Tuesday, December 14, 2010

KepulanganKU...

Kepulanganku dari rantau kota yang penuh jerih…. boleh mengungkil hatimu menjadi pedih…ototmu menjadi letih…. matamu kian memutih… lantaran gamitan bahana kota yg tida segan menggoda insan samada redah atau terpilih…
Meski aku dari kota.. namun semusim yg berlalu membuatkan aku tidak dapat menahan dan menuruti kehendaknya dari benak jiwa ku…. aku kian terhimpit.. badan aku diasak hingga ke penjuru sudut… aku bagaikan bernafas tatkla air sudah di mulut.
Makin aku meniti kedewasaan… jelas terpancar segenap erti kebenaran samada yang azali atau yang lahir dari kepura-puraan… bagi yang seakan mahu faham.. aku tujukan padamu… bahawa kini aku telah mengerti…Faham dalam erti kata yang sebenarnya… setiap manusia layak memilih… dan aku terpilih dan memilih untuk bersenandung didalam duka… bergembira di kala senja… berjiwa dikala berirama..bahagia ku menanti setia…
kepulanganku… setelah semusim ditimpa dugaan.. bisa membuat ku lebih bijak memilih, lebih anggun bertatih… lebih sanggup berkasih… lebih kerap bertasbih.
Lebih Bijak Memilih rakan yang enggan membezakan diwaktu susah dan senang…menjadi peneman dikala jiwa diruntun hiba yg amat memilukan… jutaan terima kasih ... kelak jika kita mula berselisih… jangan persahabatan menjadi taruhan..anggap ia ujian dikala hatimu sedikit selesa didalam berkawan.
Lebih anggun BerTatih… aku belum menganggap aku sudah berjalan, jauh dari berlari… ku masih bertatih dalam mengenal erti kemanusiaan dan erti seluruh kehidupan… kini walau aku bertatih.. kerana desakan demi desakan..naik turun roda kemasyuran aku merasakan aku lebih anggun dalam mengimbang dan langkahku tidak sumbang…harap aku tidak terduduk untuk terus berjalan…
Lebih Sanggup Berkasih pada yg mengerti segala erti cinta aku… aku bukan Majnun.. bukan jua Romeo bukan jua Uda yg bersenandung irama cinta… namun pada yg telah mengukir seribu janji dengan hiasan air mata dikala aku sanggup meneman.. ku harapkan kasihku bukan menjadi Tawa kepuasan permainan….
Lebih Kerap ku bertasbih pada Tuhan pencipta sekalian alam…biarpun aku bergaya metropolitan dan berlagak umpama tiada tuhan… namun kerna sedikit ujian dariNya biasa membuatku tersedak dan berdetak di dalam benak…. perasaan ku bagai terdetik terasa Tuhan seakan menjentik… Ku agungi kekuasaan mu Ya Rabbi….
Kepulanganku dari rantau kota yg menjerihkan… bukan kota menghunus senjata mengisytiharkan ancaman padaku.. namun sekelumit insan didalam isi perutnya yg jua perantau telah terlupa akan erti hubungan sesama manusia… adakah hanya aku manusia yg masih menyanjung kasih dan berimbang budi… Oh lupa ku pada kawan setia yg masih berganding bahu… pada Sang kekasih biarkan aku terus menjadi pungguk.. namun bukan lagi pungguk yg bertenggek di dahan yg rendang… namun sudah sedia mengepak sayap untuk terbang….
Cuma Pesan ku pada sang muda perantau…. jangan sombong, jangan memaling pada yg tua… aku telah merasa… bila ada umpama dari sang Tua.. tentang rakan menangis seorang diri.. ambil kata itu… selit dalam dada.. jika masih ada kawan yg ingin meneman.. untung pada si badan…jika tiada anggaplah dunia menunjuk sedikit kenakalan
Aku terpaku dalam merumus perjalanan hidupku namun persoalannya bukan Payah membuat keputusan..namun ia memeritkan.
Kepulanganku Menjanjikan Keberadaan KU

No comments:

Post a Comment