Saturday, December 31, 2011

Erti Sebuah Kehidupan...


Bersabarlah sayang.. Arus kehidupan tak selalunya tenang. Kadangkala, ianya deras jika mengalirnya rintikan hujan. Namun, jika rintikan hujan diganti dengan kemarau berpanjangan, keringnya pula bagaikan debu yang berterbangan. Bagaikan tiada kesan mengalirnya sumber minuman. Sumber kehidupan kepada jutaan makhluk tuhan. Makhluk tuhan yang sentiasa mencari cara bagaimana untuk hidup di dunia yang nyata. Kadangkala, pokok yang disangka mati itulah yang akan terus bernafas memberi sinar kehidupan kepada makhluk tuhan yang saling memerlukan. Warna kekuningan serta kelayuannya cukup untuk kita tafsirkan penghujung kehidupannya, namun dia masih mampu bertahan hingga mampu membenihkan suatu kehidupan baru. Benih yang akan bercambah dan trus membesar.
Dalam kehidupan ini, tak semuanya indah. Takkan siang sepanjang masa tanpa diganti dengan kedinginan malam. Ciptaan tuhan ini terlalu sempurna untuk kita hayati dan renungi. Saban hari memerah keringat di bawah mentari panas, malamnya pula cukup tenang diulit mimpi2 indah. Memberi peluang kepada makhluk ciptaanNya berehat dan trus berkhidmat pada esok harinya. Perjalanan hidup yang diatur cukup indah dan sempurna. Begitu juga perjalanan hidup kita yang telah tercoretnya disatu lembaran coretan. Kesedihan akan diganti dengan kegembiraan. Silih berganti dan trus berganti. Yang tabah akan trus pergi, yang kecundang akan kembali pada sisiNya.
Jangan pernah menyesal dengan kehidupan. Kerana itu suma satu ketetapan. Tapi pandanglah kedepan. Jangan biarkan air matamu membasahi pipimu. Meratapi kesedihan serta penyesalan, tapi fikirlah kedepan. Masih jauh perjuangan yang perlu diteruskan. Tiada erti kalah dalam kehidupan ini. kerna hidup ini, bagaikan satu medan pentempuran. Orang yang lemah akan kecundang. Yang kuat pasti akan mara kedepan. Lumrah peperangan, akan ada kalah dan menang. Mengapa harus direnung kesedihan kekalahan. Aturkan satu susunan yang berkesan. Pemimpin yang hebat takkan pernah melafazkan kata-kata suram. Malah, memberi suntikan jiwa pada pengikutnya biarpun dia hanya berseorangan. Biarpun hakikat sebenarnya, jauh erti kemenangan pada dirinya. Berkorban biar sampai ajal. Biar tuhan yang tentukan segala-galanya. Usaha dan semangat adalah kunci segala pintu persoalan. Kerana itulah erti kehidupan..
Bersabarlah sayang.. walau apapun, hidup ini perlu diteruskan. Masih banyak yang harus kau renungkan. Masa yang berlalu takkan pernah datang kembali. Malah, cabaran baru sentiasa menanti. Usaplah air matamu itu. Takkan berubahnya dunia ini dengan kebasahan pipimu itu. Jangan kau sia-siakan air matamu itu. Jangan kau sia-siakan masamu.. jangan kau sia-siakan usahamu.. jangan kau sia-siakan pengorbanan orang tua mu.. Hiduplah belajar erti tabah dan sabar. Matangkanlah gerak gerimu dengan kesilapanmu. Jangan kau ulanginya walau sekalipun. Biarlah ini menjadi sejarah hitam hidupmu. Untuk kau tatapi setelah kau berjaya nanti. Agar kau tidak lupa diri...

No comments:

Post a Comment