Saturday, December 25, 2010

Sebuah Kehidupan...

Memang benar kehidupan ini sukar difahami. Malah aku juga pernah sukar memahami diri aku sendiri. Dimana hendak memahami kehendak aku, keinginan, hakikat dan takdir yang berlaku dalam hidup aku, dan tak lari dari memahami perasaan dan diri sendiri. Apatah lagi memahami insan lain yang terlalu banyak kerenahnya.

Saban hari aku makin lihat keadaan yang sungguh menjengkelkan. Kuman yang sebesar zarah nampak sahaja dimata insan lain tapi gajah yang besar didepan matanya bagaikan lutsinar yang mampu menembusi halangan pandangannya. Apakah ini dikatakan adil untuk orang lain dimana keadilan itu cuba kau rungkaikan?

Aku tidak suka menyebelahi sesiapa, bukan dia, atau pun kau, mahupun insan itu. Namun mata aku tak mampu menipu bila melihat keletah mereka yang cuba membunuh insan atas dan mengaburi mata manusia lain atas kelemahan, kesalahan serta keburukan diri mereka. Dimana letakkan rasa perikemanusiaan manusia seperti ini? Aku cuba selami tapi aku belum mampu untuk lakukan.

Wujudnya insan yang berhati sebegini memberi kesan yang mendalam dalam diri aku serta keadaan sekeliling. Pergerakan, bicara mahupun pemikiran kita bagai telah dicabul oleh tangan yang berlumpur dan mencalit disetiap minda sekeliling. Sukar sungguh untuk aku fahami akan isi hati insan ini, hanya satu yang terlintas dihati aku adalah perhatian yang dicarinya.

Jika dilihat kembali helaian sebelum ini, ia bukanlah diletakkan atas kesalahan aku mahupun insan lain. Sungguhpun dimata kasar manusia nampak ia datang dari dirinya sendiri. Ia jelas bahawa ia berpunca dari dirinya justeru ia telah disalurkan kepada rencana yang lain untuk mengaburi kesalahannya. Begitu licik perilakunya sehingga ramai yang terperdaya. Sehingga kita aku masih tidak tahu apa isi dalam rencananya.

Kini aku berserah pada tangan Tuhan. Aku hanya mampu berdoa kebaikan bersama dan jauhi perkara yang buruk pada diri aku, keluarga aku, orang sekeliling aku. Seperti yang dididik sejak kecil, sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ketanah juga. Hidup bagaikan roda yang sentiasa berpusing. Mungkin waktu ini kau di atas, percayalah bila kau dibawah kelak jangan kau menangis jika ia lebih hebat dugaannya dari yang telah kau lakukan pada insan-insan lain. Aku percaya orang sekelilingnya yang menyangjungi akan dirinya tidak akan lari dari keadaan yang berlaku sekarang ini. Ini bukan waktu mereka lagi. Kesabaran sahaja yang mampu aku kotakan. Terima kasih atas apa yang telah kau lakukan. Ia cukup mengajar aku.

Sendiri Lagi...

Aku mengerti bahawa setiap yang berada disekeliling aku tidak akan sentiasa bersama aku. Itulah takdir kehidupan setiap makhluk di muka bumi ini. Sesuatu itu datang dan pergi, wujud dan menghilang, kasih jadi benci serta lara dalam suka adalah satu bentuk penghidupan yang sukar untuk kita jangka.

Sejauh mana berubah sesuatu keadaan itu memberi kesan yang mendalam setiap insan yang mengalaminya. Aku anggarkan setiap waktu pasti kita memerlukan seseorang pada diri kita. Namun pernah juga kita hadapai waktu dimana kita sedar bahawa yang tinggal hanya kita sendiri. Keadaan yang aku sering alami terutamanya kini.

Benar kata mereka yang aku mempuyai ramai kenalan, teman dan kawan malah keluarga juga ada dekat dengan aku, ia tidaklah seperti hadirnya seseorang yang mampu membuat waktu itu berjalan dengan perlahan dan pantas pada waktu yang sama. Tidak perlu atas nama kekasih, seorang sahabat jua memadai untuk ubat kita tidak rasa kesunyian. Seseorang yang sentiasa ada bila kita gembira, teruja bahkan sentiasa ada pada waktu kita sedih dan marah. Ia memang cukup memadai dari seribu kenalan yang hadir dalam hidup kita.

Sudah dinamakan ini sebuah kehidupan, aku berpijak dibumi ini penuh nyata. Kenalan, teman dan kawan juga berserta sahabat mempunyai jalan hidup mereka. Bukan hanya untuk kita. Jangan kita pernah kesali keadaan itu kerna itu adalah lumrahnya. Kerna atas dasar perhubungan, persahabatan, kasih sayang mahupun cinta, adalakala aku pasrah melepaskan ia pergi. Biar berat mata memandang mahupun perih harus aku pikul, namun aku ikhlas demi mereka.
 Kenapa sayang itu sementara? Mengapa ini terus terjadi? Tersenyum aku bila ia terlintas dibenak fikiran ini. Mugkin ia salah diriku yang terlalu mengharap pada sesuatu yang aku sendiri tak pernah pasti. Aku cuma ingin hargai ketika aku disayangi. Sementara sayang itu masih ada. Bukan mudah untuk ia hadir walau mudah untuk ia pergi. Selagi ia hadir selagi itu aku akan hargai kehadirannya. Kelak ia pergi tanpa aku sedari, berat untuk aku terima. Itulah takdir ku, sendirian aku terima dengan hati terbuka. Itu yang terbaik dan aku ikhlas melepaskan ia.

Hati ini masih ada rasa sayang apatah lagi kasih. Ku pendamkan jua tanpa keluh resah. Maafkan aku jika ia adalah salahku. Takkan pernah aku lupakan kenangan waktu itu. Biar ia mekar sendiri di hati, takkan ku lupa walau sesaat. Aku masih disini menanti kehadiran saat itu kembali. Dengan sendiri….

Persoalan Hati...

Apakah benar begitu sukar untuk kita buang keegoan diri? Apakah insan lain tidak pernah dikurniakan perasaan? Atau kepentingan diri dipertuhankan? Ada apa dengan ego? Aku mula letih, aku mula jemu.


Aku akui ia adalah sebahagian dari diri manusia namun bukan sewenang-wenangnya alasan manusia biasa itu diajukan. Hati dan perasaan insan lain diperkotak-katikan tanpa rasa belas mahupun kesian. Demi mempamerkan kekuasaan diri. Keangkuhan diri menjadi nadi dalam perbuatan yang mampu membunuh insan lain. Tidak pernahkan mereka fikirkan bahawa hidup ini penuh dengan karma. Bak kata pepatah " Buat baik dibalas baik, buat jahat dibalas jahat ". Atau mereka lupa bahawa hidup ini bagaikan roda. Aku merayu wahai mereka untuk kenangkan walau sedikit perasaan insan lain. Jika sekali hati manusia terluka, takkan hilang parut selamanya. Seikhlas mana kemaafan itu, kesannya tetap dalam tak tergapai.


Aku sememangnya tidak sempurna. Aku juga ada rasa cemburu, rasa suka, rasa kuasa dan pelbagai lagi perasaan yang manusia lain mampu rasakan. Bukan niat aku untuk membanggakan diri atau " cakap besar " namun aku mampu untuk mengalah demi menjaga hati insan lain. Ada juga kala aku terpaksa untuk melepaskan perasaan aku dan adakalanya mereka yang ada disamping aku terkena tempias. Bukan niat aku untuk melepaskannya tapi aku ingin mereka tahu bahawa aku juga dikurniakan perasaan. Aku bukan boneka mahupun tiang seri yang tegak berdiri. Demi insan lain aku sanggup korban diri aku. Kerna aku takut melukakan hati dan perasaan insan lain. Sungguh aku mengerti rasa dilukakan dan dikecewakan. Selagi aku ikhlas, aku percaya Tuhan sentiasa ada dengan aku.


Dalam hidup aku, aku belajar untuk menerima keadaan dengan hati yang terbuka. Mengalah dan ikhlas dalam melakukan sesuatu. Seorang ibu ingin melihatkan anaknya mampu mengharungi hidupnya dengan tabah. Itu juga yang ibuku didik aku, pengalaman dan jalan hidup aku menjadi guru dalam aku mengharungi kehidupan aku yang sememangnya mencabar. Jujur aku katakan yang aku pernah terfikir untuk memohon Tuhan memanggil aku ke sisi-Nya. Aku sudah tak mampu menghadapi keadaan ini. Malah aku tidak mahu lagi insan lain menanggung dosa kerana aku. Aku sedar itu bukan jalan penyelesaian dalam hidup. Kehidupan selepas itu sememangnya aku percaya bukan semudah yang kita sangka. Aku teruskan kehidupan aku dengan senyuman walaupun berat untuk aku kuntumkan. Setidak-tidaknya senyuman itu memberi aku keyakinan dan kekuatan demi meneruskan sebuah kehidupan yang penuh dengan cabaran dan iri.

Mengertilah...

Aku tak tahu bagaimana untuk aku bicarakan rasa ini. Adakah ia rasa amarah, sendu dan tangis atau teruja yang merungkai dalam diri ini. Perasaan yang sukar untuk ditafsirkan oleh kata bibir samada ia kata hati atau kata fikiran. Aku pasti ramai yang pernah rasai perasaan aku kini. Walau mungkin ia berlaku sekali namun kesan yang mendalam menghantui perasaan. Sukar untuk digambarkan.

Mengapa begitu sukar untuk insan lain berada dalam diri insan yang lain? Mengamati setiap titik perasaan yang mereka alami. Bak sang tua berkata " Berat mata memandang berat lagi bahu memikul ". Dan pada itu jua insan lain hanya mampu memandang, tersenyum dan terus mengata. Bukan semudah bicara lidah atau seringan habuk diruang usang. Melangkah berat hadapi setiap detik mendatang.

Kesempatan diragut tanpa rasa bersalah. Dikambing hitamkan manusia tanpa belas kasihan. Tertanya-tanya apakah sebenarnya wajah tersirat disebalik keindahan ciptaan Tuhan. Sesungguhnya ia indah dimata namun siapalah insan lain untuk menghakimi disebaliknya. Apakah erti kemanusiaan dalam kewarasan ini?

Sedih bila difikirkan apatah lagi bila ia perlu dihadapi. Apakah kesalahan insan lain sehingga diperlakukan begitu. Adakah ia kerana benci? Iri? atau mengambil kesempatan atas kelemahan atau kelebihan insan lain? Malah bukan mudah jika ia hadir dari insan yang kenal haruman dan bahang diri insan itu. Hilang arah dan hilang punca. Diluah mati emak disimpan mati bapa. Sukar untuk ditafsirkan perasaan tersebut. Luluh rasa hati, hancur kasih jiwa. 
 
Fahamilah diri sendiri yang mahu difahami. Fahamilah insan lain jika mahu difahami. Benar manusia itu ego namun itu bukan tanda kewarasan manusia. Kenapa insan lain mampu mendalami perasaan dan kedudukan yang lain namun sukar bagi mereka yang lain? Sukar untuk difahami. Sedih untuk menghadapi.

Perasaan hati dan waktu


Berat sungguh hati ini melepaskan perasaan yang sungguh indah. Meleraikan setiap satu sengketa, lembaran kebahagiaan dan kuntuman kasih serta benci. Jika diikutkan kata hati memang segala nafsu bakal menguasai. Kelak akan merana diri sendiri.
Yang pasti kini hati terbang bersama angin lalu. Tiada lagi rasa atau dusta. Cukuplah sampai disini aku sering sengsara. Jika ia dilukai biar atas kesilapan aku sendiri. Jangan mungkin kerna ego atau iri.
Hanya satu yang menjadi harapan, ketenangan tanpa sebarang keterpaksaan. Benar jika ada cinta ia akan bahagia, jika ada cinta ia pasti berbunga, namun jika ada cinta ia mampu meruntuhkan segalanya.
Sukar sungguh dinyatakan bertapa beratnya hati membiarkan perasaan itu pergi. Walau aku tahu yang ia mungkin terjadi. Pada awalnya aku yakin namun bila perjalanan hidup dimakan waktu segalanya bagaikan tidak pasti. Segalanya jadi goyah buatkan diri ini bagai hilang kembali rasa itu. Jika benar takdir itu, tunjukkanlah pada aku. Jangan biar ia hilang setiap saat yang ada.
Dengarlah!! Ia semakin hilang ditelan waktu.

SENDIRIAN...

Salahkah jika jika bersendirian? Adakah ia melawan hukum alam? Atau perlu ditukar persoalannya kepada adakah tidak ingin berteman? Ditanyalah pelbagai soalan, dilemparkan segala pendapat dan ditoleh segala pandangan. Ditanya juga pada hati, mengapa ini terjadi. Diduga pada takdir, seperti ia tidak memihak pada diri.

Bila difikirkan ada juga insan yang mampu menghadapi keadaan itu. Tiada sebarang masalah atau isu yang dirungkaikan mahupun dari orang lain ataupun diri sendir. Memang benar jika diikutkan tradisi atau budaya bangsa ini, jika seseorang yang telah mempunya kerjaya, harta dan perkara-perkara yang bekaitan sepatutnya mempunya teman. Dikata boleh menjaga sakit pening dan penghilang rasa duka serta marah. Adakah mereka yang sendiri tak mampu untuk meneruskan hidup mereka atau mereka tak mampu mengawal perasaan mereka? Adakala mereka lebih matang dalam mengawal setiap keadaan yang datang menimpa. Selesa dengan tidak melibatkan orang lain dalam perasaan mereka sekurang-kurangnya tiada yang menjadi mangsa luahan perasaan mereka.
Bila tidak berteman ada juga fitnah dan kejian yang sering dilemparkan. Apakah salah mereka yang bersendirian sehingga digelarkan dengan gelaran yang tidak sepatutnya. Bukan kerana mereka tidak mahu atau terlalu memilih, bagi aku setiap manusia mempunyai sebab mereka sendiri. Jangan kerana itu pelbagai tomahan dilemparkan. Memang ia tidak adil dan adakala ia sukar diterima. Jangan kerna sendirian tak berteman membuatkan padangan serong dilemparkan.
Pada diri aku sendiri, selagi aku mampu untuk menerima keadaan, mengawal diri dan merdeka pada diri, tidak akan ada sebarang masalah jika aku sendiri. Memang benar adakala kita lemah dengan perasaan sunyi dan sepi namun perasaan itu juga menyedarkan aku bahawa dihujung waktu kita tetap sendiri menghadapi hari-hari mendatang. Benar memang ada antara kita yang memilih dan ada juga kerana jodoh dan rezeki belum mendatangi mereka. Memang aku seorang yang cerewet dan memilih. Mungkin bunyinya agak kasar namun aku terpaksa untuk jadi seorang yang memilih dalam mencari pasangan. Berkongsi segalanya dengan seseorang bukan sesuatu yang mudah. Membuat keputusan membeli pakaian pun cukup rumit bagi aku apatah lagi mencari cinta. Bukan kerna aku mahu yang hebat tapi aku mahu yang terbaik dalam hidup aku. Walau aku sedar aku bukan mudah untuk dijelaskan maksud sebenarnya terbaik dalam setiap perhubungan. Ia sungguh subjektif.

Bukan salah untuk jadi memilih dan jangan salahkan diri jika rezeki dan jodoh belum tiba. Berdoa dan berserah namun usaha perlu ada. Adakala yang sudah berteman masih mencari erti kebaikan diluar perhubungan mereka. Inilah namanya kehidupan. Sukar untuk kita terima namun mudah untuk insan lain berkata. Sendiri atau tidak jawapannya ada dalam diri kita sendiri. Bangkit dan senyum hadapi apa jua dalam hidup. Percayalah dihujung waktu pasti kita sendiri hadapi segalanya.


Thursday, December 23, 2010

Harapan...terlangkau batasan...tersentuh impian...

Harapan.. manusia bergantung berharap pada harapan.. harapan yg bisa terus membuatkan manusia terus terusan hidup tanpa sesaat mengetahui matlamat perjalanan…aku terusan jua melangkah dengan berbekal harapan…harapan untuk dicintai… harapan untuk dikasihi.. harapan untuk disukai.. harapan yg terus mendakap seluruh getir tubuhku…. menggendung keringat ku ibarat sinai arab yg mengalir lesu…ibarat ketenangan Nil di lembah mesir yg membasahi perut bumi kontang… aku masih hidup berbekal harapan…pernah ramai manusia bersenandung tentang apa perlu harapan dan impian? Sedang kebenarannya,manusia membuka mata setiap pagi memandang suria yg masih meninggi dengan berharap sesuatu yg belum pasti, namun terus bangkit dr ranjang… dan keluar dari kamar untuk terus bernafas… terus berhias… terus bergegas…
Hari ni aku biarkan saja santunku terkias.. budiku terbias.. harapku diri ini terbebas..dan keindahan semuanya terbalas..aku buka mata pada tarikh kelahiran ku.. memandang suria jauh di ufuk dunia… genap usiaku 38 tahun…. ku selidik telefon bimbit lantas terus terukir senyuman lebar di bibir.. masih ramai kawan, kenalan, sahabat, keluarga, kekasih yg mengutus salam menyambut ulang tahun kelahiranku…
Indah sungguh dunia… megah sinaran suria.. awan berinjak memberi laluan.. angin menghembus mengucapkan salam.. pohon melambai seakan mengerti.. hari ini kau makin matang.. makin terus meninggalkan dunia muda….tidak terbayang ku nikmat dari Tuhan pencipta alam… yg masih mencurahkan rahmat dan rahman pada ku, yg kadangkala terlupa syukur akan nikmat dariNya…telinga ini masih bisa mendengar alunan lagu hari lahir dr mama dan abah… kaki ini masih betah lagi untuk terus melangkah.. mata ini masih terang melihat keasyikan alam…mulut ku masih lancar berbicara bahasa yg terfaham… jemari ini masih tegar untuk mengenggam.. akal ini terus anggun untuk berfikir walau kadang kala aku terbungkam.. lantas aku mencipta dunia yg penuh harapan dan impian dan aku terus bersyukur sedikit harapan terkabul…impian indah termuncul.
Prinsip dicanang azam Tercipta.. namun aku perlu sedar hanya garis dan sempadan halus yang memisahkan diantara ku patuh atau ku roboh. namun ada sahabat yg memahami akalku.. membisikan kata padaku… ”ayuh Karma terusan kita mengenggam panji dan berdiri diatas bukit melihat karenah insan” terima kasih Sang Jiwa…. bila kau sudah melintas batasan… bila kau tersandung diluar garisan… mmg sukar untuk berpatah balik… namun tidak canggung untuk berundur jika Rakan sedia untuk mengatur….dan biarkan harapan dan impian tetap meneduh mu… menjadi tempat untuk kau menggapai… menjadi punca mata air di gurun gersang.. menjadi segenggam padi di musim kemarau nya bendang.
Jurnal perjalanan hidupku penuh seribu satu keindahan dan pancaroba permainan dunia…Julius ceaser berteriak di medan perang.. di atas bukit.. dengan angkuh berkata ”ku sampai…. ku lihat… ku takluk” bukan itu diriku… biarku merendah diri.. biarku bersenandung irama budi.. biarku jadi insan yg terus mengerti.. kadang kataku terkias bunyi angkuh, kadang lagak ku ibarat ku terlupa aku insan kerdil.. namun bagi hati yg memahami.. yg masih senang bersahabat.. aku hanyalah insan yg penuh kekhilafan.. tidak malu ku memohon ampun.. tidak jelik aku pada Kawan yg terlupa budi ku.. ku terus pauti.. ku terus selami hati kawan yg kembali menyedari siapa diri…” arghhh sang karma dan sang jiwa, manusia itu tidak sempurna, bagi mereka ruang…bagi mereka peluang…kelak segala kesedaran terhadap kesilapan kita tawa kan bersama.. kita kenang dengan senyuman…harap manusia sentiasa melentur diri dikala kita sudah terperosok di hujung sudut.. kadangkala hati ini remuk.. kadang kala jiwa kita kusut..Namun Erti persahabatan tetap disebut.Batasan dilangkau kataku terimbau.
Erti hidup ku fikir ibarat berzikir… sangga pujangga ku.. misteri kataku…alunan bahasa mencipta irama…irama yag terbias seribu makna..
-aku makin meningkat usia..hidup ku berlandas harapan…mengalun impian..kadang ku terlangkau batasan….aku insan penuh kekhilafan..ingin ku berpujangga di tabir ufuk sinar sang suria-

Cinta..

Andai semua cinta itu setia pada insan di dunia.. andai cinta bisa memberi ketetapan hingga pengakhiran.. andai tiada cinta yg melakukan pengkhianatan… nescaya gurung kontang di tumbuhi seladang bunga nan kembang.. Nescaya senyum terukir dibibir semua manusia yg malang..
semua itu memerlukan hati nan tabah.. minda yg bisa membedakan antar kebenaran dan impian.. Luas lagi dunia ini… indah lagi alam ini.. banyak lagi tujuan mu berjalan di muka bumi.. bukan hanya untuk menjunjung cinta… bukan hanya untuk berkiblatkan Kesuma Jiwa…
kembali lah engkau tetapkan hatimu di landasan pemikiran yg waras…
kembali engkau menghirup secangkir kopi di pagi hari
kembali engkau gagah menyahut salam dan terus kan perjalanan…
Pada semua pelayar bahtera Cinta…. Kita hanya insan Fana yg masih dihitung jasa..dan masih perlu waras menimbangkan kisah hidup nan mulia..
-biarlah Alam kembali bernyawa, ibarat tumbuhnya cendawan selepas hujan, bunga kembang dikala malam sedang sang purnama melabuhkan tirai malam-
Biarlah kita berfantasi dan bermimpi, mengharap, mengingin,berkhayal, kerana manusia itu sehabis daya dan tenaga yang tinggal pada dirinya yang tidak boleh diambil oleh musuh dan antagonis adalah keupayaan dirinya untuk mencipta harapan…tiada sesiapa yang layak untuk berkongsi harapan, yang layak merubah fantasi dan mimpi…keinginan itu untuk kita, harapan itu pencetus dayaku untuk terus berjalan meredah hidup yg penuh liku…biar aku guna harapan sebagai tuil menolak batu diDaDA ku yang bisa menyesakkan nafas, biarku gunakan inginku sebagai udara didalam kamar tubuhku yg telah hilang daya untuk bernafas…biarku guna mimpiku sebagai topang tongkat untuk ku terus melangkah walau kakiku terasa tersangat lemah…. biarlah kecewa datang seakan awan mendung hitam menylimuti nasib dan bahagia ku. namun tidak sesekali aku benarkan kau mencuit dan mengambil keupayaanku untuk terus berharap dan bermimpi… HARAPAN yang bisa "MEMBUATKAN AKU TERASA HIDUP, DAN TERUS MENJALANI HIDUP"

Jangan Ditangisi Apa yang Bukan Milikmu


Dalam perjalanan hidup ini seringkali kita merasa kecewa. Kecewa sekali. Sesuatu yang luput dari genggaman, keinginan yang tidak tercapai, kenyataan yang tidak sesuai harapan.

Dan sungguh sangat beruntung andai dalam saat-saat tergoncangnya jiwa, masih ada setitik cahaya dalam kalbu untuk merenungi kebenaran. Masih ada kekuatan untuk melangkahkan kaki menuju majlis-majlis ilmu, majlis-majlis dzikir yang akan mengantarkan pada ketenteraman jiwa.

Hidup ini ibarat belantara. Tempat kita mengejar berbagai keinginan. Dan memang manusia diciptakan mempunyai kehendak, mempunyai keinginan. Tetapi tidak setiap yang kita inginkan bisa terbukti, tidak setiap yang kita mahu bisa tercapai.Dan tidak mudah menyedari bahwa apa yang bukan menjadi hak kita tak perlu kita tangisi. Banyak orang yang tidak sedar bahwa hidup ini tidak punya satu hukum: harus berjaya, harus bahagia atau harus-harus yang lain.

Betapa banyak orang yang berjaya tetapi lupa bahwa sejatinya itu semua pemberian Allah hingga membuatnya sombong dan bertindak sewenang-wenang. Begitu juga kegagalan sering tidak dihadapi dengan benar. Padahal dimensi tauhid dari kegagalan adalah tidak tercapainya apa yang memang bukan hak kita. Padahal hakikat kegagalan adalah tidak terengkuhnya apa yang memang bukan hak kita.

Apa yang memang menjadi jatah kita di dunia, entah itu rezeki, jawatan atau kedudukan, pasti akan Allah sampaikan. Tetapi apa yang memang bukan milik kita, ia tidak akan kita bisa miliki. Meski ia nyaris menghampiri kita, meski kita mati-matian mengusahakannya.

"Tiada suatu bencana pun yang menimpa di bumi dan (tidak pula) pada dirimu sendiri melainkan telah tertulis dalam kitab (Lauh Mahfuzh) sebelum Kami menciptakannya. Sesungguhnya yang demikian itu adalah mudah bagi Allah. (Kami jelaskan yang demikian itu) supaya kamu jangan berdukacita terhadap apa yang luput dari kamu, dan supaya kamu jangan terlalu gembira terhadap apa yang diberikan-Nya kepadamu. Dan Allah tidak menyukai setiap orang yang sombong lagi membanggakan diri.." (al-Hadiid: 22-23)


Demikian juga bagi yang sedang galau terhadap jodoh. Kadang kita tak sedar ketentuan Allah tentang jodoh kita, bukannya meminta yang terbaik dalam istikharah kita tetapi benar-benar ketentuan Allah: "yang pentingnya harus dia Ya Allah! Harus dia, kerana aku sangat mencintainya." Seakan kita jadi yang menentukan segalanya, kita meminta dengan paksa. Dan akhirnya kalau pun Allah memberikannya maka tak selalu itu yang terbaik. Boleh jadi Allah tak mengulurkannya tidak dengan kelembutan, tapi melemparkannya dengan marah kerana niat kita yang terkotor.


Maka setelah ini wahai jiwa, jangan kau hanyut dalam nestapa jiwa berkepanjangan terhadap apa-apa yang luput darimu. Setelah ini harus benar-benar difikirkan bahwa apa-apa yang kita rasa perlu di dunia ini harus benar-benar perlu, bila ada relevansinya dengan harapan kita akan bahagia di akhirat. Kerana seorang Mu'min tidak hidup untuk dunia, tetapi menjadikan dunia untuk mencari hidup yang sesungguhnya: hidup di akhirat kelak.

Maka sudahlah, jangan kau tangisi apa yang bukan milikmu!

Anak Kecil Dan Seketul Batu



Seorang ekskutif muda yang berjaya sedang memandu di sebuah perkampungan di pinggir bandar. Ia memandu agak laju dengan sebuah kereta WAJA yang berprestasi tinggi yang baru sahaja dibelinya. Sambil ia memandu perlahan-lahan ia sedang memerhatikan seorang anak kecil di celah-celah kereta yang diletakkan di tepi jalan , ia memperlahankan keretanya untuk melihat sesuatu yang difikirkannya.

Seelok-elok sahaja kereta Waja tersebut melintasi kawasan tersebut ; anak kecil tidak kelihatan tetapiseketul batu dilontarkan tepat mengena pintu di sebelah kanan kereta Waja tersebut.

Apalagi ekskutif muda tersebut menekan brek sekuat hatinya dan berundur ke tempat di mana anak kecil tadi berdiri. Dengan marahnya dia keluar dari kereta terus

meluru ke arah anak kecil , menarik tangan anak kecil dan menghempasnya ke kereta yang terletak di tepi jalan dan terus memarahi anak kecil tadi :

"Apa ni ? Siapa awak ? dan apa ke jadahnya awak berada di sini ? Itu kereta baru , mahal dan susah nak baiki ? Awak tau tak ? Kenapa awak buat ini semua ? jerit ekskutif tersebut.
Anak kecil itu tunduk sedih , sayu dan memohon maaf ;

" Saya meminta maaf pakcik, saya tak tahu apa patut saya buat , ia merayu . Saya melontar batu kerana tak ada orang yang berhenti di sini apabila saya panggil".

Dengan linangan air mata ia menunjukkan ke satu sudut yang tidak jauh dari situ. "Itu abang saya , ia jatuh dari kerusi roda dari tebing di sebelah dan tak ada orang yang dapat mengangkatnya kembali. Boleh tak pakcik menolong saya , ia cedera dan ia terlalu berat
untuk saya.

Dengan rasa terharu, ekskutif muda tersebut melepaskan anak kecil tersebut dan terus mengangkat abangnya dan meletakkannya kembali ke kerusi roda. Terima kasih , pakcik, saya doakan pakcik selamat dunia dan akhirat.

Tak dapat digambarkan dengan perkataan , ekskutif muda hanya melihat dengan sayu, anak kecil tersebut menyorong abangnya yang cacat dan cedera pulang menuju ke rumahnya. Anak sekecil itu boleh mendoakannya akan kesejahteraan hidupnya.

Ekskutif muda tersebut berjalan perlahan ke arah kereta , WAJA kemek teruk tetapi ia membiarkan saja tanpa dibaiki. Ia mengingatkannya bahawa kita tidak perlu berkejar-kejar dalam kehidupan ini sehinggakan seseorang melontar batu hanya kerana hendakkan perhatian .

Pengajaran

Allah tidak menjanjikan hidup ini t idak pernah susah,
bersuka-ria tanpa kesedihan, panas tanpa hujan tetapi
ia memberi kita kekuatan, menenangkan kita semasa
kesedihan dan menunjukkan jalan yang sebenar-benarnya.
Janganlah kita sombong dengan kelebihan yang sementara.

Wasiat buat Anakku..

“Wahai anakku!
Kalaulah wasiat ini untuk kesempurnaan adabmu,
Aku percaya kau telah mewarisi segala-galanya.

Tetapi!
Ia sebagai peringatan untuk yang lalai
Dan pedoman kepada yang berakal.

Andai ibubapamu dapat memberikan segala-galanya,
Nescaya,
tidak perlu bagimu seorang suami,
dan kau terlalu berharga bagi kami.

Tetapi!
Wanita dicipta untuk lelaki
Lelaki dicipta untuk wanita.

Bercerailah kau dari ayunan buaianmu
Meninggalkan teratak tempat besarmu
Melangkah menuju ke alam baru
Yang belum kau kenal
Yang belum kau biasa

Kau milik suamimu
Anggap dirimu sebagai hamba
Jadilah teman yang paling setia

Bawalah wasiat dariku
Sepuluh sifat
sebagai bekalan perjalanan
menuju alam bahagia

Relakan hatimu
sekadar yang ada
semoga suci hatimu
dengan taat setia
Dan hulur tanganmu
tanda mahu berganding bahu.

Jauhkan dirimu
dari segala yang jelek
yang dihidu atau dipandang mata

Juga awasi gerak lakumu
agar tidak sumbang mengguris rasa

Sembunyikan suram wajahmu
Gantikan ia dengan sinar
secerah sang suria pagi.
Dan badan yang semerbak harum
Bermandikan bauan

Mata berpasak, kening bercelak
Itu menambah seri
Itu membangkit berahi

Dan…
Air cukup memada
Bagi yang tiada

Jaga masa makannya
Juga waktu tidurnya
Kerana…
Perut kosong hilang bicara
Mata mengantuk hilang kesabaran di dada

Kunci mulutmu
Tabahkan hatimu
Badanmu terselamat
Jiwa temanmu tidak terseksa

Simpan dulu kerianganmu
Di kala dia berduka
Pendamkan kesedihanmu
Di kala dia bergembira

Akibat aksi tidak senada
Hilang simpatimu disebabkan pertama
Hilang suasana disebabkan kedua…

Hulurkan tanganmu…
Andai kau menghulur sebelah tangan
Nescaya dia menghulur kedua belah tangan
Tidak cukup tangan, nyiur pula ditadahkan

Ketahuilah!
Kasihmu tidak sampai ke mana
Jika hatimu berdua tidak sejiwa
Kasihmu, kasihlah dia
Bencimu, bencilah dia
Allah saja yang menentukan nasibmu.

Kau bawalah wasiatku ini, dan sampaikan salamku kepada suamimu.”


Wanita Dan Rama-rama...



Lihatlah rama-rama, ia cantik. Apabila pandangan kita dihiasi rama-rama, kita menjadi suka dan ceria. Hampir semua orang akan tersenyum melihat rama-rama. Ia mengindahkan alam dan menyempurnakan sekuntum bunga. Seindah mana pun bunga tanpa rama-rama mahu hinggap di situ, tentu ada sesuatu yang tidak kena.

Cubalah tangkap dan pegang rama-rama itu dengan sayapnya. Lihat apa yang melekat di jari anda – warna dan corak rama-rama itu telah berpindah ke jari-jari anda. Kemudian lepaskan kembali, ia terbang tapi lebih terbuai oleh angin. Siapa pun yang akan menangkapnya kembali tidak tertarik padanya lagi. Harganya telah tiada untuk dikagumi, disimpan mahukan diawetkan.

Rama-rama ibarat wanita. Ia indah untuk dipegang tetapi nilainya cepat turun setiap kali ada tangan-tangan yang tidak wajar hinggap pada tubuhnya. Memang fizikalnya tiada apa-apa yang kurang, tapi harga diri dan maruah telah mula tercemar.

Begitulah wanita. Ia bagaikan rama-rama yang terbang membawa corak-corak indah, apabila corak-corak itu telah pudar ia tidak dipedulikan lagi. Harga rama-rama terletak pada warna dan coraknya; harga wanita terletak pada apakah tubuhnya masih tulen tatkala dia didampingi oleh suaminya.

Rama-rama terpaksa berjuang untuk memulakan hidupnya. Dia terpaksa membebaskan diri daripada kepompong. Bukan mudah untuk keluar daripada kepompong yang mengikat itu. Sedangkan sepanjang berada di dalam kepompong tiada siapa pedulikannya, malah tatkala bergelar ulat ia lebih dibenci.

Sulitnya untuk akhirnya bergelar rama-rama. Terpaksa melalui kitaran dan evolusi bentuk. Daripada sesuatu yang menjijikan akhirnya bertukar menjadi sesuatu yang amat menyenangkan. Rama-rama adalah contoh terbaik wanita untuk sedar betapa bernilainya kehidupan mereka. Sewaktu anda dipuja, usah terlalu mabuk sebaliknya kenang-kenang kehidupan serba susah sebelum itu. Sewaktu anda digoda, dihambat dan dirayu usah terlalu mudah menyerah sebab ingatlah mereka yang bersusah payah memastikan anda dapat bangkit sebagai manusia sempurna hari ini. Anda tidak muncul sendiri, sebaliknya anda adalah lambang pengorbanan ibu bapa.

Usah jadi rama-rama yang di dalam bingkai gambar – indah dipandang tetapi diri sendiri menanggung beban. Hiduplah dengan bebas dan terjemahkan kebebasan itu kepada nilai-nilai murni yang perlu dipertahankan. Hak anda ialah memelihara kehormatan. Selama mana anda memelihara kehormatan dan maruah diri anda berada pada terbaik, sebaik sahaja anda tidak peduli kepada siapa maruah itu hendak diberikan, anda sudah kehilangan masa depan.

Kalaulah rama-rama tahu dia cantik dan sentiasa memukau penglihatan manusia, dia tentu tidak mudah-mudah terbang ke sana sini. Sebab setiap kali ia mengibarkan sayapnya, ia sentiasa terdedah pada bahaya. Namun rama-rama tidak pernah tahu dia itu indah dan sentiasa menjadi sasaran manusia. Jika anda tidak pernah tahu kewanitaan anda itu adalah sasaran terpenting sang penceroboh, anda ibarat rama-rama yang tidak sedar diintai bahaya.

Mahalkan harga diri anda. Semakin sukar anda dimiliki semakin mahal nilai anda di sisi lelaki. Lelaki perosak hanya inginkan kuasa memiliki tetapi tidak mahu setia apalagi memelihara dan melindungi anda.

Usah terperangkap ke dalam tangan yang hanya akan meleraikan warna-warna anda. Setelah warna-warna itu hilang anda dibiarkan. Jadilah wanita angun yang punya nilai dan maruah diri, anda akan lebih dihormati.

Nilai anda bukan terletak pada berapa ramai lelaki yang ingin memiliki anda tetapi berapa ramai yang benar-benar sanggup menyintai anda. Cinta itu terjemahan pada kasih sayang dan belaian sayang penuh ikhlas. Selama mana anda belum menemuinya anggaplah diri anda masih berhak terbang bebas bagaikan sang rama-rama.

Jadilah rama-rama yang mengindahkan alam, jadilah wanita yang membanggakan semua orang.

Cantik wanita itu ..

Cantik wanita itu ...
Cantiknya seorang wanita itu, sebagai gadis bukan kerana merah kilau lipstik pada bibir mekar senyum kosmetik
Cantik seorang wanita itu, sebagai remaja tidak pada kulitnya mulus menggebu terdedah
Cantik seorang wanita itu, sebagai Hawa tidak kerana bijak meruntuh iman kaum Adam
Cantik seorang wanita itu, sebagai anak tidak menjerat diri pada kedurhakaan.
Cantik seorang wanita itu, sebagai isteri merempuh badai di sisi suami
Cantik seorang wanita itu, sebagai menantu menjauhi persekongkolan ipar lamai
Cantik seorang wanitaitu, sebagai ibu membuai anak, kala suami menjalin mimpi
Cantik seorang wanita itu, sebagai mentua telus hati mengagih kasih setara pada semua
Cantik seorang wanita itu, sebagai nenek menjaring teladan para anbia buat cucu-cicit
Cantik seorang wanita itu, sebagai warganegara peka membela nasib dan maruah negara
Cantik seorang wanita itu, sebagai warga tua menghitung hari dengan selembar mashaf
Cantik seorang wanita itu, sebagai intelektualis menyala obor mewangi setanggi profesionalis
Cantik seorang wanita itu, sebagai akidah solehah mengandam rindu kekasih pasrah di atas sejadah

Renungan Bersama insan yang bergelar wanita...

 
Segala puji hanya bagi Tuhan
Lantaran telah menjadikan daku seorang wanita
Dicipta dari tulang rusuk kiri Adam
Dengan seindah dan sebaik ciptaan

Daku
Si tulang bengkok
Yang Kau gubah dengan kekuatan perasaan
Mengatasi panjangnya akal fikiran
Sebagai fitrah dan anugerah
Hasil doa seorang lelaki
Namun Ya Allah
Biarkan kejadian ku memberi guna
Bengkok yang ada manfaatnya

Kiranya daku menjadi seorang isteri
Kurniakanlah pada ku kekuatan
Menjadi tulang belakang seorang suami.. seorang mujahid
Pengembang perjuangan di sayap kiri
Diadun dengan kelembutan
Menjadi teman sejati.. sahabat setia penyejuk mata
Pembina semangat dan penguat jiwa
Seanggun peribadi Siti Khadijah
Ketenangan Baginda Rasulullah utusan Allah

Bebas jiwa dari belenggu keperempuanan
Yang memiliki sembilan nafsu
Merdeka dari kepentingan peribadi
Setulus Siti Fatimah yang sering ditinggalkan suami Saidina Ali
Dihantar pemergiannya tanpa ditanya
Bila kan pulang?
Disambut kepulangannya dengan penuh khidmat dan kemanisan
Bersulamkan kemesraan
Rumah tangga adalah syurga
Wadah suburnya cinta ketuhanan Ubudiyyah
Akal yang tunggal tidak dibiarkan
Hanya berlegar di celahan periuk belanga
Di sebalik lipatan lampin anak
Menjangkau kebangkitan Islam di alam sejagat
Menjadi pentadbir di sebalik tabir!!


Namun Ya Tuhan
Siapalah daku untuk memiliki
Watak wanita solehah pendampingan Nabi
Dek berkaratnya mazmumah yang bersarang di hati
Maka kurniakanlah daku
Sekeping hati yang sentiasa insaf
Hak seorang suami
Tidak kan mungkin ku penuhi
Biar telah ku jilat nanahnya yang berlelehan
Biar telah ku tadahkan wajah ku
Buat mengesat debu di telapak kakinya

Dan sememangnya daku mengimpikan
Watak seorang ibu
Yang bakal melahirkan
Putera putera secekal Mus'ab bin Umar
Menggadai dunia demi kasih Tuhannya
Segigih Zubair Ibnu Awwaam
Yang diangkat Rasul sebagai hawarijnya
Hasil didikan seorang wanita bergelar ibu Jua...
Memiliki puteri setabah seteguh Masyitah
Rela direbus demi mempertahankan iman
Atau sesuci Maryan seluruh hidupnya
Mengabdikan diri kepada Tuhan

Meskipun daku bukan ibunya
Yang memiliki peribadi semurni Siti Fatimah
Ibu Syeikh Abdul Kadir Jailani
Yang tiap titis darah mampu berzikir kehadrat Ilahi

Namun...
Mudah mudahan zuriatku
Bakal menampilkan
Mujahid mujahid yang rindu memburu syahid
Srikandi srikandi yang mampu memakmurkan muka bumi Allah
Dengan ketaqwaan.. kesolehah ramainya ummat Rasulullah

Yang saling reda berkorban dan dikorbankan
Buat menyemarakkan Islam di akhir zaman
Sebagaimana kesah seorang ibu
Yang telah kematian putera puteranya di medan jihad;

"Mereka telah berbahagia sebagaimana aku bahagia
Aduhai.. kiranya aku punya seorang anak lagi
Ku relakan dia turut gugur di jalan Ilahi".
Dan seandainya daku ditakdirkan kehilangan mereka
Setenang Ummu Faisal
Yang tidak menjadikan kematian suami dan anak anaknya
Halangan kecintaan pada-Mu Ya Ilahi

Wednesday, December 22, 2010

Gerald Joling - Everlasting Love - Amor

FEBIANS - Untukmu Sayang

Quotes Love...

"Life has taught us that love does not consist in gazing at each other but in looking outward in the same direction."

"Without love there is no life, and the life is of such a quality as is the love."
 
"If you love me as I love you
What knife can cut our love in two?" 
 
"Absency make the hearth grow fonder."
 
"Neither a lofty degree of intelligence nor imagination nor both together go to the making of genius. Love, love, love, that is the soul of genius."
 
"Love is patient; love is kind. It is never jealous, arrogant or rude. Love is not selfish; it does not take offense and is not resentful. Love takes no pleasure in other people's sins, but rejoices in truth. Love bears all things, believes all things, hopes all things, endures all things. And now faith, hope, and love abide, and the greatest of these is love."

Quote Of LOVE...

 
"Love builds bridges where there are none."
 
"Love is a wonderful thing. You never have to take it away from one person to give it to another. There's always more than enough to go around."
 
"Love will find a way through paths where wolves fear to prey."

"Love is composed of a single soul inhabiting two bodies." 
 
"Gravitation cannot be held responsible for people falling in love."
 
"I may not be a smart man but I know what love is."
 
"Kind words can be short and easy to speak, but their echoes are truly endless. 
 
"The greatest motivational act one person can do for another is to listen."
 
"Kindness in the noblest weapon to conquer with." 
 
"In dreams and in love there are no impossibilities." 
 
"There is no such thing in anyone's life as an unimportant day."
 
"We do not remember days, we remember moments." 
 
"The greateast use of life is to spend it for something that will outlast it."
 
"To love another person is to see the face of God."
 
 
"Spread love everywhere you go: First of all in your own home...let no one ever come to you without leaving better and happier. Be the living expression of God's kindness; kindness in your face, kindness in your eyes, kindness in your smile, kindness in your warm greeting." 
 
"Follow your heart because your heart will know the love that is meant for you." 
 
"A good marriage is one which allows for change and growth in the individuals and in the way they expres their love."
 
"The meeting of two personalities is like the contact of two chemical substances; if there is any reaction, both are transformed."
 
"Sometimes idiosyncrasies, which used to be irritating, become endearing, part of the complexity of a partner who has become woven deep into our own selves." 
 
"So each will have two lives, a doubled state; Each in himself will live, and in his mate"
 
"There is nothing more lovely in life than the union of two people whose love for one another has grown throught the years form the small acorn of passion to a great rooted tree. Surviving all vicissitudes, and rich with its manifold branches, every leaf holding its own significance."
 
"Love is space and time measured by the heart." 
 
"You walk into a forever world-walk with love."
 
"Intense love does not measure, it just gives..."
 
"Life is a journey, and love is what makes the journey worthwhile."
 
"A successful marriange requires falling in love many times, always with the same person."
 
 

Quote of Happiness...

"People whose sole aim is to be happy turn out to be self-centered, discontented, and restless. But if your goal is to create something beautiful, achieve something worthwhile, or provide some service, and if you work toward such a commitment, happiness is a by-product."
"Remember this - that very little is needed to make a happy life."
 
"For yesterday is but a dream
And tomorrow is only a vision
But today well lived makes
Every yesterday a dream of happiness
And every tomorrow a vision of hope
Look well, therefore to this day."
 
"Learn how to be happy with what you have while you pursue all that you want."
 
"Most people are about as happy as they make up their minds to be."
 
"Action does not always lead to happiness, but there is no happiness without action."
 
"It's good to be just plain happy; it's a little better to know that you are happy; but to understand that you're happy and to know why and how and still be happy, be happy in the being and the knowing, well that is beyond happiness, that is bliss."
 
 

INSPIRATION QUOTE...

Progress is impossible without change; and those who cannot change their minds cannot change anything.
Change is not made without inconvenience, even from worse to better.
 
There is a certain relief in change, even though it be from bad to worse; as I have found in travelling in a stage-coach, that it is often a comfort to shift one's position and be bruised in a new place.
 
Don't ever take a fence down until you know the reason why it was put up.
 
There is no way to make people like change. You can only make them feel less threatened by it.
 
The world hates change, yet it is the only thing that has brought progress. 
 
There is nothing permanent except change.
 
Times change and we change with them. 
 
There are two ways of spreading lights: to be the candle or the mirror that reflects it.
 
Everyone thinks of changing the world, but no one thinks of changing himself.
 
If we don't change the direction we're going, we're likely to end up where we are headed. 
 
Ideas won't keep; something must be done about them.
 
We must not, in trying to think about how we can make a big difference, ignore the small daily differences we can make which, over time, add up to big differences that we often cannot foresee. 
 
The possibility that we may fail in the struggle ought not to deter us from the support of a cause we believe to be just.

The tragedy in life doesn't lie in not reaching your goal. The tragedy lies in having no goal to reach.
 
To create real change in this world, you have to have a vision, and you have to have enormous perseverance. It's the same principle that applies in any entrepreneurial adventure: You've got to be too stupid to quit.
 

Positive Thinking...

"Joy is the sweet voice, joy the luminous cloud -
We in ourselves rejoice!
And thence flows all that charms or ear or sight,
All melodies the echoes of that voice,
All colors a suffusion from that light." 
 
"Today, a new sun rises for me; everything lives, everything is animated, everything seems to speak to me of my passion, everything invites me to cherish it."

"Do all the good you can,
By all the means you can,
In all the ways you can,
In all the places you can,
At all the times you can,
To all the people you can,
As long as ever you can."
 
"Everything that is happening at this moment is a result of the choices you've made in the past."
 
"Find something you love to do and you'll never have to work a day in your life."
 
The important thing is not to stop questioning. 
 
"Be wise in the use of time. The question in life is not how much time do we have? The question is what shall we do with it." 
 
"Love What You Do. Do What You Love." 
 
"Failure is simply the opportunity to begin again, this time more intelligently."
 
Only passions, great passions, can elevate the soul to great things. 

It is not because things are difficult that we do not dare; it is because we do not dare that they are difficult.

If everybody is thinking alike, then somebody isn't thinking.

It is not best that we all should think alike, it is differences of opinion that make horse races.

If you have an important point to make, don't try to be subtle or clever. Use a pile driver. Hit the point once. Then come back and hit it again. Then hit it a third time-a tremendous whack.

Where there is an open mind, there will always be a frontier.

There are really only three types of people: those who make things happen, those who watch things happen, and those who say, What happened? 
 
 



 
 

Time..

For everything there is a season,
And a time for every matter under heaven:
A time to be born, and a time to die;
A time to plant, and a time to pluck up what is planted;
A time to kill, and a time to heal;
A time to break down, and a time to build up;
A time to weep, and a time to laugh;
A time to mourn, and a time to dance;
A time to throw away stones, And a time to gather stones together;
A time to embrace, And a time to refrain from embracing;
A time to seek, and a time to lose;
A time to keep, and a time to throw away;
A time to tear, and a time to sew;
A time to keep silence, and a time to speak;
A time to love, and a time to hate,
A time for war, and a time for peace."

LELAKI IDAMAN SAYA...



Lelaki idaman saya adalah seorang lelaki yang beriman
Yang hatinya disalut rasa takwa kepada Allah
Yang jiwanya penuh penghayatan terhadap Islam
Yang sentiasa haus dengan ilmu
Yang sentiasa dahaga akan pahala
Yang solatnya adalah maruah dirinya
Yang tidak pernah takut untuk berkata benar
Yang tidak pernah gentar untuk melawan nafsu
Yang sentiasa bersama kumpulan orang-orang
yang berjuang di jalan Allah

Lelaki idaman saya adalah lelaki yang menjaga tutur katanya
Yang tidak bermegah dengan ilmu yang dimilikinya
Yang tidak bermegah dengan harta dunia yang dicarinya
Yang sentiasa berbuat kebajikan kerana sifatnya yang penyayang
Yang mempunyai ramai kawan dan tidak
mempunyai musuh yang bersifat jembalang

Lelaki idaman saya adalah lelaki yang menghormati ibunya
Yang sentiasa berbakti kepada kedua orang tua dan keluarga
Yang bakal menjaga kerukunan rumahtangga
Yang akan mendidik isteri dan anak-anak mendalami Islam
Yang mengamalkan hidup penuh kesederhanaan
Kerana dunia baginya adalah rumah sementara menuju akhirat

Lelaki idaman saya sentiasa bersedia untuk menjadi imam
Yang hidup di bawah naungan Al-Quran dan mencontohi sifat Rasulullah
Yang boleh diajak berbincang dan berbicara
Yang menjaga matanya dari berbelanja
Yang sujudnya penuh kesyukuran dengan rahmat Allah ke atasnya

Lelaki idaman saya tidak pernah membazirkan masa
Matanya kepenatan kerana penat membaca
Suaranya lesu kerana penat mengaji dan berzikir
Tidurnya lena dengan cahaya keimanan
Bangunnya subuh penuh kercergasan
Kerana sehari lagi usianya bertambah penuh
kematangan

Lelaki idaman saya sentiasa mengingati mati
Yang baginya hidup di dunia adalah ladang akhirat
Yang mana buah kehidupan itu perlu dibaja dan dijaga
Agar berputik tunas yang bakal menjadi baka yang baik
Meneruskan perjuangan Islam sebelum hari kemudian
Lelaki idaman saya adalah lelaki
Yang tidak terpesona dengan buaian dunia
Kerana dia mengimpikan syurga
Di situlah rumah idamannya
Dan dia ingin membawa saya bersama
Dialah lelaki idaman saya....

LEMBARAN HIDUP WANITA SOLEHAH


Mampukah aku menjadi seperti Siti Khatijah?
Agung cintanya pada Allah dan Rasulullah
Hartanya diperjuangkan ke jalan fisabilillah
Penawar hati kekasih Allah
Susah dan senang rela bersama...

Dapatkah ku didik jiwa seperti Siti Aishah?
Isteri Rasulullah yang bijak
Pendorong kesusahan dan penderitaan
Tiada sukar untuk dilaksanakan...

Mengalir air mataku
Melihat pengorbanan puteri solehah Siti Fatimah
Akur dalam setiap perintah
Taat dengan abuyanya, yang sentiasa berjuang
Tiada memiliki harta dunia
Layaklah dia sebagai wanita penghulu syurga..

Ketika aku marah
Ingin ku intip serpihan sabar
Dari catatan hidup Siti Sarah...

Tabah jiwaku
Setabah umi Nabi Ismail
Mengendong bayinya yang masih merah
Mencari air penghilang dahaga

Diterik padang pasir merah
Ditinggalkan suami akur tanpa bantah
Pengharapannya hanya pada Allah
Itulah wanita Siti Hajar...

Mampukah aku menjadi wanita solehah?
Mati dalam keunggulan iman
Bersinar indah, harum tersebar
Bagai wanginya pusara Masyitah...

Pesanan Buat Wanita...


Assalamualaikum warahmatullah hiwabarokatuh...

Bismillahirrahmanirrahim.

Allah berfirman yang bermaksud:

Dan katakan kepada perempuan-perempuan yang beriman, supaya mereka menahan sebahagian penglihatan, memelihara kehormatannya dan tiada memperlihatkan perhiasannya (tubuhnya) selain dari yang nyata (mesti terbuka terdiri dari bahagian badannya yang sangat perlu dalam pekerjaan sehari-hari, seperti mukanya dan tapak tangan). Dan hendaklah mereka sampaikan kudungnya ke leher (tutup kepalanya sampai ke leher dan dadanya), dan tiada memperlihatkan perhiasannya (tubuhnya), kecuali kepada suaminya, bapanya, bapa suaminya, anak-anaknya, anak-anak suaminya, saudara-saudaranya,anak-anak saudara lelaki, anak-anak saudara perempuannya, sesama perempuan Islam, hamba sahaya kepunyaannya, laki-laki yang menjalankan kewajubannya tetapi tidak mempunyai keinginan (terhadap perempuan - umpanya pelayan-pelayan lelaki yang sudah tua dan tiada lagi mempunyai keinginan kepada perempuan)dan kanak-kanak yang belum mempunyai pengertian kepada aurat perempuan. Dan janganlah mereka pukulkan kakinya, supaya diketahui orang perhiasannya yang tersembunyi (misalannya melangkah dengan cara yang menyebabkan betisnya terbuka atau perhiasan seperti gelang/rantai kakinya nampak). Dan taubatlah kamu semuanya kepada Allah, hai orang-orang yang beriman, supaya kamu beruntung. (surah An-Nur ayat 31)

Allah berfirman yang bermaksud:

Belum sampaikah lagi masanya bagi orang-orang yang beriman untuk khusyuk (taat) hati mereka mematuhi peringatan dan pengajaran (suruhan dan larangan)Allah serta (taat) mematuhi kebenaran (Al-Quran) yang diturunkan (kepada mereka)? Dan janganlah pula mereka menjadi seperti orang-orang yang telah diberi kitab sebelum mereka (Yahudi dan Nasrani), setelah orang-orang itu melalui masa yang lanjut (jauh dari zman nabi mereka) maka hati mereka menjadi keras (dari mengikuti perintah/ajaran nabi mereka) dan banyak di
antaranya orang-orang fasik. (surah Al-Hadid ayat 16)

Bila ayat menutup aurat turun sahaja semua wanita ketika itu tidak kira dari golongan Ansar mahupun Muhajirin dengan segera menutup aurat masing-masing. Yang ada di pasar, yang ada di rumah, yang sedang dalam perjalanan capai apa sahaja untuk menutup aurat masing-masing dengan SEGERA dan bukannya NANTI DULU. Yang tidak mendapat apa-apa mereka segera memalingkan muka menghadap dinding supaya tiada lelaki terpandang wajah mereka. Itulah kekuatan iman yang ada pada wanita-wanita ketika itu. Tetapi kini segala-galanya telah berubah makin jauh kita dari zaman Rasulullah makin kita jauh dari amalan agama.

Dalam ayat yang sama juga Allah menegur kita supaya tidak menjadi seperti ahli kitab sebelum kita (Yahudi dan Nasrani) di mana semakin mereka jauh dari zaman nabi mereka maka semakin kurang mengamalkan agama. Itulah keadaan kita ketika ini. Saudari-saudari seagama dengan kita bukan tidak tahu kewajiban menutup aurat, tetapi oleh kerana kelemahan iman serta sikap acuh tak acuh membuatkan mereka lalai. Perkataan yang biasa kita dengar dari saudari-saudari kita ialah "belum sampai seruan". Seruan apa yang
ditunggunya atau seruan dari siapa yang sedang mereka tunggu? Bukankah Allah
telah seru untuk menutup aurat sejak 14 abad dahulu lagi. Tetapi kenapa masih tak tutup-tutup lagi?

Lihat lagi ayat di atas Allah berfirman "Katakan kepada orang-orang perempuan yang beriman" Allah dengan khusus gunakan perkataan "beriman" dan bukannya "wahai manusia" kerana segala perintah hanya boleh didukung oleh orang-orang yang beriman sahaja.

Dalam ayat kedua pun sama yang ditujukan ayat-ayat ini adalah kepada orang-orang yang beriman. Kita kata kami beriman dengan Allah, Rasul-rasulNya dan, Kitab-kitabNya tetapi apa yang kita ucapkan dan buat adalah sungguh bertentangan. Allah telah menggariskan peraturan dan rasul telah mengajarkannya dan peraturan itu telah termaktub di dalam kalamNya. Tetapi kenapa masih leka? Kita bimbang kalau-kalau kita dibungkus dengan
kain putih sebelum kita sempat menutup aurat.

Maka wahai saudari-saudari seagamaku (YANG BERIMAN), sebelum terlewat rebutlah peluang yang ada jangan tunggu esok amalkan sekarang juga. Bimbang "esok tiada bagi mu". Gembirakanlah Allah dan rasulNya dengan mengikut perintah mereka supaya dikala kamu dirundung malang Allah dan rasulnya dapat menggembirakan kamu.BIAR KAMU TIDAK CANTIK DI MATA PENDUDUK BUMI TETAPI NAMAMU MENJADI PERBUALAN PENDUDUK LANGIT.

wallahu a'lam.

wassalam

YAKINLAH DIRI ANDA ADALAH YANG TERBAIK...



Cantik itu penting tetapi tidak usah terlalu dipentingkan. Ada orang hingga tidak sanggup keluar dari rumah kerana merasakan dirinya tidak cantik. Bagi wanita kecantikan adalah syarat hidup sempurna, sebenarnya bagi lelaki wanita cantik bukan syarat kebahagiaan.

Lelaki yang mudah terpegun dengan kecantikan selalunya tidak setia. Apabila pasangannya mula kelihatan hodoh, dia mudah terkalih perasaan. Tika itu dia mungkin merasakan cintanya telah tawar dan hanya manis kembali tatkala melihat wanita-wanita cantik di sekelilingnya.

Tidak usah perangkap lelaki dengan kecantikan anda yang palsu. Ramai wanita menghiasi wajahnya terlalu hingga memangsakan ramai lelaki tetapi kemudian ditinggalkan setelah wajah sebenar terserlah. Sudah tentu anda tidak mampu bersolek tebal 24 jam. Tapi itulah yang anda lakukan tatkala di alam percintaan. Tiba-tiba suami anda terkejut melihat anda tidaklah secantik sewaktu di alam percintaan dahulu. Tanpa mekap wajah anda biasa saja.

Kajian saya mendapati segelintir lelaki rasa tertipu pada hari kedua perkahwinannya. Pada hari kedua dia sudah dapat melihat wajah sebenar isterinya, yang selama ini ditopengi mekap tebal ‘sepuluh inci’.

Kecantikan dan bercantik-cantik itu memang penting, tapi tak usah hingga menenggelamkan wajah anda yang sebenar. Anda tentu tidak mahu orang menggagumi anda hari ini dan esok melupakannya. Berhiaslah seadanya untuk mencerlahkan keserian wajah.

Wajah yang berseri lebih berkesan daripada wajah ‘buatan’ yang kelihatan cantik sangat. Wajah yang berseri cukup dengan mekap seadanya.

Kecantikan umpama kereta. Ketika baru dibeli, rekabentuk dan warnanya memukau. Barunya harum dan seronok dipandu. Semakin lama semakin hilang serinya. Jika harganya mahal orang masih terliur melihat reka bentuknya walaupun warnanya telah mula kedam dan berdebu. Lama-lama ia tidak dipedulikan lagi kerana model-model baru sentiasa keluar dan kecantikan model-model baru ini sentiasa mengatasi.
Orang yang dahulunya membeli kereta berkenaan kerana cantik kini mula berfikir untuk menukarkannya. Persoalan cantik tidak akan ada kesudahan. Yang betul, membeli untuk kegunaan dan kekal sayang meskipun sudah ketinggalan zaman.

Jika anda tidak cantik, tak usah bersusah hati sebab tidak semua lelaki mementingkan kecantikan wajah sebagai syarat berteman. Ada lelaki yang tidak kisah sama ada cantik atau tidak asalkan hatinya berkenan, bersumberkan keikhlasan, budi pekerti serta pegangan agama yang mantap.

Lelaki yang benar-benar impikan kebahagiaan lebih mementingkan keperibadian daripada kecantikan, apalagi kecantikan luaran yang sengaja dibina untuk memukau. Kerana dia tahu kecantikan itu tidak kekal. Evolusi usia akan mengubahnya. Kecintaan yang dipahatkan oleh tautan hati yang jujur lagi ikhlas menjamin kehidupan sejahtera hingga ke penyudah.

Sebaliknya, kecantikan yang terlalu diada-adakan, akan berakhir dengan pertingkahan apabila kecantikan sudah tidak dapat dipermodalkan. Tiada manusia boleh kekal cantik dan tiada manusia boleh kekal muda. Tiba masanya kecantikan akan hilang dan muda bertukar tua.

Jika anda merasakan kurang cantik, ketahuilah itu hanya persepsi anda sahaja. Ukuran cantik tidak pernah sama antara seorang dengan seorang yang lain. Lihatlah orang yang kita rasakan langsung tidak cantik, kadang-kadang jodohnya dengan orang hansem; hingga kita berkata dalam hati, ‘Buta ke dia?’
Hiasi diri anda dengan keperibadian mulia, itu lebih utama untuk seorang wanita; hiasi juga wajah anda seadanya, sebab itu lumrahnya wanita. Usah terlalu merawat wajah nanti anda hilang identiti diri. Hargai diri kerana andalah satu-satunya; tiada duanya dan tiada tiganya. Hanya anda!