Setiap detik yang kita lalui, kadang-kadang kita tidak sedar, betapa berharganya untk kita hargai..kadang-kadang kita tidak sedar yang hidup ni perlukan kesedaran tuk kita fikirkan sejenak. Love, friends, family... n diri kita sendiri. Masa yang pergi takkan pernah datang kembali. Masa yang penuh dengan kenangan manis, terindah untuk kita kenangi suatu hari nanti. Kisah hidup yang akan kita perdengarkan tatkala masanya sudah tiba. Mungkin mengharukan sejenak. Mungkin juga mengukir senyuman, mungkin juga buat kita terfikir kenapa dan bagaimana semuanya berlaku. Kita tidak pernah meminta dan dipinta, tapi hakikatnya..suratan Ilahi yang mentakdirkan kehidupan kita di suatu sudut dunia. Yang tertulisnya suatu kisah seorang insan kerdil yang yang melalui setiap liku-liku kehidupan. Kadang-kadang kita persoalkan keadilan, dan tertanya-tanya?? Mengapa mesti ditempuhi setiap lautan yang bergelora, mengapa mesti direntasi sungai yang deras mengalir?? Mengapa n mengapa??? Persoalan yang tak mungkin terjwab dalam akal fikiran kita. Tapi, mungkin ada sebab mengapa semua ini harus terjadi. Terciptanya manusia ini kadang kala tidak perlukan sebab. Malah, jawapannya tidak perlu dicari.. kerana yang maha Esa pasti ada jawapannya. Tanpa cabaran, dan dugaan..maka tiada kejayaan. Tanpa kesedihan maka tiadalah kegembiraan. Pernah juga terdengar ungkapan manusia.. insan yang terduga itu adalah insan yang terpilih untuk diduga.. terpilihnya kerana kelayakannya untuk menempuhi setiap yang diduga. Biar pun jatuh dan bangun semula.. ia tetap diduga.. kerana Dia tahu yang selayaknya diduga adalah pilihan diriNya. Mungkin kita tidak sedari kita juga pilihannya untuk diduga. Dan syukur kehadratnya, kita masih mampu bernafas dan meneruskan kehidupan ini. Ramai yang rebah kerna tiada kekuatan diri. Memilih jalan yang yang difikirkan wajar pada akal fikirannya, tapi hakikatnya jalan itu penuh dengan durjana.Setiap manusia diberi peluang memilih jalan hidupnya, tapi ada juga yang terpaksa menerima seadanya. Kehidupan ini bukan seperti epik cerita dunia. Hiburan untuk kita tatapi tatkala inginkan kerehatan minda. Yang akhirnya penuh dengan kegembiraan. Pilihan yang jawapannya sudah terpacar kegembiraan ataupun unsur-unsur positifnya. Ini kehidupan.. kehidupan yang tiada seorang pun insan yang bergelar manusia tahu akan penghujungnya. Sama ada gembira, atau duka.. berjaya atau kecundang tanpa nama, ataupun sekadar tiada illusi yang terfikirnya.Kita pernah melalui saat-saat remaja. Dan setiap remaja juga takkan pernah lari dari alam percintaan. Kita sering terdengar, percintaan ini penuh dengan suka duka. Malah, seksanya mungkin terasa hingga ke akhr hayat kita. Lumrah percintaan, si merpati yang terbang liar bebas di udara kadangkala cukup indah jika diapit oleh si merpati lain. Yang terbangnya sentiasa ditemani. Merentasi benua jauh pun tidak akan pernah tersoal jaraknya. Jika terpisah, tercarinya hampir sepelosok dunia agar ditemukan semula. Biarlah terpaksa mengibas sayap berhari-hari lamanya, menunggu tenggelam timbul cahaya mentari setiap hari, juga pulang ke sarangnya mencari pengapitnya. Lumrah berDua.Cinta yang lahir dari jiwa yang tak pernah terjwad persoalannya begitu penuh dengan misteri. Wujudnya cukup membuatkan kita sedar betapa besarnya kuasa Illahi pada hambanya. Dengan hanya sekilas pandangan, sudah cukup menghuraikan betapa besarnya kuasanya dan bersyukurnya kita dikurniakan perasaan sebegitu rupa. Perasaan yang xkan pernah lari dari kehidupan seorang manusia. Cukup indah, namun boleh juga ku katakan cukup seksa bagi si pemiliknya. Saat-saat kerinduan melanda jiwa si pecinta, tidak terungkap dengan hanya coretan dakwat si penulis mengurainya. Ingin sentiasa bersama walau dipisah beribu batu jauhnya, tidak kurang juga hanya dengan terpisah sedinding batu sahaja. Namun hakikatnya, rindu itu tiada penawarnya jika tiada orang yang dicintai didepan mata. Bagaikan sebuah lagu yang liriknya hanya mampu difahami si penulisnya.cinta...
Saturday, December 31, 2011
Hargailah detik itu...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment