Jangan engkau berlaku buruk dan bermusuh dengan orang yang paling engkau sayang melebihi semua manusia lainnya"
Seorang sahabat agung Nabi SAW dari keturunan al-Ghifari pernah menyatakan ini kepada sahabat lainnya. Namun, kenyataan ini terlalu tinggi untuk di fahami. Maka pemuda berketurunan al-Ghifari menerangkan,
"...Maksudku dari orang yang paling engkau sayang melebihi semua manusia lainnya, itu adalah dirimu sendiri!, aku tidak bermaksud orang lain, engkau menyayangi dirimu melebihi semua manusia lainnya, yang aku katakan: ” Jangan bermusuh dengan yang paling engkau sayangi, yakni jangan emosi berlaku...."
Betapa manusia sering terlupa untuk berlaku adil kepada diri sendiri. Adakah bila kita sering mengutamakan diri sendiri, bermakna kita sudah berlaku adil? Apa beza dengan mementingkan diri sendiri? Bagaimana pula dengan manusia yang sering mengenepikan diri sendiri demi orang lain? Apakah dia tidak sayang pada diri sendiri, asyik memberi laluan pada orang lain? Sering memikirkan perasaan orang, sehingga melukakan hati sendiri?
Kadang-kadang terfikir, betapa jahilnya aku sebagai seorang hamba Allah. Seringkali tidak mampu menyempurnakan satu-satu perkara selari dengan kehendak Yang Maha Esa. Malah seringkali keliru dengan arah yang mana satu harus di pilih. Sedangkan, sebagai Muslim, Islam sudah ada peraturan untuk setiap perkara. Sebagai Muslim, aku patut tahu, dan aku harus tau jalan yang terbaik untuk aku ikut.
Tapi, itulah...aku manusia yang masih mencari jalan terbaik untuk aku pilih. Aku manusia biasa yang selalu menerima hakikat bahawa aku tidak sempurna sebagai makhluk Yang Maha Agung. Malah, aku sentiasa masih memerlukan bimbingan dari keluarga, teman...dan mengharapkan keredhaan Yang Maha Penyayang.
Walau aku tidak sempurna, aku tahu aku tidak boleh kelihatan lemah. Yang paling penting, aku mahu jadi orang yang paling dekat dengan diriku...menyayangi diri sendiri. Kemudian aku mahu jadi orang yang paling diperlukan oleh orang-orang kesayanganku...WALAUPUN AKU TAHU, AKU MANUSIA BIASA, TIDAK SEMPURNA... |
No comments:
Post a Comment