Thursday, February 3, 2011

Diari Kehidupan...

Diari hidupku
Tahun demi tahun, saya meneruskan kehidupan di alam baru pula, alam bergelar pelajar universiti dan akan datang, alam pekerjaan.
Astaghfirullahulazim..
Jalan yang terpaksa di lalui rupanya kian lama kian sukar.
Onak dan duri menanti di sepanjang perjalanan. Ada masanya saya kuat menempuh halangan dan ada masanya saya tewas.
Titik hitam mula berkumpul dalam diri ini, setitik demi setitik, hingga lama kelamaan menjadi banyak. Iman pula sentiasa di paras yang berbeza-beza, ada pasang surutnya yang tersendiri.
Saya kian banyak melakukan dosa. Ampunkanlah aku wahai Tuhan.. Apa gunanya aku hidup, andai kehidupan ini semata-mata untuk menambah bebanan dosa? Dan kenapa Tuhan izinkan aku hidup sedangkan timbangan dosa ku kian lama kian berat?
Astagfirullahalazim..
Setiap apa yang Allah ciptakan, biarpun sebesar zarah, pasti ada hikmahnya, pasti ada sebabnya. Allah Maha Bijaksana Lagi Maha Mengetahui. Ajal maut semuanya di tangan Dia dan hanya Dia yang tahu, bila tiba masanya Izrail harus datang menjemput. Dia yang Maha Berkuasa.
Pernahkah kita terfikir, kenapa kita masih hidup hari ini?
Bersyukurlah kerana sehingga hari ini, kita masih lagi dipanjangkan umur, tempoh pinjaman jasad dan nyawa ini masih lagi dipanjangkan.
Terfikirkah kita, kita masih hidup hari ini kerana Allah ingin memberi peluang kepada kita untuk menyuci diri dan menghapuskan dosa semalam? Kita masih hidup

agar kita dapat memohon maaf kepada mereka yang pernah kita lukai hatinya, kita masih hidup agar kita dapat melunaskan hutang yang belum terbayar.
Terfikirkah kita, kita masih hidup hari ini kerana masih ada yang memerlukan kita, memimpin tangan mereka, menyapu air mata mereka, meminjamkan bahu dan telinga untuk mereka di kala mereka sedang berduka lara.
Terfikirkah kita, kita masih hidup hari ini kerana masih ada tugas yang belum terlaksana sempurna. Masih banyak yang belum kita lakukan. Amalan dan bekalan untuk di bawa ke akhirat yang kekal abadi masih tidak mencukupi.
Aduh, rupanya perjuangan kita di alam kehidupan ini masih belum selesai. Masih banyak yang harus kita persiapkan..
hidup ini penuh ranjau berduri..
hanya keimanan dan ketaqwaan yang bisa mencantas ranting berduri yang menghalang perjalanan hidup kita..
mantapkanlah iman..
teguhkanlah taqwa..
insya-Allah kita akan bisa meredah gelombang duniawi..


No comments:

Post a Comment