Saturday, May 26, 2012

Hawa...

Darilah tenggelam di lautan rindu
Biarlah ku terbang ke puncak cinta
Harum ku puja bagai harum syurga
Memungkinkan sepasang sayap Janna’im

Darilah tersungkur dicedera rindu
Biarlah ku hancur dimamah cinta
Harum kau hawa bagai harum syurga
Memungkinkan sekalung doa mustajab

Angan-angan menggunung sehingga ku terleka
Dalam senyumanmu aku tidak terkata
Angan-angan mendalam sehingga ku terlupa
Menghulurkan salam menjadi kata pembuka

Selepas hilang sinar gelap baru sinar berharga
Secepat hilang sinar gelap baru rindu cahaya
Secepat hilang siang malam baru siang bermakna
Selepas hilang siang malam baru cinta bersabda
Bagai hilang kau di mata
Baru kasih bergelora

ان الله جميل يحب الجمال
الدنيا متاع وخير متاعها المرأة الصالحة

"Sesungguhnya wanita yang solehah itu susah untuk di temui bagaikan berlian dalam kaca yang bertaburan,ramai wanita yang tahu hukum syarak tetapi masih ramai yang melanggarinya kerana mahu mengecapi nikmat dunia yang singkat….wanita solehah itu diimpikan setiap lelaki soleh.. "

No comments:

Post a Comment