Thursday, October 20, 2011

iNDAHNYA saBAR...

Ujian yang Allah berikan bukan untuk menghukum atau membuat sesorang itu sengsara. Tanpa ujian umpama masakan tanpa garam... tawar...hambar. Begitulah kehidupan.
Datangnya ujian dari Allah boleh memberi kesedaran kepada kita betapa kehidupan yang kita lalui selama ini penuh kenikmatan dan kebahagiaan yang terhijab oleh kealpaan kita sendiri.
Mendengar penderitaan orang lain menyedarkan kita bahawa ujian yang Allah berikan pada kita taklah sehebat mana. Allah sendiri menjanjikan bahawa sesorang itu tidak akan diuji dengan ujian yang diluar kemampuannya.
Bersabarlah dengan ujian yang Allah berikan. Muhasabah dan perbaiki diri, Insya Allah akan ada jalan penyelesaiannya..

No comments:

Post a Comment