Saturday, November 27, 2010

Kata-kata Romantis....

Jalan menuju kebahagian itu
tidak ditaburi bunga mawar yang harum, melainkan penuh duri dan pahit..
 Kadang-kadang Tuhan sembunyikan
matahari, DIA datangkan petir dan kilat. Kita menangis dan
tertanya-tanya ke mana hilangnya matahari, rupa-rupanya Tuhan hendak
memberi kita pelangi

Waktu itu bagaikan pedang, jika
tidak kau potong maka ia (waktu) akan memotongmu.
 Penyesalan terbesar dalam hidup
ialah risiko yang kita tidak ambil. Jika anda merasakan sesuatu itu akan
membuatkan anda bahagia, maka teruskan. Ingatlah bahwa kita akan
melalui semua ini hanya sekali, mungkin tiada lagi peluang kedua.

Andai hidup puncak perpisahan,
biarlah mati menyambungnya semula.
Namun seandainya mati puncak perpisahan,
biarlah hidup ini membawa arti yang nyata.
Kemaafan mungkin amat berat
untuk diberikan kepada orang yang pernah melukai hati kita. Tetapi hanya
dengan memberi kemaafan sajalah kita akan dapat mengobati hati yang
telah terluka. Kemaafan yang di beri secara ikhlas umpama pisau bedah
yang boleh membuang segala parut luka emosi

Jangan berputus asa dalam
mencari Ilmu bila Ilmu yang dicari itu tidak mau masuk kedalam sanubari,
tapi bersabarlah,karena air yang lembut itu apabila menitis keatas
sebiji batu yang besar secara berterusan, batu itu pasti akan mempunyai lekuk.
Sesungguhnya persahabatan itu
lebih unggul dari percintaan, tanpa persahabatan percintaan akan
berakhir tetapi tanpa percintaan, persahabatan boleh kekal. Oleh itu
hargailah persahabatan yang terjalin.

Kenali senjata wanita: Airmata,
senyuman, tuturkata, berhias dan kepandaian.
Hidup kita ibarat subjek
matematik yaitu tambah, bertolak, ganda dan pembahagian. Amalan yang baik
hendaklah ditambahkan, segala perbuatan yang buruk dan dimurkai oleh
Allah hendaklah ditolak atau dijauhkan, pahala amalan hendaklah
digandakan dan masa yang ada hendaklah dibahagikan dengan sempurna agar
kita tidak tergolong dalam golongan mereka yang rugi hidup di dunia dan
akhirat.

Apabila anda mulai menyangka anda telah membuat satu pilihan yang salah dalam hidup anda dan terus menyangka kebahagian tidak akan anda kecapi kerana kesalahan membuat pilihan itu, selamanyalah anda tidak akan rasa bahagia.
Berusahalah dengan ikhlas tanpa memikirkan balasan semata-mata, kerana
semakin tinggi keikhlasan di dalam diri, semakin tinggilah balasan baik
yang akan diperolehi dalam keadaan sedar atau tidak.
Kenangan itu kadangkala teramat pahit untuk diingati, tetapi ia terlalu
manis untuk dikenang.

Sekiranya kamu yakin kamu boleh menang sememangnya kamu boleh,
tetapi jika kamu fikir kamu akan kalah sememangnya kamu berada dalam
jalan menuju kekalahan.
Renung fikir menjadi kata-kata;
Renung kata-katamu, ia menjadi perbuatan;
Renung perbuatanmu, ia menjadi amalan;
Renung amalanmu, ia adalah sifat dirimu.

Yang indah itu pertemuan, yang manis itu kemesraan,
Yang pahit itu perpisahan, yang tinggal hanyalah kenangan.
Apabila temanmu berubah dan
bertukar keadaannya jangan engkau tinggalkan dia karena sekali dia
membengkok dan sesekali dia melurus. Manusia tidak terhindar dari kesilafan.
Bersendirian lebih baik daripada mengambil teman duduk dengan orang jahat.
Dan duduk berteman adalah lebih baik daripada duduk bersendirian.
Dosa yang paling keji terhadap kawan kawan bukanlah karena membenci
mereka tetapi karena kita bermuka-muka dengan mereka.



Tidak ada orang yang berhasil dalam keadaan dirinya tak pernah sedia
untuk berhasil kalau dia “berhasil” itu bukan keberhasilan tapi kebetulan saja.

Memendam rasa, baik yang bagus maupun yang tidak semuanya pasti meletup.
Yang dipanggang pasti masak,yang direbus pasti mendidih, yang ditanak pasti
menjadi bubur.
Teman yang baik adalah orang
dapat berkata benar kepada kita dan bukan orang yang selalu
membenar-benarkan perkataan kita.


Pujian adalah membuat kita bahagia dan dia merangsang otak.
Otak yang terangsang hasil dari pujian yang tulus menjadikannya lebih kreatif.
Memendam perasaan ibarat memasang bom jangka yang diletakkan sendiri
didalam rumah.

Orang yang ingin hidup bahagia perlu menjaga empat perkara.
Pertama : teguh menjaga kehormatan. Kedua : rela menerima apa yang sedikit.
Ketiga : berbuat kebaikan setiap hari. Keempat : memelihara lidah dari perkataan yang kotor.
Kita akan meras bahagia apabila orang berasa senang dengan kita dan
mencintai diri kita seperti mencintai dirinya sendiri.
Marah menyebabkan separuh keintelektualan hilang berganti dengan
tindakan-tindakan meluru,bodoh dan tidak munasabah.
Esok belum tentu matahari masih mencerah merah, entah-entah sudah padam
di kelopak mata kita…

Hidup adalah akar yang menjalar, menjelajah kesegenap destinasi, walau
susah walau sukar walau yang datang hanyalah setitis air jernih yang
bakal menyinari hidup hanya ssesingkat saja.
Dunia ibarat laut, semakin banyak diminum, semakin haus...
Mengemukakan dalil kepada orang
bodoh adalah mudah tetapi menyakinkannya amat sukar.

Tidak penting sama ada berapa lama kita hidup. Yang penting bagaimana
keadaan kita semasa hidup.
Hargailah dan pertinggikanlah pribadimu. Orang-orang yang bercita-cita
harus mampu menaksir harga pribadinya sehermat-hermatnya. Anda harus
tahu akan harga diri dan harus selalu coba untuk memepertinggikan pribadimu.
Jika seseorang hadir dalam hidupmu dan menjadi bahagian darimu, Tetapi atas Alasan tertentu dia terpaksa pergi, jangan terlalu sedih,
Terimalah kenyataan itu dan setidaknya dia pernah membahagiakanmu.

Hanya orang yang bodoh saja akan terbentur kepada batu yang sama buat
kali ketiga, apabila benturan yang pertama itu tidak diambil peduli.

Kekhilafan itu adalah peluang untuk membuat keberhasilan yang lebih cemerlang.
Ilmu itu adalah perhiasan yang paling menawan dan tiada tandingannya
bagi orang yang benar-benar ikhlas mencarinya

Angan-angan yang panjang itu adalah salah satu daripada kerosakan dalam mencapai kejayaan ilmu

No comments:

Post a Comment