Bercakap tentang hati dan perasaan sudah pasti ia tentang cinta, biasanya orang yang di lamun cinta akan menjadi seorang yang puitis, tanpa sedar setiap ayat atau kata-kata yang keluar bagai satu puisi cinta. Adakah aku di dalam situasi yang sama, di mana setiap bibit-bibit kata berirama cinta? Itu aku tidak pasti, apa yang pasti, hati ini sudah terpaut pada seseorang yang baru aku kenali, adakah itu cinta, itu aku tidak pasti.. Namun setiap hari sering terfikirkan tentang dia, setiap cerita ingin aku selitkan tentang dia, setiap perumpamaan ingin aku umpamakan seperti dia.. Sungguhpun aku tidak berkata-kata, hati ku pasti menyebut dia.
Perasaan yang wujud dalam hati ini membuat aku takut, kerana aku sedang bermain dengan perasaan aku sendiri, aku takut aku hanya menari seorang diri, janggal sekali.
Di sini aku mencari kekuatan hati dengan mengadu pada Yang Satu, kerana Dia lebih mengenali ku, lebih dari yang lain nya, Dia yang mendengar setiap rintihan ku di waktu aku jatuh di tempat yang paling dalam, Dia bersama-sama dengan ku saat aku tidak mampu untuk berdiri. Ya Allah segala nya ku serah kepada Mu, aku berdoa yang terbaik pada pandangan Mu untuk diri ku, dan aku terima semua ketentuan Mu Ya Allah. Setiap hubungan yang terbina adalah kerana cinta ku kepada Mu Ya Allah, jika hubungan itu menjauhkan aku dari Mu, Kau jauhkan dia dari ku, tapi jika ia membuatku semakin dekat kepada Mu, satukanlah hati ini dengan satu ikatan yang Engkau redhai Ya Allah…
Hati ini milik siapa, cinta ini milik siapa.. sesungguhnya hati ini milik Allah dan cinta sejati adalah cinta pada yang Satu, terima kasih ku ucapkan pada mu Ya Allah atas kasih sayang yang telah Engkau berikan, setiap doa yang telah Engkau makbulkan, jika ingin di hitung setiap rahmat yang telah Engkau berikan pada ku, memang tidak terhitung oleh ku Ya Allah... Alhamdulillah Syukur pada Mu, Ya Allah, Maha Pengasih lagi Maha Penyayang......
Tuesday, October 11, 2011
Hati ini milik Siapa ?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment