Tuesday, November 2, 2010

KISAH NAFSU...

Nafsu sangat degil. Waktu dicipta Tuhan, tiada makhluk berani melawan cakap Tuhan, kecuali nafsu. Iblis yang dilaknat pun mengaku Tuhan sebagai Tuhan dia.

Apabila nafsu tercipta, Tuhan tanya dia, "Siapa aku dan siapa engkau?" Spontan saja dia jawab, "Aku ni akulah. Engkau, engkaulah." Tuhan pun humban nafsu ke neraka paling bawah selama beratus-ratus tahun.

Kemudian, Tuhan suruh dia menghadap kembali. Tuhan tanya nafsu soalan yang sama, "Siapa aku dan siapakah engkau?" Nafsu cakap balik, "Aku ni akulah. Engkau, kaulah." Sombongnya nafsu, langsung tidak mengaku dan hormat pada penciptanya.

Nafsu kena humban lagi ke neraka paling bawah selama beratus-ratus tahun. Sangat azab dan seksa nafsu hinggalah dia diberi peluang menghadap sekali lagi.

Tuhan bertanya, "Siapa aku dan siapa engkau?" Nafsu diam sekejap dan menjawab, "Engkau adalah Tuhanku dan aku ini hambamu." Barulah dia mahu sedar siapa sebenar­nya dirinya.

No comments:

Post a Comment