Suratan takdir setiap manusia tidak akan penah sama dengan manusia lain. Takdirnya cukup berbeza. Perbezaan in cukup menduga kita sebagai insan yang bergelar makhluk yang maha esa. Dugaan yang dilalui dalam ranjau kehidupan ini cukup meletihkan. Diduga bagaikan tiada keadilan. Disaat kita tak mampu lagi memikul tanggungjawab, namun diberikan lagi kepercayaan. Yang hakikatnya seharusnya dipikul juga. Kadangkala terdetik dihati kecil seorang insan, hidup ini cukup meletihkan. Apatah lagi erti kebosanan. Melalui ranjau kehidupan yang saban hari hampir sama. Dari terbukanya iris mata melihat cahaya subuh, hingga tertutupnya pandangan mata seorang manusia dibuai alam yang berbeza dari realiti. Alam fantasi yang kadangkala cukup mengindahkan dari alam kenyataan. Sehinggakan wujudnya segelintir umatnya yang ingin trus berada dialam yang indah itu.Hati seorang insan mana yang tidak mahukan kedamaian. Ketenangan dan kadangkala keamanan. Berada disamping insan yang cukup disayangi. Dikelilingi tawa riang cahaya-cahaya cinta. Namun masih jauh perjalanan hidup ini yang perlu dikejar. Bukan semudah yang disangka. Hidup ini seringkali menagih pengorbanan. Tanpa pengorbanan, tidak akan wujud erti pembalasan. Juga erti nikmat kehidupan. Tekanan yang dilalui cukup menyeksakan. Cukup menguji pemikiran matang dan kewarasan seseorang insan. Pernah terdetik dihati ingin berlari. Berlari jauh meninggalkan semua ciptaan. Yang dahulunya pilihan hati seorang manusia yang nekad terhadap pilihan hidupnya. Berlari jauh tanpa menoleh kebelakang. Namun, sejauh mana harusku berlari meninggalkan semua ini? Kerna suma ini tidak akan pernah pergi meninggalkan hidup ini. Semakin jauh langkahku, semakin dekat jejakku. Semakin jauh pandangan ku, semakin dekat dalam hatiku. Kemana harusku berlari. Sampai bila....Terdiam aku membisu memikirkan hidup yang penuh dengan persoalan. Tanggungjwab yang dipikul masih terbeban dalam pemikiran. Namun, takkan ada penyesalan dalam kehidupan. Kerna sudah jauh aku kedepan mencorak kain kehidupan. Yang warnanya terdiri hitam putih kehidupan. Warnanya kadang kala malap jika dipandang sebelah mata. Namun cukup berbeza jika dipandang dengan kesempurnaan penglihatan. Hidup ini perlu diteruskan. Kesyukuran perlu wujud dalam setiap hati insan. Mengapa harus berlari kejalan yang tidak pasti arah tujunya sedangkan kita dipaksi yang sewajarnya. Mengapa harus berhenti sedangkan masih awal untuk kita melihat hasilnya. Dalam kehidupan ini, wajar kita memahami erti kesyukuran. Disaat kta berada dalam kejatuhan, bersyukurlah kerna kita mampu lagi bernafas untuk trus membetulkan kesilapan. Kesilapan yang xkan pernah lari dlm kehidupan ciptaan Illahi. Berfikirlah sejenak akan keperitan insan yang tiada arah hidupnya. Tiada pedoman dalam setiap pemikirannya. Berfikirlah sematang-matangnya dalam memilih jalan kehidupan. Kerana manusia hanya diberi satu peluang untuk kedepan. Dan tiada erti dalam kehidupan untuk mengayuh kebelakang. Dan jika diberi peluang kedua, hargailah sewajarnya, kerana tak semua insan diberi sebegitu rupa. Hidup ini penuh dengan cabaran. Takkan ada kejayaan tanpa cabaran. Takkan ada kegembiraan tanpa pengorbanan.Jangan ditanya pengorbanan orang, tanya pengorbanan didada jika itu yang kita mahukan. Jangan ditanya kesenangan yang diperoleh, tanyalah bagaimana dia memperoleh kesenangan. Keringat ibunda dan ayahanda perlu dikenang. Restu dan doanya biar menyuluh jalan kehdupan agar kita tidak kesesatan. Panjatkanlah rasa syukur terhadapNya jika kita melanda resah dan rebah. Jangan didengar desiran angin yang berlalu di pendengaran, kerana tak semuanya datang dari kebaikan.Fikirlah...
Saturday, December 31, 2011
Suratan Takdir...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment