Ranjau kehidupan yg aku lalui begitu menusuk dan meninggalkan kesan yg mendalam dlm hidup ini. Setiap insan mengalami ranjau yg berbeza. Aku sering bingung menanyakan siapa sebenarnya. Namun, aku tak pernah bertindak untuk mendalami setiap kata-kata Anas bin Malik sewaktu hidupnya. Aku sering bingung mengenangkan di mana hati aku sebenarnya. Adakah ia sentiasa disinari cahaya iman atau dibayangi kegelapan nafsu. Kadang-kala aku boleh melaksanakan setiap suruhan Allah dengan ikhlas. Aku kenal baik buruk sesuatu dalam hidup ini. Namun, aku sering kali tersadung kaki sendiri. Aku sering melakukan salah yang aku sedari. Aku sedar perbuatan itu dimurkai Allah. Bakal mendatangkan musibah pada diri sendiri. Bakal mengundang kecelakaan Allah. Perbagai petunjuk Allah berikan padaku. Namun, kadang-kala hati ini tidak mahu sedar. Ia sedar, tapi tidak Istiqamah. Aku sering menasihati kawan-kawanku dengan amalanku, kata-kataku. Namun, diriku sendiri tidak pernah untuk memahami apa yang dikatakan dan diperbuat oleh diriku. Aku terangsang untuk berubah kerana aku ingin sekali memiliki kehidupan yang indah. Namun, perubahan yng aku lakukan sering diracuni perbuatan aku yang mengundang kecelakaan Ilahi. Benar pepatah yang mengatakan.." cintailah Allah sebelum mencintai hamba-Nya" Bagaimana aku mencintai hamba Allah. Aku akan mengabdikan diri sedaya mampu untuk membahagiakan temanku. Aku akan buat apa yg di suruh selagi tidak mendatangkan musibat dan melanggar apa yang diperintah Allah. Aku akan berasa begitu resah tatkala hatinya aku sakiti atau dia menangis. Begitu juga ketika dia marah. Adakah aku sebegitu untuk Allah. Adakah aku mencintai Allah sebagaimana aku mencintai hamba-Nya. Tidak sama skali. Kenapa?? Kenapa aku sanggup mengabdikan diri terhadap cinta dunia? Kenapa aku sanggup menitiskan air mata kerana cinta dunia? Kenapa aku sanggup melakukan apa sahaja kerana cinta dunia? Kenapa tidak kepada Allah. Cinta Alah adalah cinta yang sejati. Cinta hakiki. Cinta yang tidak akn sama sekali menyakiti hati. Cinta yang sama sekali tidak akan mengkhianati diri. |
No comments:
Post a Comment