang memandang akan dapat menikmati kecantikan
dan kesegaran bunga yang dihias. Kerana pandainya orang yang empunya bunga, maka akan jadi perhiasan mata ramai. Dan dihargai kecantikannya. Apa jadi kalau bunga itu dihias dalam tandas? Tentu hilanglah kemegahannya sebagai bunga yang dipuja kecantikannya dan orang akan mengatakan alangkah tidak siumannya atau kurang akal bagi orang yang tidak pandai menghargai bunga secantik itu lalu diletakkan di tempat yang sehina itu.

Wanita ibarat bunga, antara perhiasan dunia yang amat memikat lelaki. Sebagaimana hadis Rasulullah saw bermaksud:

"Dunia itu perhiasan dan sebaik-baik perhiasannya itu ialah perempuan yang solehah (perempuan yang baik tentang agama, akhlak, rumahtangga, pergaulan dan sebagainya)." Riwayat Muslim

Sesuatu perhiasan yang disayangi dan mahal harganya tentulah akan diletakkan di tempat yang terpelihara atau tersembunyi. Agar pencuri tidak berpeluang mengambilnya. kalaupun didedahkan di depan umum akan diletakkan kawalan rapi agar terpelihara keselamatannya. Lebih tinggi nilai perhiasan tadi maka makin ketatlah kawalan dibuat. Makin ramailah orang yang menghargainya dan makin sulitlah untuk
mendapatkannya.

Begitulah juga sepatutnya wanita. Wanita Allah ciptakan berbeza dari lelaki. Dari segi fizikal dan fitrah yang Allah jadikan berbeza antara lelaki dan perempuan itu ada tujuan dan maksudnya. Tidak lain dan tidak bukan agar terbezanya tugas antara kedua makhluk Allah itu.

Wanita Allah anugerahkan dengan sifat-sifat tertentu seperti pemalu, lemah-lembut, penyabar, berhalus, kuat perasaan, mempunyai fizikal yang lemah, pendek akalnya
dan sebagainya. Semuanya itu mempunyai maksud, iaitu untuk mengimbangi lelaki yang Allah jadikan kuat fizikalnya, panjang akalnya, kasar dan tegas tingkah
lakunya dan sebagainya.

Dengan sifat lemah lembut dan sabar yang dimiliki oleh seorang wanita menyebabkan ia mampu melayan ragam anak-anak; mampu berdepan dengan suaminya dengan baik. Halus perasaan membolehkan ia cepat memahami hasrat dan masalah yang dialami oleh suaminya. Sifat berhalus menyebabkan wanita mampu melakukan kerja-kerja remeh
seperti menjahit, menyulam, memasak dan menghias rumahtangga. Sifat sabar membolehkan wanita melakukan kerja-kerja yang berulang-ulang atau yang sama setiap
hari seperti memasak, membasuh, mengemas rumah dan sebagainya tanpa jemu-jemu. Kurang akalnya wanita menyebabkan mereka suka jadi orang yang dipimpin; lemah dari segi fizikal menyababkan mereka memerlukan pada seorang lelaki sebagai pelindung diri.

Justeru kerana itu, Allah yang menciptakan kita, tentunya Dia Maha Mengetahui di mana lebihnya wanita dari lelaki, untuk dimanfaatkan; dan di mana kurangnya
wanita di sisi lelaki agar kekurangan itu boleh diisi oleh lelaki. Oleh sebab itu Allah tidak membebankan wanita dengan tugas yang berat-berat yang mana hanya
akan menyusahkan wanita dan tidak akan ada kemampuan mereka untuk melaksanakan dua kerja dalam satu masanya.

Sebagai bukti kasih sayang-Nya, Allah tidak bebankan wanita mencari nafkah, tidak disuruh membanting tulang empat kerat yang lemah untuk tujuan itu; semuanya itu
tanggungjawab lelaki.

Persamaan hak di sisi Allah antara lelaki dan wanita, itulah persamaan hak yang patut dituntut dan dijadikan impian setiap wanita. Allah sendiri menyatakan di
dalam Al Quran yang Ia tidak melebihkan seseorang dengan seseorang yang lain melainkan dari segi taqwanya. Begitu juga Allah tidak membezakan jantina samada lelaki dan perempuan; semuanya sama pada pandangan Allah sekiranya mereka beriman dan bertaqwa. Firman Allah yang membawa maksud:

"Barangsiapa yang mengerjakan kebajikan, baik lelaki atau perempuan sedangkan dia orang yang beriman maka mereka itu akan masuk ke dalam syurga dan tidaklah mereka teraniaya sedikit pun." An Nisa: 124

"Barangsiapa yang beramal soleh lelaki mahupun perempuan sedangkan ia beriman pula maka mereka akan masuk syurga serta mendapat rezeki di sana dengan tiada terhingga." Mukmin: 40

Tugas mengandung, bersalin, mengurus rumahtangga,melayan suami, mengurus dan mendidik anak-anak sudah cukup berat dan susah untuk dilakukan oleh seorang
wanita yang lemah. Sehingga kerana itu Allah mengambil kira apa yang dibuat oleh wanita itu sama pahalanya dengan lelaki yang bergelanggang di luar rumah. Hatta
dalam hadis-hadis Rasulullah jelas menyebut wanita yang membasuh pakaian suami dan anak-anaknya, diberi pahala; wanita yang memasak makanan dan menghiris bawang sampai keluar air matanya juga mendapat pahala di sisi Allah; wanita yang bangun malam kerana mengurus anaknya seperti menyusu dan menyalin lampin dikatakan sama pahalanya dengan lelaki yang berjihad pada jalan Allah. Pendek kata setiap pekerjaan yang
dilakukan oleh wanita di dalam rumahtangga walaupun terlindung dari pandangan orang lain, semuanya itu dikira dan dinilai oleh Allah. Walaupun perkara yang dibuat itu untuk kesenangan dan keselesaan dirinya sekeluarga, dikira ibadah selagi ia melakukan
kerja-kerja itu kerana memenuhi tuntutan Allah, yakni mencari keredhaan Allah.

Wanita itu walaupun di sisi manusia ia mungkin tidak terkenal sebagai seorang ahli profesional yang hebat,atau sebagai tokoh politik yang boleh menggegarkan negara atau seorang pakar dalam ekonomi dunia, atau apa saja bidang yang dimuliakan dan dianggap istimewa oleh manusia, tetapi di sisi Allah dia dikenal dan dimuliakan malaikat, para roh orang-orang soleh dan wali-wali Allah, segala makhluk Allah di darat dan di laut sentiasa mendoakan keselamatan dan keampunan untuknya. Sehingga kerana itu dia menjadi kecintaan para kekasih Allah di alam malakut. Sementara di bumi nyata dia dikasihi oleh anak-anak, suami, jiran-jiran dan kaum keluarganya kerana khidmat dan kasih sayang yang dicurahkan pada mereka. Walaupun ia tidak
memiliki ijazah yang tinggi melangit, pangkat, nama tetapi tempat kebesaran telah pun menunggunya di akhirat.

Itu semua dapat dicapai dengan melakukan tugas yang sudah sesuai dengan fitrah wanita dan sudah cukup untuk menjadikan syarat wanita diberi hak yang sama dengan lelaki di akhirat kelak.

Sebaliknya wanita kini meminta di dunia supaya mereka disama-tarafkan dan minta diberi hak yang sama dengan lelaki di semua bidang. Lelaki jadi menteri mereka
juga mahu jadi menteri, mahu jadi polis, tentera, hakim, jurutera, pegawai eksekutif. Atau mahu terlibat dalam acara-acara yang dimonopoli oleh lelaki, seperti
bermain bola sepak, menunggang basikal dan sebagainya dengan alasan mereka patut diberi kesempatan untuk membuat kerja yang lelaki buat. Kononnya mahu jadi srikandi pejuang bangsa. Mereka mendakwa kaum wanita juga mempu buat apa yang lelaki boleh buat, inilah yang biasa mereka katakan (wanita boleh!) Sekiranya mereka tidak dibenarkan terlibat di bidang yang sememangnya diuntukkan pada lelaki katanya mereka
telah dianak-tirikan, diskriminasi (merendah-rendahkan kaum wanita) dan bermacam-macam lagi bantahan.

Mereka tidak sedar bahawa apabila mereka meletakkan diri di bidang yang tidak sesuai dengan fizikal dan fitrah mereka, maka terpaksalah mengorbankan banyak perasaan kewanitaan demi untuk menyesuaikan diri dengan tugas yang dipegang. Hal ini adalah
bertentangan dengan fitrah mereka, mengabaikan tugas-tugas asas sebagai wanita terhadap anak-anak, suami dan rumahtangga, seterusnya mendedahkan diri mereka kepada pergaulan bebas antara lelaki dan wanita, mendedahkan aurat dan terdedah kepada sifat
keangkuhan, sombong dan bangga diri dengan jawatan atau kedudukan yang mampu mereka capai. Jadilah mereka sepertimana bunga yang diletakkan di dalam tandas tadi. Hilanglah keindahan mereka sebagai seorang wanita. Jeleklah mereka pada pandangan penghuni langit, sekali pun mereka boleh beribadah seperti ibadah para Nabi. Apatah lagi kalau mereka sampai melanggar perintah Allah, dilaknat ke atas mereka oleh
setiap makhluk Allah di darat dan di laut.

Umpamanya, seorang wanita yang jadi menteri, tentulah terpaksa melayan rakyatnya yang terdiri dari orang lelaki dan wanita. Jadi menteri terpaksa diiring ke sana ke mari oleh lelaki dan perempuan yang bukan suaminya. Ataupun kalau di rumah sering didatangi oleh lelaki yang menjadi rakyatnya dengan hajat itu ini. Kalau kahwin sama-sama menteri tidak apa juga. Apa halnya kalau isteri menteri tetapi suami tidak.
Tentulah tidak layak si suami hendak melayan rakyat yang hendak jumpa menteri. Yang hendak diajak berbincang ialah isterinya, menteri itu bukan si suami.

Ketika itu bagaimana perasaan si suami melihat isterinya berbincang dengan lelaki lain di rumahnya, kadang-kadang dari malam sampai ke pagi. Sedangkan dia terpaksa buat air dan jaga anak sebab isteri sedang berurusan. Ataupun kalau anak dan air diuruskan oleh orang gaji, tentu rakyat yang datang tadi tidak mahu mendengar buah fikiran atau keputusan yang dibuat oleh si suami yang bukan menteri. tentu keputusan dan pandangan isterinya yang lebih diharapkan dan didengar.

Begitulah hina dan malangnya lelaki atau suami yang gagal meletakkan wanita di tempat yang sepatutnya. Sebaliknya berbahagialah lelaki atau suami yang pandai
meletakkan wanita di tempatnya. Rasulullah saw bersabda:

"Tidaklah yang memuliakan wanita, kecuali orang-orang yang mulia, dan tidaklah menghinakan wanita kecuali orang-orang yang hina."

Oleh itu sekiranya seorang wanita hendak menuntut hak yang sama di sisi Allah dengan lelaki, ia mestilah melakukan tugas yang sesuai dengan fizikal dan fitrah kejadian wanita. Yakni tugas yang tidak memerlukan dia setaraf dengan lelaki. Dan tentulah dalam melaksanakan tugas yang sesuai dengan fizikal dan fitrahnya itu syariat lahirnya juga dapat dijaga. Ibadah-ibadah asasnya seperti sembahyang dan puasa dikerjakan sungguh-sungguh. Ibu bapa ataupun suami ditaati dan maruah diri dipelihara dari tercemar. Maka wanita itu akan dimuliakan dan diberi pangkat yang tinggi di sisi Allah seperti mana hadis Rasulullah yang menyebut seorang wanita solehah lebih baik dari seribu lelaki yang tidak soleh.

Marilah kita berusaha untuk merebut pangkat dan kemuliaan di akhirat. Kerana pangkat dan kemuliaan akhirat itulah yang boleh dibanggakan dan boleh memberi kebahagiaan yang berkekalan. Sedangkan pangkat dan kemuliaan dunia sudah banyak melalaikan dan
membuat manusia lupa pada Tuhan, menjadikan mereka akan dibangkitkan hina dina di akhirat kelak. Azab neraka yang dahsyat akan menunggu-nunggu untuk memamah
tubuh-tubuh mereka yang berdosa dan angkuh dengan kebolehan diri.

Itulah sebenarnya yang mereka perjuangkan di dunia dulu yakni syurga dunia tetapi api neraka di akhirat. Rugilah perjuangan yang begitu.