Dalam hidup yang penuh berliku ini, aku adalah seorang hamba Allah yang tidak kuat untuk menempuh semuanya secara bersendirian.. mungkin ada yang akan berkata Allah sentiasa bersama kita.. namun aku adalah manusia biasa yang terlalu tipis imannya.. aku perlukan seseorang untuk meluahkan apa yang aku pendam.. ya aku telah jumpa dengan pelbagai manusia menasihati diriku ini, namun pabila mereka menghilang, aku merasakan diriku keseorangan kembali..sepi tanpa sesiapa seseolah dunia kelamku rasakan .......
kadang kesepian yang mendalam secara tiba-tiba menyerbu juga walau kita ramainya kawan..
mungkin kesepian itu mesej dari tuhan untuk merenung sejenak..
kadang demi menyedapkan hati, kita berkata "Allah sentiasa bersama"
mungkin tanpa sedar, kata-kata itu yang paling menyedapkan hati dan jiwa..
kadang terasa ujian terlalu tebal sedangkan iman terasa nipis
mungkin kerana ujian itulah kenal lawan dan kawan
mungkin kerana ujian itulah muhasabah sentiasa bersama tuhan
kadang terasa perlunya seseorang demi apa yang dipendam..
mungkin tanpa sedar ketika itu sifat lemah insan masih dipegang
mungkin ketika itu tanpa sedar, fitrah masih membajai jiwa...
alhamdulillah
kadang lemah saat hilang teman bicara hati..
mungkin hilang mereka bersama harapan membangun kembali..
mungkin hilang mereka kerana harapan mereka untuk kita..
mungkin hilang mereka demi bangun generasi lain..
mungkin hilang mereka buat kita sedar akan adat yang fana
akan berpisah..
akan sepi.." tapi melangkah dengan senyum dan tabah lebih bererti dari segala mungkin diatas.."
Saturday, May 26, 2012
Mencari Teman....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment