Sekilas aku menjeling raut wajah comel permata hatiku, Ilham Nurina . Rasa simpati mula menyelubungi hati, kasihan bila mengenangkan nasibnya. Rasa setiap masalah yang mengusutkan fikiranku hilang bersama gelak tawanya. Maafkan ibu sayang, bukan niat ibu untuk memisahkan kalian tetapi demi kasih pada ayahmu ku korbankan segala kebahagian yang aku kecapi selama setahun setengah. Hanya kau lah satu-satunya sayang buah hati ibu, penawar segala kedukaan ini kau lah racun kaulah segalanya. Kau jualah permata hati ibu dan ayah. Hakim, ku kira cerah akan berpanjangan rupanya hujan ditengahari. Aku kira hatinya telah dipenuhi dengan limpahan kasih sayangku rupanya aku silap, silap menghitung perasaan .Kasihku padanya hanya di pinggiran sahaja. Rupanya hatinya masih lagi bertaut pada insan yang terlebih dulu menghuni hatinya berbanding aku.
Setiap hari aku menanti kepulanganya dengan penuh sabar walaupun hatiku juga merintih kepenatan lantaran aku jua turut sama mencari rezeki sepertinya. Cukuplah segala kepenatan yang ku rasa di ubati dengan senyuman manis darinya. Namun kepulangannya pada suatu petang telah meragut keindahan mimpiku .
Assalamualaikum satu suara menyapa pendengaranku membuatkan lamunan ku terus terhenti .
Waalaikumusalam, jawabku sepatah.
Aku melemparkan senyuman paling manisku untuknya . Kenapa aku menjadi begitu rindu kepadanya,sedangkan saban hari kami bersama. Dia membalas dengan senyuman hambar. Pada perkiraanku mungkin dia terlalu penat. Maklumlah tugasnya sebagai Head Production memerlukannya berkerja lebih keras untuk membimbing kakitangan di bawah selaianya. Aku mengapai beg nya sambil mencium tanganya. Dia membalas dengan mengucup dahiku. Namun ku rasa nya kucupannya tidak sehangat hari-hari yang berlalu. Lalu ku pujuk hati dengan bercerita akan kelincahan permata hatiku, Nurina. Tiba-tiba pendengaran ku disapa dengan kata-katanya.
Ika..abang ada sesuatu nak bincang dengan Ika.
Fikiranku ligat memikirkan apakah yang bakal diperkatanya. Apa dia abang, katakanlah jawabku dengan penuh kebimbangan.
Ikabicaranya tersekat-sekat Sebenarnya abang ..abang nak minta maaf dengan Ika.
Minta maaf kenapa abang? Selama ini abang tak pernah pun sakitkan hati Ika balasku dengan penuh rasa kasih sayang.
Sebenarnya ..abang amat menyayangi Ika dan Nurina. Abang bahagia bersamamu sayang.
Aku tersenyum manis bila mendengar pengakuan suamiku. Aku tahu kata-katanya ikhlas namun aku merasa sedikit keraguan pada sikapnya.
Ika pun sayang abang tau, Ika bahagia kerana di takdirkan menjadi isteri abg. Terima kasih abang.
Tapi Ika tengok abang macam nak beritahu Ika sesuatu. Emm.... cakaplah abang Ika sedia mendengarnya. Adakah Ika telah menyakitkan hati abang.?
Abang Hakim terpaku seketika. Mungkin sedang memikirkan perkara yang bakal disampaikannya.
Ika..sebenarnya a.abang ingin mohon maaf pada Ika katanya dengan nada yang tersekat-sekat.
Mohon maaf pada Ika? Kenapa pulak, setahu Ika abang tidak pernah sekali pun sakitkan hati Ika.
Aku lihat abang Hakim semakin gugup. Dahinya berpeluh seolah-olah ada sesuatu yang membimbangkan hatinya.
Ika masih ingat dengan Fathihah? Katanya dengan penuh debar.
Maksud abang Fathihah kawan Ika masa di UNIMAS dulu ya
Ha ah .
Oh..kenapa? Abang ada jumpa dia ke? Dah lama Ika tak jumpa dia. Ya lah semenjak konvokesyen kita orang dulu, seingat Ika
Kenapa dengan Fathihah abang, apa kaitannya dengan perkara yang abang nak sampaikan pada Ika Duga ku pada suamiku.
Janji dengan abang yang Ika tidak akan marah atau pun menangis, sekiranya abang berterus terang . Pintanya.
Emm..baiklah, tapi bagitau lah dulu pintaku tanpa sabar.
Sebenarnya Fathihah dan abang sudah berkahwin pada dua bulan yang lepas.katanya separuh berbisik.
Walaupun kata-katanya tadi tidak jelas pada pendengaran ku namun ku yakin apa yang abang Hakim sampaikan bukannya satu gurauan.
Aku terus terpaku seolah-olah nyawaku telah jauh di bawa pergi . Fathihah perawan desa dari Bumi Kenyalang merupakan teman sekuliahku semasa sama-sama menuntut di UNIMAS dulu. Setitis demi setitis air mata ku mengalir, lidah ku kelukeliru apa yang harus ku perkatakan, seolah-olah abang Hakim hanya ingin menduga hatiku. Firasat ku ternyata silap. Abang Hakim benar-benar telah menduakan ku.
Ku lihat abang Hakim serba salah kerana telah membuatkan aku sedih. Namun kerana janjiku padanya aku cuba sembunyikan segala kesedihan itu walaupun saat itu hatiku seolah-olah di cucuk dengan belati tajam.
Apa salah Ika abang? Kenapa Ika diperlakukan sebegini. Apakah sudah kurang kasih sayang Ika pada abang, apakah sudah tidak cantik lagi Ika pada pandangan abang. Sudah kurangkah layanan Ika pada abang sehingga abang sanggup mengguris hati Ika sebegini.
Ku gagahkan jua diri ini untuk bertentang mata denganya. Segala janji ku tadi sudah ku lupakan. Persoalan ku tidak dijawab. Abang Hakim membatukan dirinya, seolah-olah mulutnya terkunci.
Kerana tidak tertahan akan kesedihan ini lantas ku mencapai kunci keretaku lalu ku pandu keluar dari kesibukan Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan menuju entah kemana haluanku. Aku berasa teramat sedih diperlakukan sebegini. Seakan hidup ku tiada serinya lagi. Setelah penat berfikir kemana arah tujuanku lalu ku berhentikan kereta ku di sebuah tasik yang terletak di tepi Lebuhraya Sg. Besi Seremban. Disana ku luahkan segala kesedihan hati ini pada desiran air tasik yang mengalir tenang. Mengapa aku tidak boleh menjadi setenang mu duhai tasik. Kenapa aku yang sering menjadi korban. Keadaan beransur-ansur bertukar wajah , tanpa ku sedari sudah hampir 3 jam aku ditasik itu. Tiba-tiba aku teringkat akan permata hatiku Nurina. Tanpa berfikir panjang ku pandu laju kereta ku menuju ke rumah . Seingatku semasa peninggalanku tadi, Nurina sedang tidur lena setelah penat bermain. Sesampai saja di rumah, pendengaran ku disapa dengan suara tangisan Nurina. Ya Allah, apa yang telah aku lakukan. Bertindak mengikut kata hati tanpa memikirkan anakku Nurina. Ku berlari menuju ke tingkat atas rumahku. Ku lihat abang Hakim terkial-kial menukarkan lampin Nurina. Selama ini tidak pernah sekali pun dia berbuat demikian, segalanya ku lakukan. Tanpa berlengah aku menghampiri abang Hakim dan membantunya menukarkan lampin Nurina. Kasihan Nurina . Ku pangku Nurina ke sisiku dan ku susui dia dengan sepenuh kasihku. Kasihan anak ini, dahaga sungguh nampaknya. Abg Hakim memandangku dengan rasa bersalah, namun aku masih belum bersedia untuk menatap wajahnya apatah lagi berbicara denganya. Hanya dengan masalah itu membuatkan kami seolah-olah seperti tidak mengenali dan tidak pernah tinggal bersama. Sedangkan selama ini suka duka kami kongsi bersama. Makan pakainya malam itu tidak kuhiraukan. Tidurku hanya bertemankan air mata. Aku tidak mampu lena walau sepincang pun. Fikiranku melayang mengenangkan kemesraan mereka. Bahagia melayari hidup bersama sedangkan mahligai yang kami bina hampir roboh setelah kehadirannya. Sepanjang malam tidurku tidak lena. Aku menjadi seorang pendiam. Namun di kegelapan malam itu, aku bangun sujud kepadaNya, ku pohon agar dibukakan pintu hatiku untuk menerima semua itu dengan redha. Untuk apa segala pengorbananku selama ini duhai suamiku? Untuk mengejar cintanya atau untuk mengejar redha Allah. Ya Allah seandainya ini adalah ujian mu, aku rela ya allah. Setelah puas berfikir, akhirnya ku tekad dengan keputusanku.
Keesokan paginya ku jalankan tanggungjawabku seperti biasa. Sarapannya ku hidangkan, pakainya ku sediakan seolah-olah tiada apa yang berlaku antara kami. Abang Hakim kelihatan teragak-agak menegurku, mungkin bimbang aku akan meradang lagi. Dengan rasa bersalah tangannya ku cium dan ku curahkan segala isi hatiku setelah lama ku berfikir semalam dan dengan tabah hati ku terima semua dengan hati terbuka.
Abang Hakim memandangku dengan penuh rasa sayu. Aku tahu sikap ku semalam telah membuatkan hatinya terluka.
Abang,.. Ika minta maaf di atas sikap Ika semalam. Ika tahu Ika terlalu mengikut kata hati Ampunkan Ika abg.
Abg Hakim mengusap lembut kepalaku, ku lihat air matanya mengalir. Tidak pernah sekali pun sepanjang perkahwinan kami ku lihat air matanya. Ya Allah ampunkan dosaku, kenapa ketidakmatanganku mengharungi dugaan , suamiku bersedih.
Ika tidak bersalah sayang, selama ini abang yang terlalu mengikut kata hati, abang mengahwininya kerana abg masih tidak dapat melupakan kenangan lama kami. Ika tahu kan sebelum ini kami merupakan sepasang kekasih. Namun keadaan yang menentukan kami terpisah. Sehinggalah abang menemui Ika dan kita berkahwin.
Abang.. Ika pasrah, Ika redha jika itulah kehendak abangIka hanya inginkan kasih sayangmu dan Ika tidak sanggup untuk kehilangan abang. Ika redha abang walaupun Ika terpaksa berkongsi kasih dengan Fathihah. Abang Hakim terpaku. Mungkin tidak mempercayai apa yang aku perkatakan.
Ika, abang bertuah memperisterikanmu sayang, kenapa tiada sedikit pun kemarahanmu terhadap abang walaupun abang telah mengguris hatimu sayang.
Abang.. Ika teramat sayangkan abang, Demi Allah, kasih Ika terhadap abang sepenuh hati Ika. Cuma satu permintaan Ika, sekiranya masih utuh lagi cinta abang pada Ika , jangan sia-siakan hidup Ika dan Nurina . Kasihanilah kami abang, hanya abanglah tempat Ika mencurahkan kasih sayang, pada abanglah Ika luahkan keresahan. Sekarang abang sudah ada dua amanah yang harus abang jalankan. Ika harap abang dapat tanganinya dengan adil. Abang Hakim memelukku dengan penuh kasih sayang.
Abang janji sayang , abang tidak akan mensia-siakan Ika dan Nurina katanya dengan lembut. Masing-masing tenggelam dalam kehangatan pelukan sehingga terlupa akan tugas masing-masing.
Ika malam ini abang harus temankan Fathihah.
Emm..pergilah abang, Fathihah juga perlukan abang. Tentang Ika. .. abang jangan bimbang, Ika kan ada Nurina
Balasku dengan lembut. Tanpa bicara , dia mengangguk.
Aku mengumpulkan sepenuh kekuatan untuk melepaskannya pergi. Hati wanita mana yang tidak merasa cemburu tatkala memikirkan suaminya bersama wanita lain. Namun dengan mendekatkan diri dengan Nya hatiku merasa tenang dan semakin hampir denganya. Ya Allah sesungguhnya kau maha mengetahui akan peritnya hati insanmu ini. Sesungguhnya aku ingin merebut gelaran isteri solehah. Jika inilah ketentuanmu , aku redha, sesungguhnya hanya redha mu yang ku cari hanya kasihmu yang ku nanti. Jua sesungguhnya aku tidak menolak hukum Tuhan. Jika itulah yang membahgiakan hidupnya aku rela .
Hari berganti ganti , masa berganti masa, sikap abang Hakim tetap sama. Dia menjalankan tanggungjawabnya dengan adil. Walaupun ada kalanya hatiku di himpit rindu padanya namun aku tahu, kesihnya padaku tidak pernah berubah malah semakin sayang lagipun aku punyai Nurina, satu-satunya buah hatiku. Namun semua itu tidak berpanjangan, sikap abang Hakim mula berubah setelah Fathihah disahkan hamil. Abang Hakim mula berubah sikap. Selama seminggu dia dirumah Fathihah hanya sekali saja dia menjenguk kami di sini. Kelainan sikapnya mula aku terasa .
Setelah seminggu abang Hakim tidak menghubungi kami, akhirnya dia pulang . Abang Ika rindu sangat dengan abang, pelukku seolah-olah tidak ingin melepaskannya. Alangkah sakitnya rindu ini. Sekali lagi air mata ku merembes keluar.
Tidak rindu kah abang pada Ika dan Nurina. Dugaku.
Siapa kata abang tak rindu, Ika kan puteri abang, tapi abang minta maaf kerana tidak pulang menjenguk Ika di rumah. Fathihah sakit , kata doktor morning sickness.
Oh begitu ke, Ika minta maaf juga yer sebab Ika telah salah mentafsir tentang diri abang. Kata ku dengan rasa bersalah.
Tak pa sayang, abang faham. Balasnya dengan senyuman.
Malam itu kami berbual panjang. Terasa terubat segala kerinduan yang terpendam selama seminggu. Maklumlah hidup kami tidak pernah lekang dari gelak ketawa. Abang Hakim sedari awal perkahwinan suka menyakatku, aku pulak tukang gelak. Seketika itu, perbualan kami dikejutkan dengan deringan dari telefon tangan suamiku.
Ku lihat wajah suamiku berubah setelah selesai menjawab panggilan telefon tersebut. Wajahnya kelihatan sugul.
Ika, abang kena pulang rumah Fathihah, dia muntah-muntah, katanya dia rasa lemah dan sukar bernafas.
Ye.. ke? Setahu Ika kandunganya dah masuk 7 bulan kan? soalku.
Ya, tapi dia mengadu muntah-muntah.
Abangg, Ika juga sudah merasai saat-saat begitu, tak kan masih muntah-muntah lagi kot. Dugaku dengan rasa tidak puas hati.
Baru hari ini abang menemani Ika, tak kan abang tergamak tinggalkan Ika lagi . Apa abang sudah lupa janji abang pada Ika.?
Ika, Fathihah minta abang pulang, abang harap Ika dapat memahaminya. Fathihah sedang berbadan dua tentulah dia lebih memerlukan penjagaan dari abg. Nurina kan ada, boleh lah dia teman kan Ika.
Aku merasa sedih mendengar kata-kata yang keluar dari mulut suami yang ku kasihi.
Abang pergi dulu yer Ika, nanti esok abang balik yer sayang.
Semuanya terserah pada abang. Ika tidak menghalangnya juga tidak membenarkannya. Segalanya terletak kepada keputusan abang. Abang kan ada dua amanah yang harus di pikul.
Abang janji sayang, abang akan balik secepat yang mungkin. Abang janji ok.
Selama 6 bulan abang berkahwin, hanya 3 hari saja abang menjenguk kami di sini. Itupun hanya sekadar bertanya khabar. Kataku memandang mata suamiku tepat.
Nanti kita bersembang lain kali yer. Abang minta diri dulu.
Sepantas kilat ku lihat suamiku berlalu tanpa menoleh kepadaku.
Sampai hati abang buat Ika macam ini, keluhku sambil memandang permatahati ku Nurina.
Malam itu , setelah puas berfikir, nekadku untuk membiarkan mereka hidup bahagia walaupun aku terpaksa menelan segala kepahitan itu. Surat ku tinggalkan diatas meja solekku. Dengan berat hati ku tanggalkan rantai perkahwinan pemberian suamiku lalu ku letakkan bersama-sama dengan suratku. Bagiku cukuplah segala kenangan yang tepahat teguh di fikiranku, aku tidak mahu lagi menyimpan sedikit pun memori bersama nya . Kerana bimbang aku akan merubah keputusan yang telah ku buat semalaman.
Hakim hairan melihat keadaan rumahnya yang sunyi, biasanya petang-petang begini Ika suka membawa Nurina menikmati udara segar di taman mini yang terdapat di halaman rumah kami. Keretanya juga tidak kelihatan. Kemana Ika telah pergi. Biasanya dia akan menefonku utk meminta izin sekiranya dia ingin keluar. Hakim berlari ke bilik tidurnya di tingkat atas kerana selalunya Ika akan meninggalkan pesanan dia atas meja soleknya. Memang ada, tetapi bukan nota namun surat. Hati Hakim bertambah resah apabila melihat rantai pemberiannya juga diletakkan bersama-sama dengan suratnya itu. Dengan penuh rasa berdebar, Hakim membuka lipatan surat itudebar hatinya semakin kuat..
Assalamualaikum Abang
Ika mohon maaf sekiranya Ika keluar dari rumah ini tanpa keizinan dari abang. Namun inilah keputusan yang telah Ika buat setelah lama Ika memikirkannya semalam.
Sekarang, abang tiada lagi halangan untuk bersama dengan Fathihah buat selama-selamanya. Kerana Ika redha sesungguhnya kehadiran Ika dalam hidup kalian berdua merumitkan keadaan. Ika tidak akan lagi menggangu kebahgian kalian berdua.
Sesungguhnya Ika tidak menduga , kasih sayang abang terhadap Fathihah melebihi segala-galanya. Mungkin ini semua dinamakan jodoh. Dalam hati Ika sering tertanya-tanya perlukan Ika berkorban demi kebahgiaan abang buat kali terakhir..jawapannya Ya. Ika harus berundur untuk memberikan abang peluang mencurahkan sepenuhnya kasih sayang kepada insan yang sudah lama bertahta di hati abang.
Abang.
Ika teramat menyintai abang, Namun Ika tahu walau bagaimana pun Ika berusaha, Ika akan gagal merebut kasih sayang abang. Jagalah Fathihah dengan baik. Jangan abaikannnya sepertimana abang abaikan Ika dan Nurina. Halalkan makan minum Ika dan Nurina. Selamat tinggal suamiku..
Ketika itu Hakim merasakan dunianya gelap gelita. Tiada lagi senyuman manis , gelak ketawa Ika yang menghiburkan hatinya. Rasa menyesal mula menyerbu hatinya. Ika sudah meninggalkannya dengan membawa hati yang luka dek kerana sikapnya. Ika..pulanglah sayang. Maafkan kesalahan abang. Rasa kesalnya tidak berguna lagi. Ika sudah jauh meninggalkan nya bersama memori indah bersama. Abang berjanji akan mencarimu sayang, abg akan berlutut memohon ampun .pulanglah kembali kepangkuan abg Ika. Abg rindu Ika dan Nurina.. walau kehujung dunia sekali pun Ika lari, abg akan tetap mencarinya. Sekiranya ku tahu..tidak akan sesekali aku mengabaikanmu Nur Ilham Syafiqah.
No comments:
Post a Comment