Tuesday, December 14, 2010

Termanggu Di simpang jalan

Termanggu aku di di simpang tengah…. simpang yg telah banyak menduga…. aku rasa aku tidak dapat untuk menyambung kisah cinta Novel aki dan edlia… kerna aki berbisik padaku… cukup lah ika kau menceritakan kisah aku pada semua… aku fikir aku ingin mengorak langkah baru dan meninggalkan saki baki kenangan di belakangku.. selagi aku berirama dengan kisah nan syahdu.. aku tidak bisa untuk terus melangkah…. lantas seluruh getir dan usaha ku termanggu di simpang tengah…
simpang tengah yg telah banyak mengajarku apa erti peluang dan kemushkilan….
simpang tengah yg bisa merobah nasib di penghujng jalan…. aku lebih gemar untuk berhenti di simpang tengah dan memilih jalan yg mana perlu untuk aku lalui.. kerana tidak mampu aku untuk terus berjalan di jalan yg lurus… jalan yg lurus tidak penuh dengan cubaan dan tidak indah memberi peluang….
Buat perjalanan hidupku ini.. segala simpang tengah berjaya aku harungi dengan kesimpulan yg sangat indah…simpang tengah tetap ku harungi walau kadang tubuh ini mejadi mengah… lelah dengan semua pilihan yg ada.. kini aku bukan lagi di simpang tengah yg meberi pilihan kiri dan kanan.. sebaliknya aku melalui lorong2 yg bercabang yg memaksa aku memilih kemungkinan dari banyak cabang yg tidak terang di hujung nya…
Berpurnama aku melangkah hari yg sungguh indah…. aku merasakan segala simpang yg aku pilih membuahkan hasil.. aku tersenyum bila aku sampai ke destinasi kecil….. bukan destinasi mutlak kerana hidup ini masih pnjang untuk diritipkan…nasihat ku pada rakan yg tidak ingin menanti di simpang tengah….’berhentilah sejenak di simpang tengah dan berfikirlah akan segala peluang yg bisa menanti… kadang peluang itu tidak menjanjikan hari yg penuh indah.. namun segala diari jurnal perjalananmu akan menjadi lebih meriah… jika engkau terus meletakkan diri di dalam zon selese tanpa memikirkan kemungkinan terhadap peluang nescaya kau akan terlepas lebih kebarangkalian untuk merubahmu.
Mendung tidak bererti hari yg murung…. hujan tak menyuramkan hari nan indah.. terik mentari bukan ingin membakar tubuh… selagi manusia berpijak pada bumi nyata dan menimbang kan segala risiko untuk mengorak langkah…. terik membenar menyidai baju, mendung akan mencipta payung… Hujan lantas mencipta bumbung….
-aku termanggu di  simpang tengah dan terus terusan mengorak langkah-

No comments:

Post a Comment