Thursday, February 3, 2011

Kenangan semalam...

Mengapa kenangan semalam mahu kita lupakan?
Sedangkan ia mampu mengajar kita erti sebuah kehidupan...
Dengan melupakan kenangan semalam....
Nanti kita akan lupakan kesalahan kita yang lalu...
Nanti kita akan ulangi kesilapan kita yang sama....
Apa erti hidup lama andai tiada pengalaman?
harga hidup adalah pengalaman kita...
lagi banyak pengalaman kita harungi...
lagi bertambah kuat kita menjalani hidup ini...

Kerana mahu melupakan kesedihan...
kerana mahu melupakan kegagalan...
kerana mahu melupakan kepedihan...
patutkah kita meninggalkan pengalaman itu...
sedangkan ia mengajar kita erti sebuah kehidupan...
hidup bukan selalu indah...
hidup bukan selalu bahagia...
hidup bukan selalu gembira...
kerana kesedihan...kegagalan... dan kepedihan itulah...
yang menjadikan indah... bahagia...gembira itu satu pengalaman manis....

terimalah hidup ini seadanya...
kerana ia adalah jalan terbaik untuk kita...
syukur dan sabarlah atas segala ketentuanNya...
jangan lupakan pengalaman hidup kita...
kerana ia adalah guru terbaik buat kita...

No comments:

Post a Comment