Saturday, May 26, 2012

Cinta....oh Cinta...

CINTA

Suatu perkataan yang malu untuk mulutku lafazkan. Satu anugerah Allah yang tidak terhingga.
Carilah Cinta Allah dengan redha Ibubapa.Walau sejauh mana cintamu kepada insan bergelar lelaki,walaupun baik dan soleh dipandanganmu,ingatlah perasaan CINTA itu dipinjamkan sementara kepada mu dari Allah.Kepada Allahlah segalanya kau perlu pasrahkan.

Ketahuilah sahabat muslimahku,
Pasti dirimu lebih cantik dipandangan Allah dengan redha Allah.
Biarlah penduduk bumi ini tidak mengenalmu,Namun ketahuilah sahabatku penduduk langit sentiasa menyebut namamu.Subhanallah.
CINTA yang kau kejar tidak akan kemana jika tidak dilandaskan atau bermatlamatkan dengan "NIKAH:.
SEMOGA KITA SAMA2 DIBERIKAN KEMUDAHAN DALAM MENCARI KEKASIH HALAL YANG DIJODOHKAN ALLAH KEPADA KITA.

" Kalau pun telah ditetapkan dia tiada untukku di dunia ini, ataupun ku bertemu dengan dia hanya di usia senjaku, aku mohon kepadaNya agar diriku terpelihara dari tipu daya dan fitnah dunia, serta dikurniakan kepadaku kekuatan dan ketabahan hati, kesabaran dan keredhaan dalam menerima dan melalui segala ketentuanNya....kerana DIA Maha Tahu apa yang terbaik untukku...mungkin juga kekal bersendiri itu baik untukku... "

No comments:

Post a Comment