Terlalu mendambakan kesempurnaan kadangkala menjadikan kita terlepas melihat keindahan sebuah cerita yang sengaja digarap dengan kesalahan supaya membuahkan sejenis keindahan di hujungnya yang tertitik tolak daripada kesalahan itu sendiri....
Di dalam hidup ini Allah tidak pernah meminta kita mencari kesempurnaan. Ini adalah kerana kesempurnaan di mata manusia itu sendiri lain dari kesempurnaan di ‘kaca’ penglihatan Ilahi. Kita secara kolektif kita sudah mempunyai satu definisi sempurna yang di persetujui bersama sedangkan makna sebenar kesempurnaan itu bukan begitu. Lantas apabila kita menurut definisi kesempurnaan ini, kita akan berasa lelah kerana ianya pastilah berbeza dengan segala yang diharapkan atau difikirkan.
No comments:
Post a Comment