Wednesday, May 30, 2012

SOMETIMES...

Sometimes, when the world's not on your side

You don't know where to run to

You don't know where to hide.

You gaze, at the stars in the sky

At the mountains so high

Through the tears in your eyes.

Looking for a reason,

to replace what is gone.

Just remember, remember

That you are never alone.

You are never alone (you are never alone)

Just reach into your heart

And Allah is always there.

You are never alone (you are never alone)

Through sorrow and through grief

Through happiness and peace

You are never alone.

So now as you long for your past

Prepare for your future

But knowing nothings going to last

You see this life is but a road

A straight and narrow path

To our final abode

So travel well O Muslim

And Paradise will be your home

And always remember

That you are never alone.

KuCari Cinta Hakiki

Janji dan azamku
Kanku perataskan perbuatanku
Kanku singkatkan perbualanku
Kanku sukat gerak dan gayaku
Kanku pelihara kesucian dan maruah diriku
Tidakkanku terlalu murah senyumanku dengan mana-mana lelaki
ajnabi

Kerana tahu juaku mengerti
Wanita solehah itu dipandang dari peribadinya
Dilihat dari akhlaknya
Ditinjau dari lemah-lembutnya
Ditafsir dari susunan kata-katanya
Kegagahan wanita berdiri di atas teguh imannya
Dari sini wanita jua diriku diketahui segalanya
Pandanglah kataku
Renunglah dengan mata hatimu setulusnya
Selami dasar hatiku berbisiklah pada dirimu
Ambillah mutiara kata yang baik buat teladan
Tinggalkan kata-kataku yang menyimpang
dari landasan kebenaran
Seperti katamu yang kusemat di hatiku
Hati ini milik-Nya
Cinta ini kerana-Nya
Hidup ini semesti untuk-Nya
Pandangan mata selalu menipu
Pandangan akal selalu tersalah
Pandangan nafsu selalu melulu
dan pandangan hatilah yang hakiki
Ketika iman sudah menghiasi hati
dan kemanisannya mula dikecapi
Semua ujian tidak akan menggugat diri
Kesunyian kesedihan dan kekecewaan akan berganti
dengan keyakinan dan kesyukuran
Jika tidakku perhatikan hikmahnya dengan mata hati
Jika tidakku zuhud dalam pencarian cintaku
Jika tidak teguh mengukir senyum buat pengubat kerunsingan
Jika tidak seikhlas jiwa semurni sanubari memohon keampunanNya
Jika tidakku titiskan air mata keinsafan
Jika tidakku renung dan resapkan keyakinanku pada-Nya
Jika tidakku pasrah dengan ketentuan-Nya
Mana mungkin kudambakan kasih-Nya dalam iman?
Bagaimana pula bolehku harap redha dari-Nya

Ciri wanita solehah idaman lelaki...

MENCARI calon isteri bukanlah suatu perkara mudah seperti membeli barang di pasar atau pasar raya. Setiap orang inginkan bakal isteri yang sempurna dalam banyak perkara. Islam sendiri menggariskan beberapa ciri dalam memilih calon isteri bagi kebahagiaan yang berkekalan.

Nabi Muhammad SAW ketika ditanya oleh para sahabat mengenai ciri wanita idaman yang diperlukan oleh seorang suami, Baginda menjawab, “Wanita yang menyenangkannya ketika dilihat. Wanita yang mentaatinya ketika disuruh dan wanita yang tidak mengkhianatinya (tiada curang). “Dan, wanita yang tidak mengkhianati hartanya pada perkara yang dibenci.” (Riwayat Abu Daud dan Nasaii)

Dalam hadis lain, Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya, “Sebaik-baik wanita ialah sesiapa yang dapat menggembirakanmu apabila dilihat, mentaatimu apabila disuruh dan menjaga dirinya serta hartamu apabila kamu tiada.” (Riwayat A-Tabrani)

Sifat yang perlu diberi keutamaan mencakupi raut wajah yang menyenangkan, akhlak baik terhadap suami, amanah dan setia. Raut wajah yang menyenangkan meliputi dari semua segi iaitu kecantikan, senyuman dan tutur kata ketika berbicara. Faktor sedemikian kerapnya sangat dititikberatkan oleh kebanyakan lelaki dalam soal memilih pasangan hidup.

Akhlak yang baik terhadap suami turut dititikberatkan dalam Islam ketika memilih calon isteri. Faktor ini bagi menjamin kerukunan rumah tangga. Isteri yang baik ialah isteri yang mentaati perintah dan suruhan suami sejauh mana ia tidak bertentangan dengan apa yang digariskan oleh Islam.

Satu lagi ciri dalam memilih calon isteri ialah amanah dan setia. Pada pandangan Islam, isteri yang amanah dan setia bolehlah disifatkan sebagai isteri yang baik dan solehah. Mereka dapat menjaga kehormatan diri dan harta suami sekalipun ketika ketiadaan suami di rumah.

Dalam satu hadis lain, Rasulullah SAW bersabda, “Nikahilah wanita dalam empat kategori: Hartanya, keturunannya, kecantikannya, agamanya. Pilihlah wanita yang mempunyai agama kerana dia akan menjagamu.” (Riwayat Shaihan). Hadis ini menggalakkan seseorang itu memilih isteri dari kalangan wanita yang mempunyai agama iaitu yang beragama Islam dan mengamalkannya.

Perkahwinan yang berdasarkan kepada kecantikan semata-mata tidak digalakkan oleh Islam. Seseorang itu perlu mengambil kira semua faktor sebagaimana maksud hadis di atas.

Kecantikan seseorang wanita tanpa disertai dengan akhlak baik, tidak akan menepati ciri-ciri wanita solehah. Hasil perkahwinan yang dilangsungkan atas dasar kecantikan paras rupa semata-mata berkemungkinan tidak mendatangkan kebahagiaan dan kegembiraan.

Dalam Islam, kecantikan tidak bermaksud hanya keelokan paras rupa saja, malah meliputi semua perkara. Kecantikan juga termasuk dalam soal akhlak, budi pekerti, kasih sayang dan persefahaman. Inilah yang dimaksudkan sebagai kecantikan sebenarnya, malah faktor inilah juga yang perlu diambilkira dalam memilih calon isteri.

Sabda Rasulullah SAW bermaksud, “Apabila Allah Taala mewujudkan dalam jiwa salah seorang dari kamu seorang wanita, maka lihatlah kepadanya. Sesungguhnya, dengan melihat akan memberi kebebasan kepada kamu berdua untuk berkasih sayang.”

Dalam riwayat lain pula daripada Mughairah bin Su’bah ketika dia ingin meminang seorang wanita dan dikhabarkannya kepada Rasulullah SAW, Baginda bersabda bermaksud, “Lihatlah dia! Sesungguhnya, dengan melihat akan memberi kepada kamu berdua kebebasan untuk berkasih sayang.” (Riwayat At-Tarmizi, Nasaii dan Ibnu Majah).

Hadis di atas, bersesuaian dengan kehendak Islam, kerana Islam menggalakkan seorang lelaki melihat muka dan dua tapak tangan seorang wanita sebelum memilihnya sebagai isteri. Dengan melihat sendiri barulah boleh dibuat penentuan sama ada berkenan atau sebaliknya dengan calon itu.

Sehubungan itu, wajah memainkan fungsi penting dalam pemilihan calon isteri. Ia boleh merangsangkan hubungan kasih sayang di antara suami dan isteri. Dengan cara ini, kekesalan pada kemudian hari tidak akan timbul. Kita juga perlu maklum, akhlak agama dan harta tidak dapat dinilai dengan pandangan, melainkan kecantikan saja yang dapat dinilai ketika itu.

Justeru, dalam memperkatakan mengenai status wanita idaman, agama sepatutnya menduduki tempat pertama, selepas itu barulah diikuti oleh kecantikan paras rupa.

Pada prinsipnya, Islam amat menitikberatkan kecantikan dalam pemilihan calon isteri. Namun begitu, ia dinilai selepas wanita itu memiliki agama dan mentaatinya. Menilai erti kecantikan ini barangkali ada perbezaan di antara seorang dengan seorang yang lain. Oleh itu, jalan yang dikira mudah ialah terserah kepada individu itu sendiri. Jika mereka tertarik dan cukup berkenan dengan raut muka, tingkah laku dan budi pekerti, wanita itu sewajarnya memadai dinilai di segi kecantikan dirinya.

Kecantikan isteri sebagaimana penilaian sendiri, dapat menambahkan kebahagiaan rumahtangga dan menambat hati suami. Kasih sayang di antara suami isteri akan menimbulkan kemesraan. Wanita yang mempunyai paras rupa baik dan menarik dianggap sebagai wanita mempunyai keberkatan. Ini bersesuaian dengan sabda Rasulullah SAW dalam hadisnya bermaksud, “Sesungguhnya, sebesar-besar keberkatan bagi seorang wanita ialah mereka yang mempunyai paras rupa dan rendah maharnya (mas kahwin).”

Sungguhpun demikian, perlu juga ditegaskan paras rupa yang menarik tiada bernilai jika tidak disertakan dengan agama dan akhlak.

Selain wanita beragama dan memiliki kecantikan, soal mas kahwin perlu diambil kira. Dalam Islam, wanita yang meminta mahar atau mas kahwin rendah (berpatutan) adalah dianggap wanita yang mendapat keberkatan. Sabda Rasulullah SAW bermaksud, “Sesungguhnya, sebesar-besar keberkatan bagi seorang wanita ialah mereka yang mempunyai paras rupa dan rendah mahar (mas kahwinnya).”

Wanita yang meminta mas kahwin berpatutan menjadi wanita idaman kepada kebanyakan lelaki. Ini kerana secara simboliknya ia memperjelaskan sikap wanita yang tidak mementingkan harta, malah lebih penting lagi mencerminkan sikap wanita itu sendiri tidak tamak, sebaliknya pandai berjimat cermat dalam urusan rumah tangga.

Bagi wanita yang meminta mas kahwin tinggi, mereka akan sentiasa mementingkan harta dan kedudukan. Pada mereka, wang adalah kesayangan mereka yang utama berbanding suami sendiri. Oleh kerana mementingkan harta, mungkin suaminya akan sentiasa didesak untuk menyediakan setiap kemudahan dan kesenangan tanpa memikirkan keupayaan suami. Jika keadaan seperti ini berlaku, si suami pasti akan tertekan dan kecewa oleh sikap isteri yang tidak mahu memahami hakikat keupayaan suami.

Wanita yang boleh melahirkan zuriat adalah menjadi wanita idaman oleh hampir setiap lelaki, walaupun tidak dapat dikatakan secara keseluruhannya. Wanita yang dapat melahirkan zuriat juga tergolong dalam kelompok wanita mendapat keberkatan. Sabda Rasulullah SAW bermaksud, “Kahwinilah wanita yang manja dan tidak mandul!” (Riwayat Abu Daud dan Nasaii).

Wanita yang boleh melahirkan zuriat adalah wanita yang menjadi pilihan untuk dijadikan isteri, kerana dalam sesebuah perkahwinan anak yang dilahirkan itu dapat menjadi pengikat atau penambat kasih sayang dan kerukunan rumahtangga.

Rasulullah SAW juga berbangga mempunyai umat ramai. Justeru, adalah perlu lelaki Muslim memilih calon isteri yang berketurunan boleh melahirkan zuriat, kerana dengan adanya anak boleh menambahkan ikatan kasih sayang di antara suami isteri.

Wanita idaman yang disukai oleh ajaran Islam, ialah wanita yang pandai menguruskan rumah tangga. Pandai menguruskan rumah tangga termasuk menjaga hak dan harta suami, sayang terhadap anak-anak dan pandai pula mendidik mereka. Kasih seorang ibu bukan hanya melayani kehendak anak semata-mata, malah perlu memberikan didikan sempurna khususnya didikan agama.

Sebagai kesimpulan dapatlah dikatakan, jika wanita yang dikahwini mempunyai ciri atau faktor seperti dibincangkan, sementara suami pula ialah lelaki beragama dan benar-benar mengamalkannya, insya Allah, rumahtangga yang dibina tiada banyak halangan untuk memperolehi kebahagiaan dan keberkatan dalam kehidupan berkeluarga.

Kurniakan Aku PetunjukMu...

‘Ya Allah, ampunkan dosa-dosaku, dosa-dosa kedua ibubapaku, dosa guru-guruku, dan dosa sahabat-sahabatku. Selamatkanlah kami daripada azab kubur dan nerakaMU. Ya, Allah, Kau pimpinlah hatiku ini dalam mencari rahmat dan redhaMu. Bantulah aku dalam membuat keputusan yang bakal merubah masa depanku. Ya Rahman, andai benar dia milikku, namanya yang tercatat di Luh Mahfuz menjadi pasanganku, dirinya yang telah Kau suratkan menjadi pembimbingku, maka Kau bukalah pintu hatiku untuk menerimanya. Tenangkan hatiku andai keputusanku ini benar, dan berikan petunjukmu agar aku tidak tersasar dari jalanMu Ya Robb. Namun, andai bukan dia yang sepatutnya aku dampingi, maka jauhikan aku dari dirinya, kuatkan hatiku untuk menerima ketentuanMu. Kerana aku yakin, Kau Maha Mengetahui apa yang terbaik buat hambaMu yang hina ini. Amiinn..’

Teman & Cinta

Teman.. Pernahkah kamu merasa satu ketika, kamu ditemukan dengan seseorang yang benar-benar satu kepala denganmu, sehingga kamu merasa dia sebagai teman sejiwamu, tapi kamu harus merasakan penderitaan yang teramat sangat kerana bagaimanapun ‘dia bukan untukmu?
Teman.. Pernahkah kamu ingin menangis sekuatnya dan membiarkan seluruh dunia mengetahui betapa dalamnya luka di hatimu ketika ‘dia yang bukan untukmu’ bagaimanapun juga tak akan boleh kamu lenyapkan dari hati dan fikiranmu?
Teman.. Pernahkah kamu ingin berteriak melepas semua beban dari hatimu namun ‘dia yang bukan untukmu’ itu berada semakin kuat dalam hatimu?
Teman.. Pernahkah kamu begitu merindukannya, bahkan dalam tidurmu kamu masih dan tetap merindukannya walaupun hampir setiap hari kau tahu kamu boleh berjumpa dengan ‘dia yang bukan untukmu’ itu?
Teman.. Pernahkah kamu terus dan terus berusaha untuk menjaga hatimu dan mengisi relung jiwamu dengan terus ‘taqarrub Ilallah’ kerana walaupun kamu sedar bahawa semua ini telah digariskan oleh Allah Tuhan Sekalian Alam sebagai ujian bagimu, kerana Dia teramat menyayangimu?

I love Him..

In all my life,
I've never found
what I couldn't resist,
what I couldn't turn down.
I could walk away
from anything
I've ever known,
but I can't walk away from you.
When you say "never",
I'll say "lie".
When you say "always",
I'll say "true".
When you say "love",
I'll say "you".  

Its not gonna be easy.
Its not gonna be hard.
And were going to have
to work at this everyday.
But i want to do that
because i want you.
I want all of you,
forever, everyday.

Falling IN love...

The more you hide your feelings for someone,
the more you fall for them.
When two people
meet and fall in love,
there's a sudden rush of magic.
Magic is just naturally present then.
We tend to feed on that
gratuitous magic without striving
to make any more.
One day we wake up
and find that
the magic is gone.
We hustle to get it back,
but by then
it's usually too late,
we've used it up.
What we have to do
is work like hell
at making additional magic
right from the start.
It's hard work,
but if we can remember to do it,
we greatly improve
our chances of making love stay.
Falling in love is easy,
staying in love is hard,
and letting go is the hardest part
Don't fall in love
with somebody
who dosn't love you back
A man falls in love
through his eyes,
a woman
through her ears.
No one is perfect
until you fall in love with them.
It is never too late
to fall in love.
To fall in love
you have to be
in the state of mind for it to take,
like a disease.
True love is when
you put someone on a pedestal,
and they fall -
but you are there
to catch them.

Love is like water;
We can fall in it.
We can drown in it.
And we can't live without it.
Any people
when they fall in love
look for a little haven
of refuge from the world,
where they can be sure
of being admired
when they are
not admirable,
and praised
when they are not praiseworthy.
To love means to commit
oneself without guarantee,
to give oneself
completely in the hope
that our love will produce love
in the loved person.
Falling in love is like jumping off a cliff ,
it doesn't hurt till the end.

Romantic Love Words

I have loved to the point of madness;
That which is called madness,
Love isn't all smiles and laughs
for the moment;but crying and fighting for
what you believe is right and will last forever
For everything you have missed,
you have gained something else,
and for everything you gain,
you lose something else.
There are only three things
to be done with a woman.
You can love her,
suffer for her,
or turn her into literature.

Missing you is like
being lost in a black and white world;
everything seems so faded and lonely.
Believe me,
I can't help but love you,
and if I said too much,
sorry, but I don't
regret a single word.
It takes only a minute
to get a crush on someone,
an hour to like someone
and a day to love someone
- but takes a lifetime to forget someone

mEANINGFUL...

Sometimes, no matter
how much faith we have,
we lose people.
But you never forget them.
And sometimes,
it's those memories

that give us the strength to go on.

Monday, May 28, 2012

Cinta dan Kasih Sayang Allah buat hambanya...

Kebanyakkan umat Islam hari ini, ingin lari dan Allah atau menjauhkan diri dari kasih sayang Allah. Kasih sayang Allah amat hampir kepada semua orang muslim cuma kita yang tidak mahu merenung, memerhati dan menghayati setiap sesuatu yang diberikan kepada kita. Antara pengalaman yang boleh kita renung sebagai menunjukkan kasih sayang Allah dan hampirnya Allah kepada kita supaya boleh dijadikan iktibar dan mungkin juga pernah berlaku dalam kehidupan kita dahulu, aitu:
1.Ada orang yang berdosa, segena dikabulkan o!eh Allah doanya Ada doa yang ditunda sesuai dengan kegunaan dar kemantapannya.
2.Ada pula doa yang dialihkan seperti tenhindarnya seseorang atau ahli keluaRga dan bahaya, keRugian, bencana, fitnah dan kematIan.
3. Ada orang berharap mendapat harta benda yang melimpah .kekayaan, tetapi Allah kunniakan anak yang soleh kenana jika diberi harta atau kekayaan kepada seseorang itu mungkmn akan lupa daratan.
4.Ada oRang yang minta kedudukan atau pangkat, tetapi Allah alihkan kepadanya menjadi orang yang berilmu pengetahuan kerana jika pangkat yang dikejar akan mendatangkan kesombongan
5. Ada orang yang ditimpa kesusahan dan tiada orang tidak ingin membantunya, tetapi Allah datangkan pertolongan-Nya melalui banyak lagi, perkara yang menunjukkan betapa hampirnya Allah kepada manusia dan tiada halangan yang menyekat hubungan itu.
Sejauhmanakah kita berusaha untuk mendekatkan diir kita kepada Allah tanpa meletakkan sebarang syarat dan berupaya menahan godaan nafsu yang sentiasa membendung diri manusia daripada mencari kebenaran dan hidayah Allah.
Jangan sampai nyawa hampir terkorban, barulah kita ingin kembali kepada keinsafan.

Kenapa penlu tunggu hingga saat yang kita ingin tentukan? Pupuklah rasa cinta kepada Allah tanpa bertangguh-tangguh kerana kita akan berhadapan dengan Pencipta kita bila masanya kita dipanggil dan dihadapkan ke hadapan-Nya. Tiada apa yang boleh membantu kita kecuali amalan yang sudah kita tanam di dunia dan hasilnya akan kita tuai di akhirat. Berpadalah dengan dunia dan rebutlah kasih sayang Allah dengan kemampuan diriagar tenselamat kita di dunia dan akhirat.

Doa-doa dari Al Quran

Doa-Doa Dari Ayat Suci Al-Qur’an

أدعية من القرآن الكريم
________________________________________

1- (رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ) [البقرة/201]

" Dan di antara mereka pula ada yang (berdoa dengan) berkata: "Wahai Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat, dan peliharalah kami dari azab neraka (2/201) ".

2- (رَبَّنَا أَفْرِغْ عَلَيْنَا صَبْرًا وَثَبِّتْ أَقْدَامَنَا وَانصُرْنَا عَلَى الْقَوْمِ الْكَافِرِينَ) [البقرة/250]

" Dan apabila mereka (yang beriman itu) keluar menentang Jalut dan tenteranya, mereka berdoa dengan berkata: "Wahai Tuhan kami! Limpahkanlah sabar kepada kami, dan teguhkanlah tapak pendirian kami serta menangkanlah kami terhadap kaum yang kafir (2/250) "

3- (رَبَّنَا لاَ تُؤَاخِذْنَا إِن نَّسِينَا أَوْ أَخْطَأْنَا رَبَّنَا وَلاَ تَحْمِلْ عَلَيْنَا إِصْرًا كَمَا حَمَلْتَهُ عَلَى الَّذِينَ مِن قَبْلِنَا رَبَّنَا وَلاَ تُحَمِّلْنَا مَا لاَ طَاقَةَ لَنَا بِهِ وَاعْفُ عَنَّا وَاغْفِرْ لَنَا وَارْحَمْنَا أَنتَ مَوْلاَنَا فَانصُرْنَا عَلَى الْقَوْمِ الْكَافِرِينَ) [البقرة/286]
"Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. Mereka berdoa dengan berkata): "Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami ! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami, dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir (2/286) ".

4- (رَبَّنَا لاَ تُزِغْ قُلُوبَنَا بَعْدَ إِذْ هَدَيْتَنَا وَهَبْ لَنَا مِن لَّدُنكَ رَحْمَةً إِنَّكَ أَنتَ الْوَهَّابُ) [آل عمران/8]

Mereka berdoa dengan berkata: Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau memesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami limpah rahmat dari sisiMu; sesungguhnya Engkau jualah Tuhan Yang melimpah-limpah pemberianNya (3/8) ."

Love is..

Love is a burning desire,
That makes your heart light on fire,
Love is being with you,
Someone saying I love you too,
Love is your tender kiss,
Something you don't want to miss,
Love is you and me,
And that is all I see.
Love is like a bed of roses, there are many thorns. The path to true happiness lies in learning to avoid the thorns, while enjoying the roses.


IN LOVE...

Love me without fear
Trust me without questioning
Need me without demanding
Want me without restrictions
Accept me without change
Desire me without inhibitions
For a love so free...
Will never fly away.

I love you not as something private and personal, which is my own, but as something universal and worthy of love which I have found.......

Ukuran Cinta Kepada Ilahi....

CINTA adalah penawar. Barang siapa yang hatinya kosong tanpa cinta, nescaya pelbagai penyakit akan bersarang di dalamnya. Cinta adalah kehidupan, kerana hidup seseorang anak manusia bermula daripadanya.


Manusia memerlukan cinta untuk tetap bertahan. Manakala, jiwa yang kekeringan cinta bagaikan tercabut roh daripada jasadnya. Berjalan tanpa perasaan, berfikir tanpa keindahan, bosan dan hampa.

Dijadikan indah pada pandangan manusia rasa cinta yang boleh memuaskan nafsu dan syahwatnya. Cinta adalah fitrah yang dibekalkan untuk manusia. Cinta perlu diatur dengan baik, bukan dibiarkan mengganas hingga menyebabkan lupa kepada hakikat kehidupan.

Apakah ubat bagi orang yang tertekan, putus asa dan rasa dirinya tidak berguna? Jika kita tersungkur angkara musibah, siapakah yang patut dicari?

Di manakah ketenangan diperoleh? Manusia amat memerlukan Penciptanya Yang Maha Mengetahui selok-belok dirinya. Jika dia sakit, ubatnya ada pada Allah Taala, yang dapat menurunkan setitis rahmat di hati yang tenat.

Mengapa hati rasa sempit, dada rasa sesak, segenap jasad tak mampu menahan beban berat jika rahmat Allah Taala itu lenyap?

Rasulullah SAW bersabda bermaksud: “Sesungguhnya Allah memiliki seratus rahmat, Dia menurunkan satu rahmat daripada-Nya untuk manusia, jin, serangga dan binatang. Dengan satu rahmat itu mereka saling berkasih sayang. Dengan satu rahmat itu binatang buas mengasihi anaknya. Dia menangguhkan lagi kurniaan sembilan puluh sembilan rahmat, dengan itu Dia akan merahmati hamba-Nya pada hari kiamat.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Betapa berharganya nilai setitis rahmat. Keamanan dan kedamaian menjelma di serata dunia. Bagaimanakah dalaman rumah kita? Apakah rahmat Allah turun ke atasnya? Rahmat yang mencelupkan dua jiwa suami dan isteri pasti akan melahirkan anak yang salih. Rahmat yang hidup di hati seorang ayah akan menjadikannya mampu mendidik ahli keluarga dengan iman. Rahmat yang menitis di jiwa seorang ibu akan menjadikannya rela mengorbankan jiwa raganya untuk kebahagiaan keluarga. Akhirnya kita semua perlu menyedari bahawa kebencian dan suasana huru-hara yang berlaku berpunca daripada jiwa orang yang kekeringan rahmat Allah Taala.

Mungkinkah kita mendapat rahmat Allah jika kita tidak berusaha mengenal-Nya? Tak kenal maka tak cinta. Suatu ungkapan yang mudah untuk difahami. Namun, amat berat diamalkan. Mengenali Allah sebagai Penguasa ke atas diri kita. Yang menggenggam ubun-ubun makhluk-Nya dengan mudah dan akan menyentapnya apabila Dia berkehendak. Mengenal Allah dengan hati dan akal. Meneliti dan mencari penyebab kenapa Dia Yang Maha Pencinta layak untuk dicintai?

Allah Taala yang mengatur hidup kita, melimpahi hari yang kita lalui dengan nikmat-Nya. Semuanya itu tidak mampu disenaraikan kerana terlalu berharga. Tidak sesiapapun mampu membeli kebahagiaan jika Allah tidak mahu mengurniakan untuknya. Bagaimana hendak membayar nikmat kesihatan jika Allah tidak sudi menyembuhkan? Mungkinkah cita-cita dan impian akan tergenggam apabila Dia Yang Maha Mencipta berkehendak lain daripada apa yang kita inginkan. Diri kita tak penting bagi-Nya, ada dan tiadanya kita tidak mengurangi kebesaran-Nya. Dialah Allah yang kita kenali melalui bekas-bekas nikmat-Nya yang ada pada diri kita.

Perkenalan ini membuahkan cinta yang amat mendalam dan begitu hebat menguasai hati kita, seperti firman-Nya bermaksud: “Dan di antara manusia ada yang mengambil tandingan-tandingan selain Allah, mereka mencintai tandingan-tandingan Allah itu seperti mereka mencintai Allah, sedangkan orang yang beriman amat sangat kuat cintanya kepada Allah.” (Surah Al-Baqarah, ayat 165)

Jika cinta sudah dimiliki, sudah semestinya dia sanggup diuji. Dengan hati dan akal, kita belajar mengatasi ujian cinta Ilahi. Ia menjadi ketentuan yang wajib dijalani bagi hamba-Nya yang mengaku beriman, kerana mungkin cintanya itu sekadar berpura-pura.

Semakin berat ujian yang diterima maka semakin tinggi tahap kecintaannya kepada Allah. Sabda Baginda SAW bermaksud: “Sesungguhnya Allah Taala apabila mencintai hamba-Nya maka Dia mengujinya.” (Hadis riwayat al-Tirmizi)

Maka terjawablah persoalan kedudukan manusia yang mencintai Allah lebih hebat daripada kedudukan malaikat. Malaikat Allah tidak diuji seperti manusia diuji dalam membuktikan cintanya kepada Allah Taala.


Antara perkara paling berharga dalam kehidupan ini adalah persahabatan yang ikhlas. Ia tidak mudah untuk dimiliki melainkan oleh mereka yang ikhlas mahu mewujudkannya. Jika Allah mencantumkan hati manusia tiada siapa boleh menghalangi mereka mengecapi nikmat persahabatan itu.

Antara akhlak persahabatan yang paling rendah ialah sedia memaafkan saudara kita, manakala yang tertinggi pula, menolong sepenuh hati jika dia memerlukan kita untuk berada di sisinya. Sahabat yang terbaik adalah mereka yang bersungguh-sungguh mengajak kita mengecapi kasih sayang hingga ke akhirat. Sahabat di dunia dan akhirat menjadi slogan yang indah dan tak terlupa. Hanya dengan ikatan itu kita mampu mengecapi rahmat Allah bersama saudara seiman.

Inilah kehidupan...

Kesenangan yang datang tak akan selamanya
Begitulah selepas susah ada kesenangan
Seperti selepas malamnya datanglah siang
Oleh itu waktu senang jangan lupa daratan
Gunakan kesempatan untuk kebaikan
Sebelum segalanya terlepas dari genggaman
Kelak menyesal nanti tak berkesudahan
Apa gunanya sesalan hanya menekan jiwa
Jangan difikir derita akan berpanjangan
Kelak akan membawa putus asa pada tuhan
Ingatlah biasanya kabus tak berpanjangan
Setelah kabus berlalu pasti cerah kembali
Ujian adalah tarbiah dari allah
Apakah kita kan sabar
Ataupun sebaliknya
Kesenangan yang datang selepas kesusahan
Semuanya adalah nikmat dari tuhan

cINTAKu...

" Sekalipun cinta telah ku huraikan dan ku jelaskan panjang lebar..
jika cinta ku datangi aku jadi malu dengan keterangan ku sendiri,
meskipun lidah ku pun telah mampu menghuraikan namun tanpa lidah cinta ternyata lebih terang..
sementara pena begitu tergesa-gesa menuliskannya,
kata-kata pecah berkeping-keping begitu sampai kepada cinta
dalam menghuraikan cinta, akal terbaring tak berdaya..
seperti keldai terbaring dalam lumpur....
 
cintailah sendiri yang menerangkan cinta dan yang tercitra.."

Merawat Hati yang Luka

Apa yang disarankan seperti berzikir, berselawat, baca Al-Quran dan perlu disertakan dengan lidah, hati dan perlakuan. Antaranya rasa kehambaan, rasa bertuhan dan fahami akan takdir. Bukan hanya disebut pada lidah tapi tiada penghayatan di hati dan lakunya. InsyaAllah mendatangkan ketenangan di hati.

Sedia memaafkan dan melupakan atas sebarang kesilapan seseorang. Not only 'forgive yes but forget not' itu yang membuatkan apa yang berlaku masih bersarang di hati dan ini akan memberi kesan negatif kepada minda.

Sedia terima' aku adalah hambaNya dan sememang layak untuk aku menerimanya'. Terimalah apa yang ditakdirkan ke atas diri. Siapalah diri untuk melawan, menolak dan apa-apa sahaja. YA aku LAYAK untuk dugaan itu.

Dengan ujian membuatkan kita KUAT
Dengan ujian membuatkan kita TABAH
Dengan ujian boleh memotivasikan diri...

Saturday, May 26, 2012

Acres of Diamonds Movie

Acres of Diamonds Movie: Right now we all live in a time of infinite abundance and a wealth of possibility. Each of us is right in the middle of our own "Acre of Diamonds", if only we would realize it and develop the ground we are standing on before charging off in search of greener pastures.

Never Give Up Movie

Never Give Up Movie: We cannot place limits on what we are capable of doing, because we often don't know our own potential. Arthur Boorman was a disabled veteran of the Gulf War for 15 years, and was told by his doctors that he would never be able to walk on his own, ever again. They were wrong...

Saat Ini...

kadang kala ..
ada rasa dalam hati
namun semuanya tidak sejalan
seperti selalu dia menutup diri
untuk mengerti diri ini
harus ada kehilangan

saat ini...

kadang kala..
ingin kembali membina rasa
menghayati sebuah perasaan
namun dia seperti tertahan
atau mungkin..
dia tidak ingin lagi
mengungkapkan sesuatu kepada aku
atau mungkin...
dia memang ingin
membiarkan setiap ruang
menjadi kosong

saat ini....

Best Thing...


Cinta....oh Cinta...

CINTA

Suatu perkataan yang malu untuk mulutku lafazkan. Satu anugerah Allah yang tidak terhingga.
Carilah Cinta Allah dengan redha Ibubapa.Walau sejauh mana cintamu kepada insan bergelar lelaki,walaupun baik dan soleh dipandanganmu,ingatlah perasaan CINTA itu dipinjamkan sementara kepada mu dari Allah.Kepada Allahlah segalanya kau perlu pasrahkan.

Ketahuilah sahabat muslimahku,
Pasti dirimu lebih cantik dipandangan Allah dengan redha Allah.
Biarlah penduduk bumi ini tidak mengenalmu,Namun ketahuilah sahabatku penduduk langit sentiasa menyebut namamu.Subhanallah.
CINTA yang kau kejar tidak akan kemana jika tidak dilandaskan atau bermatlamatkan dengan "NIKAH:.
SEMOGA KITA SAMA2 DIBERIKAN KEMUDAHAN DALAM MENCARI KEKASIH HALAL YANG DIJODOHKAN ALLAH KEPADA KITA.

" Kalau pun telah ditetapkan dia tiada untukku di dunia ini, ataupun ku bertemu dengan dia hanya di usia senjaku, aku mohon kepadaNya agar diriku terpelihara dari tipu daya dan fitnah dunia, serta dikurniakan kepadaku kekuatan dan ketabahan hati, kesabaran dan keredhaan dalam menerima dan melalui segala ketentuanNya....kerana DIA Maha Tahu apa yang terbaik untukku...mungkin juga kekal bersendiri itu baik untukku... "

Mencari Teman....

Dalam hidup yang penuh berliku ini, aku adalah seorang hamba Allah yang tidak kuat untuk menempuh semuanya secara bersendirian.. mungkin ada yang akan berkata Allah sentiasa bersama kita.. namun aku adalah manusia biasa yang terlalu tipis imannya.. aku perlukan seseorang untuk meluahkan apa yang aku pendam.. ya aku telah jumpa dengan pelbagai manusia menasihati diriku ini, namun pabila mereka menghilang, aku merasakan diriku keseorangan kembali..sepi tanpa sesiapa seseolah dunia kelamku rasakan .......


kadang kesepian yang mendalam secara tiba-tiba menyerbu juga walau kita ramainya kawan..

mungkin kesepian itu mesej dari tuhan untuk merenung sejenak..

kadang demi menyedapkan hati, kita berkata "Allah sentiasa bersama"

mungkin tanpa sedar, kata-kata itu yang paling menyedapkan hati dan jiwa..

kadang terasa ujian terlalu tebal sedangkan iman terasa nipis

mungkin kerana ujian itulah kenal lawan dan kawan

mungkin kerana ujian itulah muhasabah sentiasa bersama tuhan

kadang terasa perlunya seseorang demi apa yang dipendam..

mungkin tanpa sedar ketika itu sifat lemah insan masih dipegang

mungkin ketika itu tanpa sedar, fitrah masih membajai jiwa...

alhamdulillah

kadang lemah saat hilang teman bicara hati..

mungkin hilang mereka bersama harapan membangun kembali..

mungkin hilang mereka kerana harapan mereka untuk kita..

mungkin hilang mereka demi bangun generasi lain..

mungkin hilang mereka buat kita sedar akan adat yang fana

akan berpisah..

akan sepi..

" tapi melangkah dengan senyum dan tabah lebih bererti dari segala mungkin diatas.."

Ujian Allah Itu Indah

Masihkah kita ingat?
Sewaktu kita bergelar kanak-kanak..
Kita mengamuk apabila barang mainan yang dihajati tidak kita miliki..
Kita rasa.. itulah suatu yang paling menyakitkan seumur hidup kita..
 

Sewaktu kita bergelar seorang pelajar..
Failed exam itu paling memeritkan..
Lebih-lebih lagi setelah kita berusaha bersungguh-sungguh..
Kita rasa.. lebih baik x belajar andai resultnya seperti ini..
 

Tiada yang paling perit dan pedih bagi seorang remaja
Apabila cinta yang didamba gagal tuk dimiliki..
Apalah gunanya hidup apabila tiada insan dicintai di sisi..
Relaku mati daripada hidup sendiri..

 

Tiada nilai seorang graduan
tanpa kerja yang membanggakan..
Apalah guna belajar setinggi langit jika tidak mampu bergaji lumayan..
 

Apalah erti hidup andai tiada suami/ isteri di sisi..
Sakitnya hati tiada peneman di kala sunyi..
Penghibur di kala sepi..
Bagaikan di penjara ku sendiri..      
 

Inilah manusia..
Seringkali mengeluh..
Sedangkan kegagalan dan kejayaan merupakan rencah kehidupan..
Kita tidak pernah bersyukur dengan apa yang kita ada..
Dengan apa yang kita dapat..
Apa yang kita lihat hanyalah kegagalan..
Kejayaan tidak pernah kita syukuri..      


Kita tidak mampu mengelak..
Apatah lagi melarikan diri..
Kerana.. tanpa ujian kita tidak akan berjaya melalui step kehidupan seterusnya sebagai orang yang berjaya..

Tiada kejayaan tanpa kegagalan..
Tiada kemanisan tanpa kepahitan..

Marilah kita belajar untuk melalui semua step kehidupan kita tanpa berkeluh resah..
Lalui dugaan dan rintangan dengan hati yang tabah..

Siapa Kita Di Alam Maya

Ketika aku menyusuri hidup ini yang penuh dengan suka duka. Ku berhenti seketika ingin memuhasabah diri yang kerdil yang hina dina ini. Apa yang aku perasan sebenarnya..apa yang kita nampak zahirnya itu bukanlah secara totalnya tersirat di hati. Aku menyusuri sejenak hatiku yang jadi sarang identiti diri hina. Rupanya semakin banyak palit-palit zulumat yang singgah di takhta jasad ku ini. Zulumat yang lampau dan yang sedang berlaku serta yang bakal berlaku.Wallahu'alam

Aku perhati kawasan sekeliling..aku kembali muhasabah diri..aku pandang lagi sekeliling ku..kemudian aku pejamkan mata..melihat adakah aku juga termasuk di dalam golongan tersebut. Apa yang sedang berlaku..zahirnya..diri itu seperti seorang pejuang agama yang di segani di kalangan manusia sekelilingnya. Kata-katanya sering memberi peringatan untuk diri insan-insan yang alpa. Dirinya di sanjungi walaupun kemana dia pergi. Dirinya di cari ketika, dia tidak munculkan diri. Pergaulannya dikawal ketat, pakaianannya sentiasa sopan, tutur katanya begitu disusun, pandangannya sering ditundukkan..gayanya sangat zuhud. Namun...apabila dia berada di satu alam yang lain..iaitu alam maya..sebuah alam yang tiada manusia mampu melihatnya hanya Allah sahaja yang mengetahui apa yang di lakukan ketika ber'facebook', sms, ym.. Dia itu seperti sebuah layang-layang putus tali..di mana pergaulan yang di jaganya ketika dia berada di hadapan manusia seperti tidak pernah dia praktikkan ketika berada di alam maya. Ber'chatting' perkara yang sia-sia dan lagha..langsung tiada kaitan dengan agama menjadikan diri itu berchatting sehingga pagi dengan insan yang bukan muhrim..Tiada siapa yang tahu kan?? Jangan sangka tiada siapa yang tahu.. insan yang sering dipandang sebagai membawa agama Allah ini selalu di awasi gerak gerinya. Cuma kadang-kadang..perkara itu sering terlepas pandang.

Lebih menyedihkan..makin lama 'ukhwah' yang terbentuk di alam maya itu terjalin kini berputik pula bunga-bunga cinta yang fana..maka makin jauhlah diri itu daripada sang al-Khaliq..yang dahulunya..diri itu sering memberitahu bahawa Allah itu hanya matlamatnya... Maka..diri itu terus di buai indah sebuah angan-angan yang kosong. Maka tindakan insan-insan yang kita boleh katakan sebagai pembawa agama Allah ini dijadikan ikutan..ada yang berkata 'kalau dia boleh buat...kenapa kita yang 'biasa-biasa' ini tak boleh buat'..akhirnya islam terfitnah kerana kekhilafan kita..Astagfirallahalazim..istighfar..mohon keampunan..


Apa bezanya..kita di alam nyata yang boleh di lihat oleh mata-mata manusia dengan kita yang berada di alam maya..yang hanya boleh berhubung melalui sebuah teknologi yang bergelar laptop atau pc? Semakin ramai kini manusia mempunyai dua karakter yang berbeza..Niat tidak pernah menghalalkan cara. Yang haram itu jelas dan halal itu lagi jelas..Ingat wahai hamba..kita mampu menipu mata manusia namun tidak mungkin menipu pandangan Allah..


xxxxxxxxxx

Lalu..aku kembali menilai diri ku ini.. Seperti hamba-hamba yang lain..naluri itu tetap berada di sanubari ini. Kadang-kadang Dia datangkan ujian untuk kita. Namun tiada siapa yang hendak di persalahkan cuma yang penting diri sendiri menyesal dan tidak akan ulangi kesialapan yang lalu..Allah tahu yang terbak untuk kita..Dia biarkan kita lalai buat semetara waktu..tapi waktu yang Dia biarkan kita lalai itu..tidaklah sepanjang waktu yang Dia berikan kesedaran buat kita..Apabila Dia campakkan kesedaran itu semula..Hati ini terus kembali tertaut pada Dia yang Esa satu-satunya. Kesilapan lalu itu bukan tercipta untuk di tangisi dan di sesali..namun untuk di jadikan ikhtibar di masa akan datang..Teknologi tidak pernah salah namun diri kita sebenarnya yang salah membuat percaturan...wallahu'alam

Hawa...

Darilah tenggelam di lautan rindu
Biarlah ku terbang ke puncak cinta
Harum ku puja bagai harum syurga
Memungkinkan sepasang sayap Janna’im

Darilah tersungkur dicedera rindu
Biarlah ku hancur dimamah cinta
Harum kau hawa bagai harum syurga
Memungkinkan sekalung doa mustajab

Angan-angan menggunung sehingga ku terleka
Dalam senyumanmu aku tidak terkata
Angan-angan mendalam sehingga ku terlupa
Menghulurkan salam menjadi kata pembuka

Selepas hilang sinar gelap baru sinar berharga
Secepat hilang sinar gelap baru rindu cahaya
Secepat hilang siang malam baru siang bermakna
Selepas hilang siang malam baru cinta bersabda
Bagai hilang kau di mata
Baru kasih bergelora

ان الله جميل يحب الجمال
الدنيا متاع وخير متاعها المرأة الصالحة

"Sesungguhnya wanita yang solehah itu susah untuk di temui bagaikan berlian dalam kaca yang bertaburan,ramai wanita yang tahu hukum syarak tetapi masih ramai yang melanggarinya kerana mahu mengecapi nikmat dunia yang singkat….wanita solehah itu diimpikan setiap lelaki soleh.. "

You can be...

You can be whatever you want.  You can do whatever you want too. You can change whatever you want to change. And even you want to stick with previous also you can. In lay man thinking you have your rights to do so because of you are the owners. You have your own right to create your destiny but you are not an absolute owner….The great owner for all creatures in the world is only ALLAH…. Only HIM deserve to the title of Absolute Owner….

antara LEMAH dan LEMBUT wanita..

Ujar lelaki, wanita itu lemah
Ujar wanita, mereka adalah lembut
Antara lemah Dan lembut.....besar perbezaannya
Namun Ada yang tidak rela mengakuinya
Telah ditakdirkan ...kerana lembut wanita
Tidak gemar perbalahan.. Kecuali jika terpaksa
Lalu wanita pun diam

Diam seolah-olah menerima...
Dalam diam, wanita gigih melaksanakan kewajipan
Dalam diam ,wanita terus terusan bekerja
Di pejabat ...di rumah sebagai suri
Dari sebelum tercalit garis putih di subuh Hari


Hingga jarum jam tegak bertindih jari
Lelaki yang mengaku kuat .celik Mata sarapan sudah terhidang
Apabila pulang dari pejabat...di kerusi malas longlai terlentang
Isteri dikatakan lemah...bergelut di dapur memasak
Suami yang mengaku gagah...bersantai di hadapan TV tidak bergerak
Selesai memasak wanita menguruskan anak-anak
Menyapu sampah,mengemas rumah yang berselerak
Lelaki keletihan kerana memandu di jalan sesak
Berehat,menonton TV sambil tergelak
Dalam diam wanita dianggap lemah...terus berlumba dengan masa
Memandikan anak, melipat pakaian Dan membasuh baju

Kakitangan semua digerakkan dengan laju
Menyiram pohon-pohon bunga yang mulai layu
Sebelum solat Magrib untuk sujud... Menyembah yang Satu
Makanan dihidang selepas solat
Selesai kerja rumah,anak-anak diajar mengaji
Sedang suami tersadar semula seperti tadi
Sebagai isteri kesetiaan wanita sentiasa diuji
Dalam diam semua tugas rumah segera dibereskan
Lelaki terpelajar celik hati... Ingin menghapuskan diskriminasi
Lantang membela nasib wanita....
Memberi kesedaran supaya segera bangkit
Meminta lelaki jangan lagi memperlakukan wanita mengikut adap tradisi
Hukum agama telah terpapar

Tugas suami mengemas rumah,menjaga anak
Membasuh pakaian,menyediakan makanan
Jika suami tidak terdaya melakukannya
Seorang pembantu wajar disediakan
Lelaki yang hanyut dalam keasyikan
Tidak mampu menerima perubahan
Rela bertahan bagaimana jua
Asalkan cara hidup tradisi terus dinikmati
Dalam diam
Wanita yang sering dianggap lemah
Meneruskan hidup dalam segala kekuatan

'KeKaYaaN YaNg PaLiNg KaYa iaLaH AKAL,
KeMiSkiNaN YaNg PaLiNg BeSaR iaLaH JAHIL,
KeBuRuKaN YaNg PaLiNg HoDoH iaLaH SESAT'

Tak perlu mencari teman secantik BALQIS,
Jika diri tak seindah SULAIMAN,
Mengapa mengharap teman setampan YUSUF,
Jika kasih tak setulus ZULAIKHA,
Tak perlu diri menjadi seteguh IBRAHIM,
Jika tak sekuat SARAH,
Mengapa didamba teman hidup seistimewa KHADIJAH,
Jika diri tak sesempurna RASULULLAH S.A.W,

Tak guna Ada MATA kalau tak dapat MELIHAT,
Tak guna Ada HATI kalau tak tau MENILAI..... .

"Wahai tuhan ku tak layak kesyurgamu ...namun tak pula aku sanggup
keNerakamu.. ..kami lah hamba yang mengharap belas darimu ..."Ya allah
jadikan lah kami hamba-hamba mu yang bertaqwa..ampunkan dosa-dosa kami .kedua
ibubapa kami .dosa semua umat-umat islam yang masih hidup mahupun yang telah meninggal
dunia"

Kerana Dia Manusia Biasa

"Cinta yang indah adalah melalui pernikahan"
 


Setiap kali ada sahabat yang ingin menikah, saya selalu mengajukan pertanyaan yang sama. Kenapa kamu memilih dia sebagai suami/isterimu? Jawapannya ada bermacam-macam. Bermula dengan jawapan kerana Allah hinggalah jawapan duniawi. Tapi ada satu jawapan yang sangat menyentuh di hati saya. Hingga saat ini saya masih ingat setiap butir percakapannya. Jawapan dari salah seorang teman yang baru saja menikah. Proses menuju pernikahannya sungguh ajaib. Mereka hanya berkenalan 2 bulan. Kemudian membuat keputusan menikah. Persiapan pernikahan mereka hanya dilakukan dalam waktu sebulan saja. Kalau dia seorang akhwat, saya tidak hairan. Proses pernikahan seperti ini selalu dilakukan. Dia bukanlah akhwat, sebagaimana saya. Satu hal yang pasti,dia jenis wanita yang sangat berhati-hati dalam memilih suami. Trauma dikhianati lelaki membuat dirinya sukar untuk membuka hati. Ketika dia memberitahu akan menikah, saya tidak menganggapnya serius. Mereka berdua baru kenal sebulan. Tapi saya berdoa, semoga ucapannya menjadi kenyataan. Saya tidak ingin melihatnya menangis lagi. Sebulan kemudian dia menemui saya. Dia menyebutkan tarikh pernikahannya. Serta meminta saya untuk memohon cuti, agar dapat menemaninya semasa majlis pernikahan. Begitu banyak pertanyaan dikepala saya.
 

Saya ingin tahu! Mengapa dia begitu mudah menerima lelaki itu. Ada apakah gerangan? Tentu suatu hal yang istimewa. Hingga dia boleh memutuskan untuk bernikah secepat ini. Tapi sayang, saya sedang sibuk ketika itu(benar-benar sibuk). Saya tidak dapat membantunya mempersiapkan keperluan pernikahan. Beberapa kali dia menelefon saya untuk meminta pendapat tentang beberapa perkara. Beberapa kali saya telefon dia untuk menanyakan perkembangan persiapan pernikahannya. Kami tenggelam dalam kesibukan masing-masing. Saya mengambil cuti 2 hari sebelum pernikahannya. Selama cuti itu saya memutuskan untuk menginap di rumahnya. Pukul 11 malam sehari sebelum pernikahannya, baru kami dapat berbual -hanya-berdua. Hiruk-pikuk persiapan akad nikah esok pagi, sungguh membelenggu kami. Pada awalnya kami ingin berbual tentang banyak hal. Akhirnya, dapat juga kami berbual berdua. Ada banyak hal yang ingin saya tanyakan. Dia juga ingin bercerita banyak perkara kepada saya. Beberapa kali Mamanya mengetuk pintu, meminta kami tidur.

 "Aku tak boleh tidur." Dia memandang saya dengan wajah bersahaja.


Saya faham keadaannya ketika ini.

 
"Matikan saja lampunya, biar disangka kita dah tidur."

 
" Dia mematikan lampu neon bilik dan menggantinya dengan lampu yang samar.

 
Kami meneruskan perbualan secara berbisik-bisik. Suatu hal yang sudah lama sekali tidak kami lakukan. Kami berbual banyak perkara, tentang masa lalu dan impian-impian kami. Wajah keriangannya nampak jelas dalam kesamaran. Memunculkan aura cinta yang menerangi bilik ketika itu. Hingga akhirnya terlontar juga sebuah pertanyaan yang selama ini saya pendamkan. "Kenapa kamu memilih dia?" Dia tersenyum simpul lalu bangkit dari baringnya sambil meraih telefon bimbitnya dibawah bantalku. Perlahan dia membuka laci meja hiasnya. Dengan bantuan lampu LCD handphone dia mengais lembaran kertas didalamnya. Perlahan dia menutup laci kembali lalu menyerahkan sekeping sampul kepada saya. Saya menerima handphone dari tangannya. Sampul putih panjang dengan cop surat syarikat tempat calon suaminya bekerja. Apa ini?. Saya melihatnya tanpa mengerti.

 hihih..., dia malah ketawa geli hati.

 "Bukalah."

 Sebuah kertas saya tarik keluar. Kertas putih bersaiz A4, saya melihat warnanya.. putih? "Teruknya dia ni."


Saya menggeleng-gelengkan kepala sambil menahan senyum.

 Sementara dia cuma ketawa melihat ekspresi saya. Saya mula membacanya. Saya membaca satu kalimat diatas, dibarisan paling atas. Dan sampai saat inipun saya masih hafal dengan kata-katanya. Begini isi surat itu........

 

************ ********* *******


Kepada ...... Calon isteri saya, calon ibu anak-anak saya, calon menantu Ibu saya dan calon kakak buat adik-adik saya Assalamu'alaikum Wr Wb. Mohon maaf kalau anda tidak berkenan. Tapi saya mohon bacalah surat ini hingga akhir. Baru kemudian silakan dibuang atau dibakar, tapi saya mohon, bacalah dulu sampai selesai. Saya, yang bernama_____menginginkan anda______ untuk menjadi isteri saya. Saya bukan siapa-siapa. Saya hanya manusia biasa. Buat masa ini saya mempunyai pekerjaan. Tetapi saya tidak tahu apakah kemudiannya saya akan tetap bekerja. Tapi yang pasti saya akan berusaha mendapatkan rezeki untuk mencukupi keperluan isteri dan anak-anakku kelak. Saya memang masih menyewa rumah. Dan saya tidak tahu apakah kemudiannya akan terus menyewa selamannya. Yang pasti, saya akan tetap berusaha agar isteri dan anak-anak saya tidak kepanasan dan tidak kehujanan. Saya hanyalah manusia biasa, yang punya banyak kelemahan dan beberapa kelebihan.Saya menginginkan anda untuk mendampingi saya. Untuk menutupi kelemahan saya dan mengendalikan kelebihan saya. Saya hanya manusia biasa. Cinta saya juga biasa saja. Oleh kerana itu Saya menginginkan anda supaya membantu saya memupuk dan merawat cinta ini, agar menjadi luar biasa. Saya tidak tahu apakah kita nanti dapat bersama-sama sampai mati. Kerana saya tidak tahu suratan jodoh saya. Yang pasti saya akan berusaha sekuat tenaga menjadi suami dan ayah yang baik. Kenapa saya memilih anda? Sampai saat ini saya tidak tahu kenapa saya memilih anda. Saya sudah sholat istikharah berkali-kali, dan saya semakin mantap memilih anda. Yang saya tahu, Saya memilih anda kerana Allah. Dan yang pasti, saya menikah untuk menyempurnakan agama saya, juga sunnah Rasulullah. Saya tidak berani menjanjikan apa-apa, saya hanya berusaha sekuat mungkin menjadi lebih baik dari sekarang ini. Saya memohon anda sholat istiqarah dulu sebelum memberi jawapan pada saya. Saya beri masa minima 1 minggu, maksima 1 bulan. Semoga Allah redha dengan jalan yang kita tempuh ini. Amin Wassalamu'alaikum Wr Wbt

 
************ ********* *********
Saya memandang surat itu lama. Berkali-kali saya membacanya. Baru kali ini saya membaca surat 'lamaran' yang begitu indah. Sederhana, jujur dan realistik. Tanpa janji-janji yang melambung dan kata yang berbunga-bunga. Surat cinta biasa. Saya menatap sahabat disamping saya. Dia menatap saya dengan senyum tertahan.
 

"Kenapa kamu memilih dia.....?

 

"Kerana dia manusia biasa......." Dia menjawab mantap.

 

"Dia sedar bahawa dia manusia biasa. Dia masih punya Allah yang mengatur hidupnya. Yang aku tahu dia akan selalu berusaha tapi dia tidak menjanjikan apa-apa. Soalnya dia tidak tahu, apa yang akan terjadi pada kami kemudian hari. Entah kenapa, justeru itu memberikan kesenangan tersendiri buat aku.."

 

"Maksudnya?"
 

"Dunia ini fana. Apa yang kita punyai hari ini belum tentu esok masih ada dan menjadi milik kita. Betul tak? Paling tidak.... Aku tahu bahawa dia tidak akan frust kalau suatu masa nanti kami jadi miskin. "


Ssttt....."Saya menutup mulutnya.


Khuatir kalau ada yang tahu kami belum tidur. Terdiam kami memasang telinga. Sunyi. Suara jengkering terdengar nyaring diluar tembok. Kami saling berpandangan lalu gelak sambil menutup mulut masing-masing.

"Udah tidur. Esok kamu mengantuk, aku pula yang dimarahi Mama."


Kami kembali berbaring. Tapi mata ini tidak boleh pejam. Percakapan kami tadi masih terngiang terus ditelinga saya.

 "Tidur.....Dah malam." Saya menjawab tanpa menoleh padanya.


Saya ingin dia tidur, agar dia kelihatan cantik jelita esok pagi. Rasa mengantuk saya telah hilang, rasanya tidak akan tidur semalaman ini. Satu lagi pelajaran dari pernikahan saya peroleh hari itu. Ketika manusia sedar dengan kemanusiaannya.


Sedar bahawa ada hal lain yang mengatur segala kehidupannya. Begitu juga dengan sebuah pernikahan. Suratan jodoh sudah terpahat sejak roh ditiupkan dalam rahim. Tidak ada seorang pun yang tahu bagaimana dan berapa lama pernikahannya kelak. Pernikahan hanya dilandasi kerana Allah semata. Diniatkan untuk ibadah. Menyerahkan segalanya pada Allah yang membuat senarionya. Maka semua menjadi indah. Hanya Allah yang mampu menggerakkan hati setiap hamba-NYA. Hanya Allah yang mampu memudahkan segala urusan. Hanya Allah yang mampu menyegerakan sebuah pernikahan. Kita hanya boleh memohon keredhaan Allah. MemintaNYA mengurniakan barakah dalam sebuah pernikahan. Hanya Allah jua yang akan menjaga ketenangan dan kemantapan untuk menikah.

 

Jadi, bagaimana dengan cinta? Ibu saya pernah berkata, Cinta itu proses. Proses dari ada, menjadi hadir,lalu tumbuh, kemudian merawatnya. Agar cinta itu dapat bersemi dengan indah menaungi dua insan dalam pernikahan yang suci. Cinta tumbuh kerana suami/isteri (belahan jiwa). Cinta paling halal dan suci. Cinta dua manusia biasa, yang berusaha menggabungkannya agar menjadi cinta yang luar biasa. Amin.

 

Wallahu 'alam.


~~Sesungguhnya Setiap Rezeki Itu Datang Dari ALLAH S.W.T~~