Friday, October 14, 2011

Aku Ingin lari..

Untuk apa aku disini lagi
aku ingin lari
jauh..jauh..
kerana hati aku ingin lari
apa nak difikirkan lagi
kata hati kau lari..lari..

Namun dari sudut kecil
hati aku berbicara
jangan kau lari
kerana makin jauh kau lari hanya penat kau dapat
makin jauh kau tuju dia tetap mengejar
makin jauh kau pergi dia tetap mencari
usah kau lari

Aku termangu sendiri
nak ku lari?
tidak lagi
aku perlu sendiri mencari ketenangan yang hakiki
penuhi hati dengan zikir Ilahi
dan mungkin apa yang pasti
aku harus bangun lagi bukan untuk lari jauh
tapi untuk lari mendapatkan
KEREDHAAN ILAHI
agar hidup aku lebih bererti..

No comments:

Post a Comment