... UNTUK RENUNGAN DIRI ...
... Kekayaan;
tidak salah mencari kekayaan dan kesenangan yang halal, banyak pun tak mengapa tetapi hendaklah takut dengan Allah, kerana kekayaan dan kesenangan selalu sahaja menjadikan kita sombong dan melalaikan kita.
... Jawatan;
janganlah kita ghairah sangat hendak merebut jawatan kerana ia adalah amanah dan tanggungjawab yang besar. Kalau kita diberi juga jawatan itu tanpa kita minta, sedangkan kita mampu, tidak salah pula kita terima tetapi kenalah kita takutkan Allah.
... Nafsu;
fitrah yang murni ia tidak membohongi kita, ia selalu sahaja boleh menerima kebenaran tetapi yang menghalangnya adalah nafsu dan syaitan.
... Tamak;
hendaklah kita bersungguh membuang sifat tamak kerana dengan sifat itulah kita cinta dunia. Apabila cinta dunia, kita tidak merasa cukup dengan apa yang ada, sifat tamak dan sifat bakhil datang, akhirnya menjadi rebutan. disinilah rahsia hilangnya ukhuwah san sebabnya timbul perpecahan.
... Nikmat Tuhan;
orang yang tamak tidak akan terasa lagi besarnya nikmat Tuhan. Yang ada, dia seolah-olah tidak nampak lagi apa yang dia dah ada. Benda yang tiada itulah yang menjadikan fikiran dan ingatannya. Sebab itu orang yang tamak selalu saja susahkan apa yang tiada.
... Bertolak ansur;
orang mukmin yang sejati itu walaupun dia tidak menolak nikmat dunia, tetapi nikmat itu tidak dijadikan rebutan. Dia boleh bertolak ansur dengan orang lain.
Sunday, October 17, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment