Saturday, May 26, 2012

sekadar berkongsi....

Ketika Allah rindu pada hambaNya, Allah akan mengirimkan sebuah hadiah istimewa melalui malaikat Jibril yang isinya adalah ujian…
Dalam hadith qudsi Allah berfirman:
“Pergilah pada hambaku lalu timpakanlah berbagai ujian padanya kerana Aku ingin mendengar rintihannya.”(HR. Thabrani dari Abu Umamah)
Abu Said dan Abu Hurairah r.a. meriwayatkan bahawa Nabi SAW. bersabda:
“Seorang muslim yang ditimpa penderitaan, kegundahan, kesedihan, kesakitan, gangguan, dan kerisauan, bahkan hanya terkena duri sekalipun, semuanya itu merupakan kafarat (penebus) dari dosa-dosanya.”
(H.R. Bukhari dan Muslim)

Jangan sedih bila orang lain tidak memahami anda..
Tapi sedihlah jika anda tidak mahu memahami orang lain.
Jangan sedih bila orang lain tidak mempercayai anda..
Tapi sedihlah jika anda tidak percaya pada diri sendiri.
Jangan sedih bila orang lain tidak memberi kesempatan kepada anda..
Tapi sedihlah jika anda belum membuat persiapan.
Jangan sedih bila orang lain tidak menghargai anda..
Tapi sedihlah jika anda tidak bisa menghargai orang lain.
Jangan sedih bila orang lain menghina anda..
Tapi sedihlah jika anda membuat hina pada diri sendiri.
Jangan sedih bila orang lain memaki anda..
Tapi sedihlah jika anda bermulut jahat pada orang lain.
Jangan sedih orang selalu mengritik kita..
Tapi sedihlah jika anda tak pernah mahu perbaiki diri.
Jangan sedih kerana anda selalu jatuh..
Tapi sedihlah jika anda tak mahu bangkit kembali.
Jangan sedih kerana perjalanan hidup anda banyak pahit getir..
Tapi sedihlah jika anda tak pernah belajar daripada pengalaman.
INGATLAH..
Kunci masalah selalu ada dalam diri, bukan di luar.
# Memetik kata-kata sahabat Pakar Cinta (Pakar Diari Hati)
Orang kata , semakin banyak kau beriman..
”Kau akn diuji terus bertubi-tubi..”
Orang kata , semakin banyak kau berbuat baik..
”Kau akan terus berdepan dengan masalah..”
Ini semua benar.. Menjadi orang yang baik bukan senang..
Sebab itu.. ia terus diuji supaya menjadi baik..”
Dan jangan putus asa untuk menyemai kebaikan dan membuahkan hasil yang baik…
” LA YUKALLIFULLAHU NAFSAN ILLA WUS’AHA”

No comments:

Post a Comment