Cinta...
Persoalan cinta memang tidak akan ada habisnya. Selagi manusia wujud selagi itulah cinta menjadi isu yang menarik untuk dibicarakan. Bukan setakat dibicarakan malah untuk dialami dan dinikmati. Sayangnya cinta tidak selalu dapat dinikmati. Ia datang bersama bahagia tetapi juga kadang-kadang bersama derita. Dek kerana itu, cinta sentiasa menarik untuk diperkatakan. Tatkala ia dalam keadaan yang menarik ia seronok untuk diceritakan, tatkala ia dalam keadaan mendukacitakan ia juga patut diceritakan. Malah cinta tatkala mengheret, ia sentiasa seronok untuk diperkatakan, oleh yang melihat apatah lagi yang sedang mengalami.
No comments:
Post a Comment