Terduduk aku di jendela. Melihat awam malam yang cukup tenang. Beraraknya ia mungkin membawa hujan dan mungkin juga hanya awam malam. Hutan yang terbentang luas melitupi bukit yang kadangkala cukup bosan untuk ku lihatnya. Terbatasnya pandangan mataku melihat keindahan ciptaan manusia. Yang satu ketika dahulu hampir setiap masa aku melihatnya. Aku kebosanan melihat benda yang hampir sama. Melalui rutin yang boleh ku baca setiap harinya. Aku inginkan kebebasan yang pernah aku miliki satu ketika dulu. Yang aku rasakan dunia ini hanya milik ku seorang sahaja. Bebas aku mengorak langkah kemana dan dimana. Bebas aku mengawal putaran masa walhal tidak pernah aku kisahkan tentang masa. Tanpa sebarang kerumitan yang mampu untuk memeningkan kepala. Bosan aku memikirkannya..Berfikir sejenak menunggu hembusan terakhir. Hati kecil ku meronta ku diamkannya. Ku menafikan niatku untuk kepuasan diri. Apalah yang mampu untuk ku lakukan. Hidup yang terikat. Bagaikan seekor kerbau yang ditambat. Yang hidupnya hanya untuk tuannya. Menjelang senja ia kembali, awal pagi ia dilibasi. Berjalan di sawah padi membajak sawah. Dan hanya rumput di jalanan menjadi kunyahan pagi.Hati kecil ku meronta lagi. Memori lama menusuk di fikiranku. Mengimbas kembali zaman berseluar hijau berbaju putih. Indah dan tenang. Tiada beban dan rakan sentiasa bergelak sakan. Rakan-rakan yang dahulunya amat ku hargai. Berlalu ia pergi mengikut masa yang sentiasa pergi. Terkenang seawal pagi ku bangun pagi. Subuh ku nanti untuk berlalu pergi. Seawal pagi aku melangkahkan diri. Tika cahaya mentari tidak kelihatan lagi. Namun kesibukan ibu kota ini sudah sebati dengan kehidupan ini. Bas yang sentiasa ku naiki ku nantikan. Perhentian ini semakin lama semakin ramai dihuni dengan kelibat manusia yang mencari rezeki. Berasak-asak menghimpit melalui pintu yang kecil saiznya. Berdiri hampir sejam lamanya. Kadangkala kesesakan itu mengajar erti sabar dan tabah. Melihat ragam manusia yang jika dilalui tika itu punyai 1001 perasaan bencinya. Namun jika dikenang sungguh menggelikan hati. Terkenang aku kesesakkan di awal pagi. Yang kini menjadi memori di kala sepi.Jika ku kenangkan lagi, sungguh banyak yang mampu aku tulisi dengan hati yang penuh hiba. Memori yang pergi xkan pernah kembali. Hakikat yang harus ku terima dalam hidup ini. Hidupku kini berbeza. Tiada lagi pulang lewat ke rumah, tiada lagi hiburan di kala malam menjelma, tiada lagi semuanya. Yang ada hanya peraturan dan hukuman ciptaan manusia. Terbatas aku melonjak kebebasan dunia. Semuanya lenyap dimamah usia. Berputar ia dihuni manusia yang baru mengenal dunia. Bebas tanpa ada bebannya. Aku yang kian bertambah usia melangkah ke arah satu peringkat dalam kehidupan manusia. Yang perlukan kefahaman erti tanggungjawabnya, erti berdikari serta lebih fokus dalam kehidupan.Apakah ini pilihan hidupku yang harus ku tempuhi. Atau pilihan orang tuaku yang semakin lama semakin jauh dari pandangan mataku. Aku rindu pada mereka yang satu ketika dulu saban hari meleteri ku. Aku rindu pada leteran mu itu. Aku rindu wahai ibuku, ayahku...Semoga kau memberkati hidupku ini. Kau sentiasa ku ingati dalam doaku. Yang setiap harinya ku mohonkan keampunan dariNya. Maafkan aku jika aku bukan anak solehmu..Aku rindu padamu..
Saturday, December 31, 2011
Aku Rindu Padamu...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment