Segala Perasaan itu Indah jika.....

Cinta  itu indah..jika cinta itu kerana ALLAH..kerana cinta itu akan sampai  kepada ALLAH dahulu, kemudian barulah kepada sesiapa sahaja yang kamu  cintai..
Rindu itu indah…jika rindu itu kerana ALLAH…kerana rindu  itu akan sampai kepada ALLAH dahulu, kemudian barulah kepada sesiapa  sahaja yang kamu rindui…
Kegembiraan  itu indah..jika gembira itu kerana ALLAH…kerana gembira itu akan sampai  kepada ALLAH dahulu, kemudian barulah kepada apa  sahaja yang membuat  kamu gembira…
Sedih  itu indah..jika sedih  itu kerana  ALLAH..kerana sedih itu akan sampai kepada ALLAH dahulu, kemudian  barulah kepada apa  sahaja yang membuat kamu sedih…
Bosan itu  indah..jika bosan itu kerana ALLAH..kerana bosan itu akan sampai kepada  ALLAH dahulu, kemudian barulah kepada apa  sahaja yang kamu bosankan…
Kesibukan  itu indah..jika sibuk itu kerana ALLAH..kerana kesibukan  itu akan  sampai kepada ALLAH dahulu, kemudian barulah kepada apa  sahaja yang  kamu sibukkan…
Sakit itu indah..jika sakit itu kerana  ALLAH..kerana kesakitan  itu akan sampai kepada ALLAH dahulu, kemudian  barulah kepada apa  sahaja yang menyakitkan kamu…
Benci itu  indah..jika benci itu kerana ALLAH..kerana kebencian  itu akan sampai  kepada ALLAH dahulu, kemudian barulah kepada apa  sahaja yang membuat  kamu benci…
Kesusahan dan derita itu indah..jika ia kerana  ALLAH..kerana derita dan kesusahan itu akan sampai kepada ALLAH dahulu,  kemudian barulah kepada apa sahaja yang membuat kamu susah dan derita..
Maka, niatlah segala perasaan kita hanya untuk ALLAH..HANYA UNTUK MENDAPATKAN KEREDHAAN ALLAH...
JUJURLAH kepada ALLAH..atas segala yang menimpa kamu...atas segala yang diperbuatkan oleh kamu..
dan KEMBALIKANLAH SEGALA PERASAAN itu kepada ALLAH kembali..kerana ALLAH  jua lah yang memberi segala perasaan itu..
Jika  ia MEMBERI KEBAIKAN dan menghapuskan dosa-dosa untuk kamu,  menyempunakan diri kamu di kemudian hari, maka REDHALAH dengan perasaan  itu..mohonlah, berdoalah agar ALLAH perbaiki diri kamu...dan BERUSAHA  lah untuk MUHASABAH diri..cari di mana KELALAIAN kamu selama ini...dan  BERUSAHALAH memperbaiki diri...
Jika perasaan itu MENAMBAHKAN  DOSA-DOSA kamu, maka MOHONLAH DIHILANGKAN  ..hanya kerana takut akan  MURKA, AZAB ALLAH di 'sana' nanti..
SERAHLAH DIRI  kepada  ALLAH..dalam APA sahaja yang berlaku kepada kamu..InsyaALLAH, ALLAH akan  mengembalikan kembali perasaan-perasaan kamu itu mengikut apa yang  TERBAIK untuk kamu…
Percayalah, ALLAH TIDAK PERNAH menyiksa kamu, kerana bukan itu tujuan kamu diciptakan..
ALLAH sentiasa merindui dan mencintai kamu, hamba-hambaNYA ,lebih dari segala manusia yang ada di muka bumi ini...
ALLAH  memberi perasaan-perasaan itu untuk memberi 'isyarat' CINTA dan KASIH  SAYANG NYA untuk kamu KEMBALI kepada NYA...kembali tenang HANYA jika  BERSAMANYA...
JIka masih belum ketemui 'keindahan' itu,  sekurang-kurangnya kamu mendapat REDHA ALLAH..kerana kamu MENGINGATI DIA  dan BERNIAT HANYA KERANA  DIA di setiap apa sahaja yang menimpa kamu...
Apakah  yang lebih bernilai dari  REDHA ALLAH? dari RAHMAT ALLAH? dari   KETENANGAN daripada ALLAH? dari perasaan KEINDAHAN hanya dengan  'BERSAMA' ALLAH?
InsyaALLAH, kamu, kita semua  akan ketemu ‘keindahan’ itu…jika kerana ALLAH...percayalah…
Amin Ya Rabbal Alamin..
 
 
 
          
      
 
  
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
No comments:
Post a Comment