Thursday, February 3, 2011

EPOLIG SEBUAH KEHIDUPAN..

Sekiranya apa yng telah berlaku kepada kita itu dari perkara buruk telah membuatkan kita sangsi dan kecewa dengan diri kita sendiri,bermakna kita telah gagal dalam satu perjuangan dan ujian yang cukup panjang. Yang mana sebenarnya kita sendiri tidak mengetahui dimana pangkal dan hujungnya dan sudah berapa banyak perjalanan yang kita lalui. Andaikata kita memerlukan 101 herba untuk menyembuhkan diri, mengapa kita mesti berhenti mencari pada jika kita mampu menemui 100 sahaja. Manusia sebenarnya sudah mempunyai 99% keyakinan dalam diri untuk berjaya. Yang manusia perlukan hanyalah 1% dari usaha. Mungkin sahaja tuhan mahu menguji keyakinan kita dalam perjuangan hidup ini.dan seandainya kita gagal, mengapa perlu risau kerana kita hanya menambahkan kekosongan pada kotak kotak pengalaman yang telah kita bina. Moga akhirnya pengalaman daripada kegagalan mampu membenihkan tunas tunas segar yang membantu kita untukterus hidup

Dalam hidup ini betapa manusia tidak mengerti bahawa ujian, dugaan, kesedihan dan kecemasan sengaja Allah ciptakan buat HAMBAnYA yang tercinta. Dia menguji kita untuk melihat sejauh mana keyakinan kita padaNya. Kita berusaha tapi tatkala selangkah saja untuk berjaya, kita berputus asa. Kita "fade up". Alangkah ruginya. Andaikata kita mengerti bahawa disebalik duri duri tajam itu tersimpan sebutir mutiara yang cukup bernilai, nescaya luka yang tajam itu hanyalah seumpama gigitan manja seorang isteri buat suami tercinta. Kesannya ada tapi rasanya cukup manis

No comments:

Post a Comment