AKU SUDAH JATUH CINTA...
Bersyukur kehadrat Illahi. Setelah sekian lama aku leka dengan duniawi, akhirnya aku sedar dari lamunan ku yang telah melalaikan aku buat sekian lamanya. Tidak pernah ku rasa setenang ini seumur hidupku. Sebelum ini, masa yang ku berikan padaNya terlalu singkat.
Aku hanya menganggapNya seperti kawan biasa yang kebiasaaannya aku temui di masa-masa yang perlu sahaja. Tetapi hari ini, Dia telah membuka pintu hatiku untuk mengenaliNya lebih rapat, menghabiskan lebih masa bersamaNya. Sungguh aku tenang. Telah ku mohon padaNya agar diberi ruang untuk menjadi kekasihNya walaupun aku sedar aku tidak layak. Aku telah jatuh cinta. Hatiku kini telah dimiliki. Hanya Dia..
Akan ku berikan ayat-ayat cinta padaNya berupa ZIKIR
Akan ku kongsi kisah ku, impian ku, lara/gembira ku denganNya melalui DOA
Akan ku khusyuk untukNya ketika SOLAT
Akan ku menyanyi untukNya berlirikkan ayat-ayat AL-QURAN
Hari ini, aku BENAR-BENAR jatuh cinta padaMU YA ALLAH..
Engkau Maha Agung..tetapkan cintaku ini hanya untuk MU....
Hanya padaMU
No comments:
Post a Comment