Apabila seorang teman itu dilanda masalah, pastinya kita akan mencuba yang terbaik untuk menasihatinya,
memberi kata-kata penguat jiwa, meneguhkan yang lemah, menjernihkan yang keruh.
Begitu jua dengan diriku..
Tetapi kadang-kadang rasa tidak layak berbicara tentang perjuangan, tentangan kekuatan...
Aku tidak pernah mengharap kata-kata yang aku bicarakan tidak kira lah dalam SMS , mahupun warkah,
juga dunia blogging ini memberi kesan pada hati pembacanya kerana aku bukanlah seorang yang dilahirkan untuk menjadi motivator mahu pun pakar psikologi yang petah berbicara, lantang bersuara,
berkesan pada hati pendengarnya.
Tapi apa yang aku mahu hanyalah, setiap bait kalimah yang berunsur nasihat, mahupun provokasi itu
memberi kesan kepada diriku sendiri.
Meluncurnya kata-kata dari lidah yang bermadah, tangan yang gamat menekan kekunci telefon bimbit mahupun notebook, adalah kata-kata untuk diri sendiri.
Biarlah nasihat yang diberi untuk orang lain, adalah untuk diri sendiri.
Jika tiada kesan untuk orang lain, biarlah berkesan untuk diri sendiri.
Jika tiada bermakna untuk orang lain, biarlah bermakna untuk diri sendiri.
Jika tiada menguatkan orang lain, biarlah menguatkan diri sendiri.
Jika orang lain lupa, biar diri sendiri tiada lupa..
Bukan niat di hati untuk mementingkan diri sendiri tetapi sekadar memberitahu diri ini bahawa ia juga disayangi,
sekadar memberitahu diri ini, usah cemburu, tuanmu juga mengasihimu,
usah putus asa kerana tuanmu amat memerlukan kekuatanmu jua.
Ya..betapa aku ingin memberitahu diri ku ini bahawa aku cintakan ia..
Cintai diri, jauhilah dosa..
Cintai diri, peliharalah hati...
Diri ini adalah anugerah Ilahi...
Belajar mencintainya akan mengajar aku menjadi hamba yang bersyukur....
Monday, October 3, 2011
Wahai diriku...Aku mencintaimu...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment