Thursday, February 3, 2011

Bicara Air Mata...

Ya Allah..
baru kusedari selama ini aku telah banyak berbuat dosa kepada Mu..
Aku kufur terhadap nikmat-nikmat yang telah kau berikan kepadaku sepanjang hidupku,
Aku terlau leka dengan keseronokan dunia pinjaman Mu,
Sehingga aku lupa akan akhirat Mu..
Aku melanggar hukum-hukum yang telah engkau tetapkan..
Aku buat apa yang telah kau larang yang terang-terangan tercatat di dalam kitab Mu..
Aku juga telah menderhaka kepada kedua org tua ku,
Aku melawan kata-kata mereka,
Aku menghampakan harapan mereka,
Betapa hinanya diriku Ya Allah...
Ya Allah..masihkah ada ruang untukku memohon keampunan dari Mu?,
Kerana tiap kali ku melafazkan janji, aku telah memungkirinya..
Aku tetap mengulanginya tanpa berfikir sedikit pun tentang diri Mu, tentang hati Mu..
Adakah taubatku nanti diterima Mu Ya Allah..
Ya Allah...kau ampunilah hambamu yang penuh dengan noda dan dosa-dosa yang telah aku lakukan sepanjang hidupku ini.
Jangan kau tutup pintu hatiku Ya Allah
Jangan biarkan aku terus jauh darimu Ya Allah
Jangan biar aku jauh dari rahmat Mu YaAllah
Aku memohon dengan sepenuh jiwa ragaku,
Dengan penuh penyesalan kepada Mu,
Ya Allah,
Kau terimahlah taubatku ini yaALLAH..
Ya Rasulullah,
Ampun kan diriku kerena menjadi umat yang melupakan diri mu.
Dan terkadang tidak sedikitpun dalam 1 hari aku mengingatimu,
Sedangkan saat ketika ajal mu tiba....
Kau masih fikirkan tentang umatmu..iaitu aku Ya Rasulullah..
Ya Rasullullah ampunilah diriku..
Aku lupa kepada mu..
Aku lupa berselawat kepada mu..
Aku tertalu taksub dengan dunia ini..
Sedangkan akhirat yang kekal abadi..
Aku alpa Ya Allah, Ya Rasullullah....
Ampunilah diriku insan yang lemah dan kerdil disisi Mu....
Secangkir kasih,

No comments:

Post a Comment