Friday, November 26, 2010

Nasihat Yang Baik....

13 Pesanan Lukmanul Hakim
--------------------------


Dan (ingatlah) ketika Luqman berkata kepada anaknya, di waktu ia memberi pelajaran kepada anaknya : "Hai anakku.. janganlah kamu mempersekutukan ALLAH, sesungguhnya mempersekutukan ALLAH adalah benar-benar kezaliman yang besar.." (QS. Luqman 13)




Wahai anakku.. Sesungguhnya laut ini dalam, banyak sudah manusia yang tenggelam, maka jadikanlah TAQWA sebagai bahteramu, IMAN sebagai kemudinya, dan TAWAKAL sebagai layarnya.. Semoga kamu selamat..




Wahai anakku.. jangan cemarkan wajahmu dengan meminta-minta, jangan lampiaskan marahmu dengan keburukan yang mencoreng nama baikmu, dan ketahuilah bataskemampuanmu, nescaya hidupmu bermanfaat..




Wahai anakku.. orang yang merasa dirinya hina dan rendah diri dalam beribadahdan taat kepada ALLAH, maka dia itu orang yang tawaduk.. lebih dekat kepadaALLAH dan selalu berusaha menghindari maksiat..




Wahai anakku.. seandainya ibu bapamu marah kepadamu kerana kesalahan yang kamulakukan, maka marahnya ibu bapamu itu adalah bagaikan pupuk untuk tanaman yang menyuburkan dan membawa kebaikan..




Wahai anakku ketahuilah.. memindahkan batu besar dari tempatnya itu lebih mudah daripada mengajar orang yang tidak mahu menerima pelajaran..




Wahai anakku.. apabila engkau dihadapkan pada dua pilihan, antara menziarahi orang mati atau datang ke pesta perkahwinan, maka pilihlah untuk menziarahi orang mati, kerana ia akan mengingatkanmu pada akhirat, sedangkan datang ketempat orang kahwin hanya mengingatkanmu pada kesenangan duniawi..




Wahai anakku.. janganlah kamu telan saja kerana manisnya suatu makanan dan jangan kamu muntahkan kerana rasa pahit.. kerana manis belum tentu menjadikan sihat dan pahit belum tentu mendatangkan kesengsaraan..




Wahai anakku.. bukan suatu kebaikan namanya bila kamu selalu mencari ilmu tapikamu tidak pernah mengamalkanya.. kerana ia sama seperti orang yang mencari kayu bakar, yang setelah banyak dia tak mampu memikulnya.. padahal dia masih mahu menambahnya..




Wahai anakku.. bila kamu mahu mencari kawan sejati, maka ujilah lebih dahuludengan pura-pura membuat dia marah. Dan bila pada saat dia marah itu, dia masih berusaha menginsafkanmu.. maka bolehlah engkau ambil dia sebagai kawan.. jika tidak demikian, maka berhati-hatilahlah..




Wahai anakku.. bila kamu berteman, tempatkanlah dirimu sebagai orang yang tidak mengharapkan sesuatu darinya. Biarkanlah dia yang mengharapkan sesuatu darimu..




Wahai anakku.. bergaullah dengan orang yang alim dan berilmu.. perhatikan kata-kata nasihatnya, kerana sesungguhnya hati akan menjadi sejuk mendengar nasihatnya dan hiduplah hati ini dengan cahaya hikmah dari mutiara kata-katanya, bagaikan tanah yang subur lalu disirami air hujan..




Wahai anakku.. ambillah harta dunia seperlunya sahaja.. dan nafkahkan selebihnya untuk bekalan akhiratmu.. jangan engkau tendang dunia ini kekeranjang sampah semuanya, karena engkau nanti akan menjadi pengemis yang membebani orang lain. Sebaliknya.. janganlah engkau peluk dunia ini dan meneguk habis airnya kerana sesungguhnya yang engkau makan dan pakai itu hanyalah tanah belaka..




Wahai anakku.. aku mewasiatkan kepadamu tentang lapan perkara.. Jagalah hatimu dalam solat, jagalah pandanganmu ketika berada di rumah orang, lidahmu dalam majlis, jagalah perutmu dari keserakahan. Juga ingat dua hal dan lupakan dua hal.. Ingatlah ALLAH dan kematian, serta lupakanlah kebaikanmu pada orang lain dan kesalahan mereka kepadamu..


Subhanallah...




"Yaa ALLAH kurniakanlah kepada kami kemampuan untuk menerima setiap ilmu danpetunjuk dari-Mu, yaa Rabb.. mudahkanlah hati kami mendapatkan hikmah danhidayah yang datang dari orang-orang soleh sebelum kami.. dan golongkan kami kedalam hamba-hamba yang senantiasa memperbaiki diri.."

No comments:

Post a Comment