Sunday, October 17, 2010

..MUKADIMAH HIDUP...

.. Berikan sepenuh kasih sayang kepada ibu bapa, kerana mereka adalah pemegang tali penghubung nyawa ketika kamu meningkat dewasa; kasih mereka terhadap anak adalah kasih dari titisan air mata dan titik peluh yang tak mungkin terbalas.

.. Kepada guru, hendaklah ingat akan jasa jasanya kerana dia adalah satu satunya pemegang pelita yang menereangi kegelapan hidup kita; kerana hidup tanpa ilmu adalah hidup yang sia-sia.

..Kasihi akan keluargamu, kerana mereka adalah insan yang terdekat sekali di dalam hidup kita dan tidak mungkin dipisahkan dengnan apa jua pun, bagai air yang dicincang tak akan putus,

.. Berbudi luhur dan beramah mesra dengan jiran tetangga, kerana mereka adalah sebahagian daripada keluarga kita.

.. Kepada sahabat, hendaklah berlaku jujur dan hormat menghormati dalam memupuk pergailan yang abadi; kerana sahabat yang sejati ibarat bintang yang menghiasi malam.

..Dalam kebahagian dan kesusahan putaran hidup ini terdapat sekuntum hati yang sama merasai; adalah teman hidup. Tatangilah perkongsian hidup yang suci ibarat menatang mutiara yang tiada ternilai harganya; kerana satu satunya jiwa yang boleh memberikan ketenangan dan kemanisan hidup dalam dunia yang penuh kepahitan.


.. Jika kita bandingkan hidup yang singkat di dunia ini dengan hidup yang abadi di alam akhirat, maka hidup ini adalah mimpi belaka.

No comments:

Post a Comment