Tuesday, November 2, 2010

MUSIBAH

Firman Allah SWT...
“Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahui”
Al Baqarah 216.

‘Dan kami akan menguji kamu dengan keburukan dan kebaikan sebagai cabaran, dan kepada kami lah kamu semua kembali”
surah Al Anbiya 15.

Pada setiap kesenangan, di sana ada kesedihan, dan tiadalah sebuah rumah yang diliputi kegembiraan , melainkan akan diliputi pula oleh kesedihan.

Justeru itu , seseorang hamba itu hendaklah menyedari, bahawa kesabaran dan penyerahan diri sepenuhnya kepada Allah dalam menghadapi musibah adalah sangat dituntut.

Dalam kitab zabur,
‘Wahai Daud, tahukan engkau siapakah dari golongan manusia yang paling cepat melalui Siratul Mustaqim? Iaitu orang-orang yang hatinya penuh kerelaan menerima ketentuan-ketentuanKu, dan lidahnya selalu basah berzikir kepada-Ku.

Selalulah berfikir dan mengamat-amati, manakah di antara dua nikmat ini, dunia dan akhirat , yang paling utama,..

dan Firman Allah juga,

“Sesungguhnya Allah mengilhamkan jalan kefasikan dan jalan ketaqwaan, beruntunglah yang mensucikannya dan merugilah yang mengotorinya”
surah Asyams.

“Katakanlah, kesenangan di dunia ini hanya sebentar”
An-nisa 77

Ibn al jauzi;
Ada enam perkara ubat bagi orang yang terkena musibah;
1. Hendaklah seseorang itu menyedari, bahawa dunia itu adalah tempat ujian dan kesusahan, bukan tempat untuk bersenang-senang

2. Hendaklah seseorang itu meyakini bahawa setiap musibah itu adalah ketentuan dari allah.

3. Hendaklah orang yang terkena musibah itu melihat kepada musibah yang lebih besar yg pernah menimpa kepada orang lain selain dirinya.

4. Hendaklah ia membandingkan musibah yang menimpa dirinya dengan musibah yang menimpa orang lain, dengan demikian hatinya akan sedikit terhibur.

5. Hendaklah ia mengharapkan ganti dari allah sekiranya yg pergi itu masih boleh mendapat gantinya.

6. Hendaklah bersabar kerana itulah yg terbaik untuknya.

dari sumber lain,

- Hendaklah org yg terkena musibah itu memahami akan kehendak Allah . barangkali yg demikian itu adalah yg paling baik untuknya.

- Menyedari bahawa beratnya musibah yg menimpa diri seseorang itu kerana Allah telah memilihnya dari hambaNya yang lain

- Menyedari bahawa dirinya tiada daya dan upaya melainkan denga kekuasaanNya

- Menyedari bahawa musibah yang menimpanya , ditentukan allah dan atas kerelaan allah ia berlaku, dan harus menerima dengan penuh kerelaan

-Hendaklah ia mencela dirinya jika ada perasaan menyesal di hatinya, sebab musibah itu ditimpakan ke atasnya atas keputusna allah, justeru itu perasaan meyesal tidak harus ada.

-Menyedari bahawa musibah itu bersifat sementara, bukanlah selamanya, pasti ada sinar bahagia yang menantinya.

Kata malaikat Jibril kepada Rasul tercinta;
Wahai Muhammad,
Hiduplah sekehendakmu, tapi ingat sesungguhnya pada suatu hari nanti, engkau akan mati. Cintailah sesiapa sahaja yg engkau cintai, tetapi ingat sesungguhnya pada suatu hari nanti engkau akan berpisah dengannya, dan berbuatlah sekehendak hati mu, tetapi ingat , sesungguhnya pada suatu hari nanti engkau akan menerima balasan dari amal perbuatanmu.

Fahami dan ketahuilah,

Bahawa hidup di dunia ini memang tidak sunyi dari senang dan susah, dari suka dan duka, yg datang silih berganti, barangsiapa yg menyangka bahawa hidup ini hanya kesenangan, kegembiraan serta kemewahan semata atau menyangka sebaliknya bahawa hidup ini hanya kesusahan semata , maka, sebenarnya ia silap.

No comments:

Post a Comment