Kematian sememangnya menyedarkan manusia dari kelalaiannya dengan dunia yang fana, seterusnya menyemai rasa untuk bersedia menghadapi saat-saat tersebut dengan amal kebajikan. Ini kerana, kematian bukanlah bererti, kehidupan seseorang manusia tersebut akan berhenti secara mutlak, tetapi kematian bererti, bermulanya sebuah kehidupan baru baginya di alam yang lain, dan kehidupan tersebut merupakan sebuah kehidupan yang abadi. Kebahagiaan atau kecelakaan seseorang di alam selepas mati tersebut, bergantung kepada amalannya sewaktu dia hidup di dunia ini.
Semestinya manusia akan lebih bersikap lebih dewasa apalagi kalau memang usianya sudah dewasa kerana semakin bertambah umur semakin dekat pula dengan kubur.....
Kematian itu rahsia Allah SWT supaya kita manusia sentiasa beringat dan bersedia untuk kembali kepada~Nya dengan berbekal.....
No comments:
Post a Comment