Ketika aku menyusuri hidup ini yang penuh dengan suka duka. Ku berhenti seketika ingin memuhasabah diri yang kerdil yang hina dina ini. Apa yang aku perasan sebenarnya..apa yang kita nampak zahirnya itu bukanlah secara totalnya tersirat di hati. Aku menyusuri sejenak hatiku yang jadi sarang identiti diri hina. Rupanya semakin banyak palit-palit zulumat yang singgah di takhta jasad ku ini. Zulumat yang lampau dan yang sedang berlaku serta yang bakal berlaku.Wallahu'alam
Aku perhati kawasan sekeliling..aku kembali muhasabah diri..aku pandang lagi sekeliling ku..kemudian aku pejamkan mata..melihat adakah aku juga termasuk di dalam golongan tersebut. Apa yang sedang berlaku..zahirnya..diri itu seperti seorang pejuang agama yang di segani di kalangan manusia sekelilingnya. Kata-katanya sering memberi peringatan untuk diri insan-insan yang alpa. Dirinya di sanjungi walaupun kemana dia pergi. Dirinya di cari ketika, dia tidak munculkan diri. Pergaulannya dikawal ketat, pakaianannya sentiasa sopan, tutur katanya begitu disusun, pandangannya sering ditundukkan..gayanya sangat zuhud. Namun...apabila dia berada di satu alam yang lain..iaitu alam maya..sebuah alam yang tiada manusia mampu melihatnya hanya Allah sahaja yang mengetahui apa yang di lakukan ketika ber'facebook', sms, ym.. Dia itu seperti sebuah layang-layang putus tali..di mana pergaulan yang di jaganya ketika dia berada di hadapan manusia seperti tidak pernah dia praktikkan ketika berada di alam maya. Ber'chatting' perkara yang sia-sia dan lagha..langsung tiada kaitan dengan agama menjadikan diri itu berchatting sehingga pagi dengan insan yang bukan muhrim..Tiada siapa yang tahu kan?? Jangan sangka tiada siapa yang tahu.. insan yang sering dipandang sebagai membawa agama Allah ini selalu di awasi gerak gerinya. Cuma kadang-kadang..perkara itu sering terlepas pandang.
Lebih menyedihkan..makin lama 'ukhwah' yang terbentuk di alam maya itu terjalin kini berputik pula bunga-bunga cinta yang fana..maka makin jauhlah diri itu daripada sang al-Khaliq..yang dahulunya..diri itu sering memberitahu bahawa Allah itu hanya matlamatnya... Maka..diri itu terus di buai indah sebuah angan-angan yang kosong. Maka tindakan insan-insan yang kita boleh katakan sebagai pembawa agama Allah ini dijadikan ikutan..ada yang berkata 'kalau dia boleh buat...kenapa kita yang 'biasa-biasa' ini tak boleh buat'..akhirnya islam terfitnah kerana kekhilafan kita..Astagfirallahalazim..istighfar..mohon keampunan..
Apa bezanya..kita di alam nyata yang boleh di lihat oleh mata-mata manusia dengan kita yang berada di alam maya..yang hanya boleh berhubung melalui sebuah teknologi yang bergelar laptop atau pc? Semakin ramai kini manusia mempunyai dua karakter yang berbeza..Niat tidak pernah menghalalkan cara. Yang haram itu jelas dan halal itu lagi jelas..Ingat wahai hamba..kita mampu menipu mata manusia namun tidak mungkin menipu pandangan Allah..
xxxxxxxxxx
Lalu..aku kembali menilai diri ku ini.. Seperti hamba-hamba yang lain..naluri itu tetap berada di sanubari ini. Kadang-kadang Dia datangkan ujian untuk kita. Namun tiada siapa yang hendak di persalahkan cuma yang penting diri sendiri menyesal dan tidak akan ulangi kesialapan yang lalu..Allah tahu yang terbak untuk kita..Dia biarkan kita lalai buat semetara waktu..tapi waktu yang Dia biarkan kita lalai itu..tidaklah sepanjang waktu yang Dia berikan kesedaran buat kita..Apabila Dia campakkan kesedaran itu semula..Hati ini terus kembali tertaut pada Dia yang Esa satu-satunya. Kesilapan lalu itu bukan tercipta untuk di tangisi dan di sesali..namun untuk di jadikan ikhtibar di masa akan datang..Teknologi tidak pernah salah namun diri kita sebenarnya yang salah membuat percaturan...wallahu'alam
Saturday, May 26, 2012
Siapa Kita Di Alam Maya
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment