Saturday, May 5, 2012

Harta Yang Paling Saya Sayang...

Bila ditanya berkenaan harta, mesti kita ingat tentang kereta, rumah, handset baru, laptop, emas dan pelbagai bentuk material lain lagi. Maknanya dalam fikiran kita harta=material. Hari ni saya nak kongsi dengan anda berkenaan 3 harta saya yang paling saya sayang. Saya yakin anda pun mesti ada harta yang paling anda sayang. Setiap orang mesti ada. Walaupun harta yang paling anda sayang tu tak adalah mahal sangat tapi mungkin kerana nilai sentimentalnya yang tinggi maka kedudukannya tinggi di hati anda. Berbalik pada harta yang paling saya sayang. Ya saya sayang sangat dengan 3 harta saya ni. Harta saya ni memang mahal lah tak ada barang penggantinya di pasaran biasa.

HARTA YANG PALING SAYA SAYANG NOMBOR 1

Baik, harta yang berada pada carta teratas antara ketiga-tiga harta yang paling saya sayang adalah AGAMA saya. Ya saya paling sayangkan agama saya. Alhamdulillah Allah pilih saya untuk dilahirkan sebagai ISLAM. Inilah anugerah Allah yang paling besar dalam hidup saya. Saya bertuah lahir dalam agama yang syumul (lengkap) ini. Islam agama yang lengkap dan melengkapi. Setiap inci skop kehidupan ada panduannya dalam Islam. Dari kita lahir sampailah kita dijemput oleh Allah untuk ke negeri abadi. Islam ajar pada kita macam mana nak bersuci. Islam ajar pada kita macam mana nak tidur. Islam ajar pada kita macam mana nak makan. Islam ajar pada kita macam mana nak berhibur. Islam ajar pada kita macam mana nak jadi anak soleh. Islam ajar pada kita macam mana nak berdialog dengan Allah PEMILIK kita (iaitu melalui solat). Islam ajar pada kita macam mana nak tolong orang susah (dengan membayar zakat). Hatta kita nak masuk tandas pun Islam ajar macam mana. MasyaAllah indahnya Islam. Saya belajar macam mana nak berinteraksi dengan setiap skop kehidupan dengan Islam. Nasib baik saya Islam.Sebab tulah saya kata Agama saya berada pada carta teratas antara harta yang paling saya sayang.

HARTA YANG PALING SAYA SAYANG NOMBOR 2

Seterusnya harta yang berada pada tangga kedua antara 3 harta yang paling saya sayang adalah IBU AYAH saya. Ya saya sayangkan ibu dan ayah saya. Kenapa? Kerana ibu saya melahirkan saya, ayah saya kerja kuat-kuat nak cari duit untuk membesarkan saya, mendidik saya, menyekolahkan saya sampailah saya bekerja sekarang ni, bersabar dengan kerenah saya, bagi saya duit, bagi saya makan, bagi saya tempat tinggal, bagi saya pakaian, bagi saya tempat tidur yang selesa, jaga saya bila saya sakit, bagi saya kasih sayang dan sungguh yang paling bernilai adalah kerana ibu ayah saya mendidik saya mengenal Islam (ajar saya solat, ajar saya alif ba’ ta’). MasyaAllah banyaknya yang ibu dan ayah saya buat untuk saya. Kita selalu tengok sekarang ni ada banyak anak-anak yang diperlakukan dengan kejam oleh ibu bapa. Ada yang kena dera, kena buang sebelum sempat kenal dunia. Tapi Alhamdulillah saya ada ibu dan ayah yang amat baik. Dan saya sebagai anak ingin sangat menjadi saksi untuk ibu dan ayah saya diakhirat nanti bahawa mereka adalah ibu dan ayah yang baik.

HARTA YANG PALING SAYA SAYANG NOMBOR 3

Harta yang saya sayang yang seterusnya adalah diri saya. Ya saya sayang diri saya. Dan sebab saya sayang diri saya, maka saya nak jaga diri saya dari dicampakkan di dalam neraka kat akhirat nanti. Dan sekali lagi, Alhamdulillah saya Islam. Maknanya Allah dah bagi satu peluang besar pada saya untuk mengelakkan diri dari dicampak ke neraka. Maka saya kena gunakan peluang yang Allah bagi kat saya ni dengan baik. Saya tak boleh meremehkan peluang ini. Tugas saya sekarang adalah membesarkan dan memperkasakan lagi peluang saya untuk ke syurga abadi. Ya Allah tetapkan lah imanku dalam Agama MU.

Baik, anda dah tahu 3 harta yang paling saya sayang. Betul tak saya cakap kat awal tadi 3 harta saya ni mahal dan tak ada pengganti kat pasaran. Anda pula bagaimana? Apakah harta yang paling anda sayang.

No comments:

Post a Comment