Sunyi malam yang sepi, kelam..hanya kedengaran nyanyian unggas dan alunan air. Kadangkala bertiup bayu hujan mendesirkan alunan malam. Sungguh sepi. Membuatkan fikiran ku jauh melayang memikirkan seseorang yang jauh dari pandangan mata. Tertanya-tanya dihati kecil bagaimanakah dia. Rindu yang lahir dijiwa tatkala malam purnama kadangkala cukup menyeksakan. Ingin kau hadir depanku menjadi pengubat rindu yang kian parah tanpa pengubatnya.Apakah ini dugaan insan yang bergelar manusia pencinta? Yang diketemukan tatkala dirinya cukup benci akan erti cinta? Apakah ini yang tersurat untuk ku dikala malam hari yang dahulunya tidak pernah memikirkannya?Inginku lelapkan mataku tapi wajahmu seringkali berlegar di fikiranku. Ku cuba berkali-kali namun suaramu pula memanggil-manggil namaku. Cukup buatku terseksa namun tak terdaya aku berkata-kata. Kadangkala, aku persoalkan pada pencipta. Mengapa harus aku melalui ini semua tika waktu lenaku? Ketika aku begitu memerlukan saat-saat ketenangan merehatkan tubuh badan yang cukup meletihkan.Sejenak aku melayarkan fikiranku memikirkan semua persoalan. Adakah ini balasanku membiarkan dirimu yang acap kali kesunyian? Adakah ini balasanku yang seringkali mengabaikan dirimu? Adakah ini semua... Keseorangan aku memikirkan diriku yang xkeruan.Maafkan aku jika itu kesilapanku. Bukan ku pinta untuk sedemikian rupa kerna aku punyai sebab untuknya. Bukan dayaku memberi sepenuh waktu ku untuk terus membelaimu. Bertanya khabar setiap masa dan menceritakan itu ininya. Kudratku bukan umpama perwira yang mampu berjuang setiap masa. Yang mampu muncul tatkala namanya diseru. Aku bukan begitu. Aku manusia biasa yang kurang sempurnanya. Namun ku cuba sedaya upayaku untuk mengukir kebahagian yang seringkali kau pinta. Yang seringkali kau lafazkan dalam tutur katamu.Maafkan aku sayangku. Kadangkala aku perlukan ruang untuk diriku sendiri. Mentafsir hidupku untu renungan diriku sendiri. Bukan niatku meminggirkan dirimu. Bukan aku xmemerlukan dirimu. Cuma kadangkala, aku xmampu mendengar rintihan manusia disekelilingku yang seringkali membuatkan aku xkeruan. Bercelaru.. aku perlukan ruang untuk diriku. Untukku bernafas seketika. Aku xmampu untuk berdiri semegah yang kau sangka. Kadangkala, aku hanya mampu berdiam. Menyembunyikan diri ini yang kadangkala begitu banyak dosaku. Silapku.. aku perlukan masa untuk diriku ini agar aku mampu pulih seperti sedia kala. Maafkan aku sayangku..Dengarlah sayangku, cukuplah ku ingin kau tahu, bahawa aku amat menyintaimu. Bukan dia tapi kamu. Usah kau risaukan pada diriku. Hatiku hanya untukmu. Sudah jauh kita melangkah mengukir kenangan yang cukup berharga bagiku. Tak mampu lagi aku berpaling arah menukar arus perjalananku. Arus kehidupan yang yang sudah jauh mengalir. Menuju ke satu tempat yang tidak ku ketahui. Yang jawapannya tidak pernah terlintas dalam bayanganku. Tidak mampu lagi aku memulakan sesuatu yang xpasti jawapannya. Cukuplah dirimu menjadi peneman setia dalam hidupku. Itu pinta ku dan ku harap itu juga pinta mu. Fahamilah aku kerna kehidupan ku ini xpernah sama dengan insan lain. Berbeza corak serta hiasannya. Ku harapkan kau mengerti. Maafkan aku wahai puteriku..Jika kau ragui isi hatiku yang tercipta untukmu, ingatlah lafaz ini kerna aku inginkan kau tahu apa dihatiku. Kecantikkan itu bukan pencipta cinta yang ada di hati ini. Tapi kesetiaan serta kesabaranmu yang saban hari menungguku. Biarpun hatiku bukan milikmu satu ketika dulu, namun kau setia menungguku. Saban hari memohon doa agar kita dapat bersama. Air matamu yang tatkala membasahi pipimu itu, xkan ku ulangi lagi. Dan ku harap kau menjadi insan yang akan menungguku tatkala aku pulang dari keletihan satu ketika nanti. Yang bisa menunggu ku hingga lewat malammu, agar dapat menenangkan jiwamu serta lenamu..Namun dalam kehidupan ini, jodoh pertemuan itu sentiasa ditangan tuhan. Kita hanya mampu merancang tapi tuhan yang menentukan. Jika tertulisnya perpisahan di satu lembaran kehidupan, majulah kedepan wahai sayang. Cuma ku pinta satu dalam hidupmu. Inginku melihat kau memegang kejayaan yang kau seringkali impikan. Jangan biarkan alasan merajai pemikiran. Jangan kau biarkan kemalasan menjadi persoalan kejayaan orang. Tuhan itu maha kaya dan tidak pernah dia mengabaikan hamba-hambanya. Setiap kejayaan perlukan tuntutan usaha dan pengorbanan. Sujudmu padaNya jangan pernah kau tinggalkan. Setiap kelahiran manusia pasti terselitnya kelebihan. Mungkin hari ini kau jatuh tapi percayalah kau akan terus bangun megah satu ketika hari nanti. Carilah langkahmu untuk kau mengenali dirimu. Kerana jika kau tidak mengenali dirimu, bagaimana orang harus mengenali dirimu...
Saturday, December 31, 2011
Rindu padamu...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment