maafkan segala manusia nescaya hatimu tenang dan sejahtera,
maafkan segala kesilapan manusia nescaya kamu menyedari kesilapan sendiri
maafkan kesilapan manusia barulah kamu menginsafi keburukan dosa
maafkanlah manusia moga kamu akan beroleh pahala dan kebahagiaan.
Sunday, October 30, 2011
Maafkan...
Mencari bahagia...
MANUSIA ingin hidup bahagia. Hidup tenang, tenteram, damai dan sejahtera. Sebahagian orang mengejar kebahagiaan dengan bekerja keras untuk menghimpun harta. Mereka menyangka bahawa pada harta yang melimpah itu terdapat kebahagiaan. Ada yang mengejar kebahagiaan pada takhta, pada kekuasaan. Bermacam cara dilakukan untuk merebut kekuasaan. Orang sakit menyangka, bahagia terletak pada kesihatan. Orang miskin pula menyangka, bahagia terletak pada harta kekayaan. Rakyat jelata menyangka kebahagiaan terletak pada kekuasaan.....
Bahagia itu tidak dapat diukur dengan mata kasar, kerana pandangan mata selalunya menipu. Namun, bahagia dapat dirasa di hati, boleh dikesan pada wajah. Sebaliknya jika tiada, hati boleh merasa dan tak mungkin ditipunya. ...
Terima Kasih Ya Allah...
Untuk menjadikan diri kita seseorang yang sentiasa berfikiran positif, adalah amat penting untuk kita menyedari kepentingan menyayangi diri kita sendiri. Kita perlu menghargai kesudian Allah untuk menciptakan kita sebagai salah seorang manusia yang pernah lahir dimukabumi Allah ini. Tanpa kesudian atau kehendakNya, kita tidak akan hadir dibumi ini untuk merasai segala apa yang telah kita rasakan selama ini. Kadangkala kita lupa dan tidak menyedari akan hakikat ini. Dengan menyedari bahawa penciptaan Allah terhadap diri kita adalah satu anugerah, maka dengan itu, wajiblah kita berterimakasih kepada Allah diatas anugerah kehidupan yang diberikanNya ke atas diri kita.
Muhasabah Diri...
ADAKAH ANDA SUDAH BERMUHASABAH HARI INI....
Sudahkah anda membaca Al-Quran hari ini ?
Sudahkah anda solat 5 waktu tepat pada waktunya?
Sudahkah anda membaca doa Al-Mathurat?
Adakah anda telah menyuruh kepada makruf?
Adakah anda telah mencegah mungkar?
Adakah anda sentiasa istiqamah hadir dalam Halaqah?
Adakah anda bangun untuk qiamullail?
Adakah anda solat sunat Rawatib?
Sudahkah anda bersedekah?
Adakah anda berusaha memperbaiki diri anda?
Sudahkah anda berpuasa sunat?
Adakah anda telah membaca sesuatu tentang Islam?
Adakah anda merasa anda dalam pemerhatian Allah S.W.T?
Adakah anda berazam untuk beristiqamah dengan Islam?
Sudahkah anda berusaha untuk menyebarkan fikrah Islam?
Adakah anda telah berdoa hari ini?
Adakah anda ingatkan diri untuk berjihad?
Sudahkah anda menziarahi sahabat, jiran dan komuniti sekitar?
Sudahkah anda menghafal ayat Al-Quran?
Sudahkah anda bersenam?
Adakah anda merasa ‘izzah menjadi seorang Islam dan Daie’?
Syukur dan Redha...
Setiap hari kita mengalami pengalaman hidup yang begitu indah. Tentu saja indahnya hidup ini tidak tercipta hanya dari yang perkara yang baik-baik saja. Hidup ini juga tercipta dari kesulitan-kesulitan hidup. Kerana itu, mari kita mensyukuri aneka pengalaman hidup ini. Kita mensyukurinya kerana aneka pengalaman itu mampu membentuk hidup kita seperti sekarang ini.Sentiasa berfikiran positif dan istiqamah...Semoga Allah memberkati. .
Mulakan...
Mulakan harimu dengan zikirullah,
Mulakan solatmu dengan a`uzubillah,
Mulakan doamu dengan alhamdulillah,
Mulakan kerjamu dengan bismillah,
Mulakan amalmu dengan ikhlas lillah,
Mulakan taubatmu dengan keinsafan,
Mulakan silaturahimmu dengan mahabbah fillah,
Mulakan keazamanmu dengan restu Allah,
Mulakan rumahtanggamu dengan mencintai kerana Allah,
Mulakan pekerjaanmu untuk mendapat keredhaan Allah,
KERANA PERMULAAN YANG BAIK
AKAN MENENTUKAN PENGAKHIRAN YANG MULIA .
Perjalanan menuju destinasi abadi...
Dunia tempat persinggahan sementara dan sebagai ladang akhirat tempat kita mengumpulkan bekal untuk menempuh perjalanan menuju negeri yang kekal abadi itu. Barangsiapa yang mengumpulkan bekal yang cukup maka dengan izin Allah dia akan sampai ke destinasi dengan selamat, dan barang siapa yang bekalnya kurang maka dikhuatirkan dia tidak akan sampai ke destinasi.....
Sebaik-baik bekal untuk perjalanan ke akhirat adalah takwa, yang bererti “menjadikan pelindung antara diri seorang hamba dengan siksaan dan kemurkaan Allah yang dikhawatirkan akan menimpanya, iaitu (dengan) melakukan ketaatan dan menjauhi perbuatan maksiat kepada-Nya.......
Kematian...
Semestinya manusia akan lebih bersikap lebih dewasa apalagi kalau memang usianya sudah dewasa kerana semakin bertambah umur semakin dekat pula dengan kubur.....Kematian sememangnya menyedarkan manusia dari kelalaiannya dengan dunia yang fana, seterusnya menyemai rasa untuk bersedia menghadapi saat-saat tersebut dengan amal kebajikan. Ini kerana, kematian bukanlah bererti, kehidupan seseorang manusia tersebut akan berhenti secara mutlak, tetapi kematian bererti, bermulanya sebuah kehidupan baru baginya di alam yang lain, dan kehidupan tersebut merupakan sebuah kehidupan yang abadi. Kebahagiaan atau kecelakaan seseorang di alam selepas mati tersebut, bergantung kepada amalannya sewaktu dia hidup di dunia ini.
Kematian itu rahsia Allah SWT supaya kita manusia sentiasa beringat dan bersedia untuk kembali kepada~Nya dengan berbekal.....
Nafsu...
Hidup ini bagai peperiksaan atau ujian dari Allah SWT untuk melihat siapakah di kalangan mereka yang taat kepada-Nya dan siapa pula yang ingkar akan perintah-Nya.....Janganlah sekali-kali engkau menuruti nafsumu, dan jadikanlah yang membantumu untuk menghindar darinya adalah pengetahuanmu bahwasanya ia berupaya mengalihkan perhatian akalmu, mengacaukan pendapatmu, mencemarkan kehormatanmu, memalingkan kebanyakan urusanmu, dan memberatkanmu dengan akibat yang akan engkau tanggung di akhirat....
Sebaik-baik manusia...
Manusia sentiasa berbuat kesilapan
dan tidak mahu mengambil tahu
apa kesilapan itu.. tidak mahu tahu
untuk perbaiki dan menebus kesilapan
itu...Sebaik-baik manusia ialah mengetahui tujuan mereka dilahirkan di dunia ini.....
Bahasa Diam...
Bahasa diamlah yang paling sukar. Dalam diam ada seribu pengertian. Dalam diam ada seribu soalan. Dalam diam ada seribu jawapan. Dalam diam ada seribu tafsiran. Dengan diam orang boleh berkata ‘aku cinta padamu’. Dan dalam diam orang boleh berkata ‘ kita tidak sehaluan lagi’
Thursday, October 27, 2011
Today I Will...
TODAY I WILL DO SOMETHING NICE FOR SOMEONE, BUT I WILL DO IT SECRETLY:
I will reach out anonymously and bless the life of another.
TODAY I WILL TREAT OTHERS THE WAY I WISH TO BE TREATED:
I will practice the golden rule - "Do unto others as I would have them do unto me" - with everyone I encounter.
TODAY I WILL RAISE THE SPIRITS OF SOMEONE I DISCOURAGED:
My smile, my words, my expression of support, can make the difference to someone who is wrestling life.
TODAY I WILL NURTURE MY BODY:
I will eat less; I will eat only healthy foods. I will thank God for my body.
TODAY I WILL GROW SPIRITUALLY:
I will spend a little more time in prayer today: I will begin reading something spiritual or inspirational today; I will find a quiet place and listen to God's voice !
Wednesday, October 26, 2011
Live to Learn...
What Looks To Be Nothing
Finally That Becomes Everything
and What is Everything
Suddenly Changes To Nothing
That's Life
Learn To Live &
Live To Learn..
The BE Attitudes...
Be understanding to your perceived enemies.
Be loyal to your friends.
Be strong enough to face the world each day.
Be weak enough to know you cannot do everything alone.
Be generous to those who need your help.
Be frugal with that you need yourself.
Be wise enough to know that you do not know everything.
Be foolish enough to believe in miracles.
Be willing to share your joys.
Be willing to share the sorrows of others.
Be a leader when you see a path others have missed.
Be a follower when you are shrouded by the mists of uncertainty.
Be first to congratulate an opponent who succeeds.
Be last to criticize a colleague who fails.
Be sure where your next step will fall, so that you will not tumble.
Be sure of your final destination, in case you are going the wrong way.
Be loving to those who love you..
Be loving to those who do not love you; they may change.
Above all, be yourself.
Saturday, October 22, 2011
Ingatlah...
Jika kau berasa lelah dan tidak berdaya
daripada usaha yang sepertinya sia-sia
Allah tahu betapa keras engkau sudah berusaha.
Ketika kau sudah menangis sekian lama
dan hatimu masih terasa pedih
Allah sudah menghitung air matamu.
Jika kaufikir bahawa hidupmu
sedang menunggu sesuatu
Dan waktu terasa berlalu begitu saja
Allah sedang menunggu bersama denganmu.
Ketika kaufikir bahawa kau sudah mencuba
segalanya dan tidak tahu hendak berbuat apa lagi
Allah punya jawapannya.
Ketika segala sesuatu menjadi tidak
masuk akal dan kau berasa tertekan
Allah dapat menenangkanmu.
Jika tiba-tiba kau dapat melihat jejak-jejak harapan
Allah sedang berbisik kepadamu.
Ketika segala sesuatu berjalan lancar dan
kau berasa ingin mengucap syukur
Allah telah memberimu rahmat.
Ketika sesuatu yang indah terjadi dan kau
dipenuhi ketakjuban
Allah telah tersenyum padamu.
Ketika kau memiliki tujuan untuk
dipenuhi dan mimpi untuk digenapi
Allah sudah membuka matamu dan
memanggilmu dengan namamu.
Ingatlah bahawa di mana pun kau atau
ke mana pun kau menghadap,
Allah SWT Maha Tahu dan Maha Mendengar.
Stanza sekeping hati..
Ketika bahagia mula menyapa diri, ketika bunga-bunga sakura mengembang dengan indahnya, ketika aku mula tersenyum bahagia....tiba-tiba sahaja segalanya menjadi begitu menyiksakan jiwa dan menikam-nikam tangkai hatiku. Seolah-olah istilah bahagia itu bukan untukku. Apa sahaja yang diimpikan dan diharapkan tidak pernah menjelma menjadi kenyataan. Sering sahaja Allah mengambil orang-orang yang disayangi dari sisiku.
Sehingga pernah aku merintih hiba, “Ya Allah...apakah tiada yang namanya bahagia itu untukku didunia ini?? Kenapa hidup ini sering tidak menyebelahi diriku? Andai dengan segala derita ini Engkau ingin menghapuskan segala dosa-dosaku, alangkah ringannya penderitaan ini. Andai dengan derita ini Engkau ingin selamatkan aku dari neraka-Mu dan memasukkan aku kedalam syurga-Mu yang kekal abadi..alangkah indahnya penderitaan ini”
“Ya Allah….segalanya kuserahkan kepada-Mu. Aku hanya hamba-Mu yang kerdil yang tidak bisa berbuat banyak. Biarlah Engkau yang memilih cinta dan memilih kehidupan untukku. Aku tidak ingin memaksa Engkau memberikan apa yang aku mahu…berikanlah apa yang terbaik menurut ilmu-Mu itu padaku. Kerana seluruh hidupku..cintaku..dan nyawaku adalah milik-Mu yang mutlak dan hakiki!!!!”
Friday, October 21, 2011
untukmu Wanita..
"Perempuan yang suci adalah perempuan yang dijaga oleh Allah,tidak sedikitpun Allah membenarkan mana-mana lelaki menyentuh dirinya walaupun hatinya..
Kerana Allah teramat mencintainya..Tetapi andai kita bergelumang dengan cinta lelaki, Di mana Allah untuk menjaga kita?Allah seperti melepaskan kita kepada seorang manusia yang lebih banyak mengecewakan kita"Jika Allah datangkan kesedaran dalam diri supaya meninggalkan cinta seorang lelaki,bermakna Allah mahu mengambil kita kembali untuk dijagaNya.Mengapa masih ragu-ragu?"
kekuatan usah ditunggu tapi harus dicari"hargailah atas kesempatan yang Allah berikan.."Sebesarbesar dosa adalah dosa yang dlakukan ketika kita rasa berdosa melakukannya"
Fikrah Cinta..
“Cintakan manusia itu tidak mewujudkan kabahagiaan yang hakiki untuk seorang insan dan ia tidak kekal abadi kerana manusia itu sering membuatkan seseorang kecewa, gagal, merasa terseksa. Oleh itu, tiada suatu cinta pun yang dapat membuahkan kebahagiaan dan kenikmatan yang kekal abadi kecuali cinta kepada pencipta manusia itu sendiri…”
Bicara Cinta...
“Membicarakan tentang CINTA ibarat menguras air lautan dalam yang kaya dengan pelbagai khazanah alam. Takkan pernah habis dan kita akan sentiasa menemui berjuta macam benda. Dari sekecil-kecil ikan hingga ikan paus yang terbesar. Dari kerang sampai mutiara malah jika diizinkan Allah, kita mungkin menemui bangkai kapal dan bangkai manusia. Usia CINTA seumur dengan sejarah manusia itu sendiri. Jika di suatu tempat ada 1000 manusia maka di situ ada 1000 kisah CINTA. Dan jika di muka bumi ini ada lebih 5 million manusia, maka sejumlah itu pulalah kisah CINTA akan hadir.”
Anda semakin matang apabila...
Anda dapat bertenang dan bersabar seandainya hajat anda tidak tercapai. Anda mampu menyembunyikan perasaan anda yang luka dan tersinggung oleh seseorang dalam kumpulan dan berlaku sebagai biasa. Anda tidak merasa iri hati bila melihat orang lain dipuji dan disanjung.
Anda dapat menghadapi kebencian orang yang anda benar-benar merasa tidak sewajar dengan mereka. Anda mampu menguasai nafsu gelojoh walaupun anda ingin mendapat perkara yang anda fikir boleh dapat. Anda dapat menahan rasa sakit hati dan malu seandainya anda tidak dapat hidup setaraf dengan rakan sejawat anda yang lain.
Anda terus berlaku adil dan saksama walaupun suasana sekeliling menghalang maksud anda. Anda dapat menerima kritik atau salah faham orang tanpa memperbesar-besarkannya. Anda memandang jauh kedepan, umpamanya dengan sabar menangung kesusahan demi kepentingan masa depan, tanpa merasa resah, bimbang dan ragu.
Anda memberi persetujuan kepada pendapat- pendapat yang anda tidak setujui dalam perdebatan tanpa merasa sakit hati atau tidak senang. Anda berbahagia bersendirian dengan mempunyai satu kegemaran atau hobi yang benar-benar anda minati. Anda mengaku dengan jujur tidak tahu bila anda betul-betul tidak tahu, tanpa merasa malu.
Anda menghadapi orang-orang tua atau orang- orang yang lebih berpengaruh tanpa sentiasa berusaha untuk menimbulkan kesan-kesan negatif. Anda akan cuba melakukan sesuatu dengan sederhana bukannya berlebih-lebihan untuk menunjukkan bahawa anda dapat melakukannya dengan lebih sempurna. Anda dapat mendahulukan kepentingan orang lain walaupun anda tidak merasa senang kerananya.
Anda boleh berlaku wajar dan saksama terhadap orang-orang yang tidak anda sukai. Anda dapat mengujudkan rasa kasih-sayang, cinta atau boleh bersahabat tanpa mendapat tempat yang utama dalam hidup mereka.
Sekiranya anda lelaki, anda dapat bekerjasama atau bersahabat dengan wanita tanpa berfikir bahawa anda adalah lelaki yang jadi idaman setiap wanita. Sekiranya anda wanita, anda dapat bekerjasama atau bersahabat dengan orang lelaki secara jujur.
Thursday, October 20, 2011
Kembali Terjalin...
Seperti mimpi perkenalan itu cuma seketika
Namun didalam hati dirimu ku terkenang jua
Engkaulah permata didalam genggaman tidak kusedari
Kaca yang bersadur keemasan terus kucari
Tertutup pintu hati, minda tak berfungsi diketika itu
Tak tahu menilai mana yang tulin mana yang palsu
Diakhir-akhir ini ketika aku dalam kesepian
Terasa kejahilan itu bagiku satu kerugian
Andainya disitu ada ruang
Bolehkah kiranya kumenumpang
Andai ada sisa kemaafan
Maafkan diri ini yang dulu melukakan
Berilah aku kesempatan
Kubuktikan erti keikhlasan
Andainya terpaksa aku rela
Menepis ego aku untuk kita (demi suatu masa)
Kupohon darimu ketulusan hati
Menjalin kembali perhubungan suci
Bila Hati sepi....
Kita pohon kekuatan, Allah beri kesulitan untuk jadikan kita kuat. Kita pohon keteguhan hati, Allah beri masalah untuk di atasi. Kita pohon keyakinan, Allah beri ujian untuk mantapkan iman dan jiwa. Kita pohon cinta, Allah berikan insan yang tulus untuk didampingi Kadangkala kita tak dapat apa yang diingini, namun kita sentiasa dapat apa yang kita perlukan. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui..
Tika...
Tika diri dalam kesunyian..tika terasa tiada sesiapa disisi..untuk memahami..ingatlah..Allah sentiasa disisi..setia menemani..mengetahui segala isi hati..cukuplah Allah sahaja didlm hati.. pasti hidup ini akan lebih terisi dan hatimu akan subur kembali..
Bila sepi bertandang...
Mungkin kita pernah merasakan kesunyian melanda sanubari.
Apabila ini terjadi, kita pasti merasa diri kita ini amat hampa, ada yang seakan hilang entah ke mana atau pergi mengembara jauh ke sana.
Hati merasa begitu terseksa sehingga di malam hari pun kita selalu terjaga. Bila hal itu terjadi tatkala kita merasa tidak seorang pun yang dapat memahami kita, tidak ada tempat untuk berkongsi cerita, berkongsi duka dan berkongsi rasa.
Hidup akan merasa semakin terseksa hingga tidak lagi bermakna.
Bila itu yang kita rasakan, mungkin ada yang selama ini kita lupakan. Bahawa ketika kita sedar dari mimpi dan termanggu dalam kesunyian, di saat itu sebenarnya Allah ada bersama kita.
DIA selalu memantau dan menemani kita dengan kasih sayang yang begitu dalam.
DIA akan selalu menemani tidur kita yang sepi dan menjaga diri kita yang lemah ini.
Namun, hal itu hanya akan terjadi bila kita mahu meyakini bahawa Allah itu benar adanya dan tentunya nama-Nya sudah termateri di hati kita.
Dengan kata lain, kita mahu mengimani dan mencintai-Nya dengan sepenuh jiwa.
Pernahkah kita menyedari hal ini? Allah telah memberikan kita begitu banyak nikmat dan anugerah kepada kita maka nikmat Allah yang mana lagi yang hendak kita dustakan?
Allah telah membuat hati yang muram menjadi tenang, yang suram menjadi bercahaya dan yang kerdil menjadi raksasa.
Sepertinya kita tidak boleh larut dalam kesedihan, kerana boleh jadi Allah menganugerahkan rasa sepi dalam hati kita untuk menguji betapa kuat cinta kita.
Sehingga dengan sepi itu kita mampu untuk lebih khusyuk untuk mendekati-Nya.
Bila rindu bertebaran...
Kenangan, hanyalah satu arca. Yang kabur dan tersisih. Bila impian tak tersurat. Bila rindu bertebaran. Dan bila luka kian melarat. Apa lagi yang tertinggal. Cuma sebuah pengalaman. Paling memilukan Amat meyakitkan Kegagalan dalam cinta pertama jauh lebih sakit daripada cinta-cinta selepasnya. Maka itu, usah terlalu mudah untuk jatuh cinta buat kali pertama, sebab yang pertama ini biasanya lebih menghiris sekiranya gagal....
Hargai cinta anda, mahalkan sedikit harganya, agar apabila anda merelakan ia dibeli oleh seseorang dia amat-amat menghargainya......
Cinta...
Persoalan cinta memang tidak akan ada habisnya. Selagi manusia wujud selagi itulah cinta menjadi isu yang menarik untuk dibicarakan. Bukan setakat dibicarakan malah untuk dialami dan dinikmati. Sayangnya cinta tidak selalu dapat dinikmati. Ia datang bersama bahagia tetapi juga kadang-kadang bersama derita. Dek kerana itu, cinta sentiasa menarik untuk diperkatakan. Tatkala ia dalam keadaan yang menarik ia seronok untuk diceritakan, tatkala ia dalam keadaan mendukacitakan ia juga patut diceritakan. Malah cinta tatkala mengheret, ia sentiasa seronok untuk diperkatakan, oleh yang melihat apatah lagi yang sedang mengalami.
Tuhan memiliki segalanya...
Berbicara tentang rindu dan cinta, tidak dapat lari daripada soal hati dan rasa. Ya, rindu dan cinta letaknya di hati - raja dalam kerajaan diri manusia. Setiap hati inginkan kasih-sayang, keadilan, kekayaan, keindahan dan lain-lain sifat yang mulia, baik dan sempurna. Tidak ada seorang manusiapun yang tidak inginkan kebaikan, kemuliaan dan kesempurnaan. Ketika dilanda kemiskinan, manusia inginkan kekayaan. Ketika dipinggirkan, kita inginkan kasih-sayang. Ketika dizalimi, kita inginkan keadilan. Baiklah, hakikat itulah bukti yang sebenarnya manusia cinta dan rindukan Tuhan. Justeru, Tuhan sahaja yang memiliki segala-gala yang diingini oleh manusia......
Rahmat Ujian...
Dalam derita ada bahagia
Dalam gembira mungkin terselit duka
Tak siapa tahu
Tak siapa pinta ujian bertamu
Bibir mudah mengucap sabar
Tapi hatilah yang remuk menderita
Insan memandang
Mempunyai berbagai tafsiran
Segala takdir
Terimalah dengan hati yang terbuka
Walau terseksa ada hikmahnya
Harus ada rasa bersyukur
Di setiap kali ujian menjelma
Itu jelasnya membuktikan
Allah mengasihimu setiap masa
Diuji tahap keimanan
Sedangkan ramai terbiar dilalaikan
Hanya yang terpilih sahaja
Antara berjuta mendapat rahmatNya
Allah rindu mendengarkan
Rintihanmu berpanjangan
Bersyukurlah dan tabahlah menghadapi
iNDAHNYA saBAR...
Ujian yang Allah berikan bukan untuk menghukum atau membuat sesorang itu sengsara. Tanpa ujian umpama masakan tanpa garam... tawar...hambar. Begitulah kehidupan.
Datangnya ujian dari Allah boleh memberi kesedaran kepada kita betapa kehidupan yang kita lalui selama ini penuh kenikmatan dan kebahagiaan yang terhijab oleh kealpaan kita sendiri.
Mendengar penderitaan orang lain menyedarkan kita bahawa ujian yang Allah berikan pada kita taklah sehebat mana. Allah sendiri menjanjikan bahawa sesorang itu tidak akan diuji dengan ujian yang diluar kemampuannya.
Bersabarlah dengan ujian yang Allah berikan. Muhasabah dan perbaiki diri, Insya Allah akan ada jalan penyelesaiannya..
Aku tanpa diriMU...
Ya Allah, dunia yang Engkau hamparkan ini indah, tetapi durinya sering menusuk. Nikmat yang Kau berikan takkan dapat untukku menghitungnya. Tetapi ya Allah, hambaMu ini sering alpa dan lena dek buaian mimpi yang tak sudah.
Ya Allah, ujian yang Engkau berikan terasa begitu memeritkan, kadangkala ianya menguji kesabaran dan keimananku yang terkadang nipis, senipis kulit bawang. Ya Allah, jika ini ujian yang pantas untukku lalui, bantulah aku. Agar aku tidak tersasar dari jalanMu. Agar aku bisa bersyukur dengan ujianMu ini ya Allah.
Wednesday, October 19, 2011
I lay my love on you...
Just a smile and the rain is gone
Can hardly believe it (yeah)
There's an angel standing next to me
Reaching for my heart
Just a smile and there's no way back
Can hardly believe it (yeah)
But there's an angel, she's calling me
Reaching for my heart
I know, that I'll be ok now
This time it's real
I lay my love on you
It's all I wanna do
Everytime I breathe I feel brand new
You open up my heart
Show me all your love, and walk right through
As I lay my love on you
I was lost in a lonely place
Could hardly even believe it (yeah)
Holding on to yesterdays
Far, far too long
Now I believe its ok cause this time it's real
I lay my love on you
It's all I wanna do
Everytime I breathe I feel brand new
You open up my heart
Show me all your love, and walk right through
As I lay my love on you
I never knew that love could fell soo good
Like once in a lifetime
You change my world
I lay my love on you
You make me feel brand new
Show me all your love, and walk right through
As I lay my love on you
I lay my love on you
It's all I wanna do
Everytime I breathe I feel brand new
You open up my heart
Show me all your love, and walk right through
As I lay my love on you
I lay my love on you
You make me feel brand new
You open up my heart
Show me all your love, and walk right through
As I lay my love on you
As I lay my love on you
Can hardly believe it (yeah)
There's an angel standing next to me
Reaching for my heart
Just a smile and there's no way back
Can hardly believe it (yeah)
But there's an angel, she's calling me
Reaching for my heart
I know, that I'll be ok now
This time it's real
I lay my love on you
It's all I wanna do
Everytime I breathe I feel brand new
You open up my heart
Show me all your love, and walk right through
As I lay my love on you
I was lost in a lonely place
Could hardly even believe it (yeah)
Holding on to yesterdays
Far, far too long
Now I believe its ok cause this time it's real
I lay my love on you
It's all I wanna do
Everytime I breathe I feel brand new
You open up my heart
Show me all your love, and walk right through
As I lay my love on you
I never knew that love could fell soo good
Like once in a lifetime
You change my world
I lay my love on you
You make me feel brand new
Show me all your love, and walk right through
As I lay my love on you
I lay my love on you
It's all I wanna do
Everytime I breathe I feel brand new
You open up my heart
Show me all your love, and walk right through
As I lay my love on you
I lay my love on you
You make me feel brand new
You open up my heart
Show me all your love, and walk right through
As I lay my love on you
As I lay my love on you
Nothing Gonna Change My Love for You....
If I had to live my life without you near me
The days would all be empty
The nights would seem so long
With you I see forever oh so clearly
I might have been in love before
But it never felt this strong
Our dreams are young and we both know
They'll take us where we want to go
Hold me now, touch me now
I don't want to live without you
Nothing's gonna change my love for you
You ought to know by now how much I love you
One thing you can be sure of
I'll never ask for more than your love
Nothing's gonna change my love for you
You ought to know by now how much I love you
The world may change my whole life through
But nothing's gonna change my love for you
If the road ahead is not so easy
Our love will lead the way for us
Like a guiding star
I'll be there for you if you should need me
You don't have to change a thing
I love you just the way you are
So come with me and share the view
I'll help you see forever too
Hold me now, touch me now
I don't want to live without you
Nothing’s going to change my love for you
You ought to know by now how much I love you
One thing you can be sure of, I’ll never ask for more than your love
Nothing’s going to change my love for you
You ought to know by now how much I love you
The one that changed my whole life through
But nothing’s going to change my love for you
Nothing's gonna change my love for you
You ought to know by now how much I love you
One thing you can be sure of
I'll never ask for more than your love
Nothing's gonna change my love for you
You ought to know by now how much I love you
The world may change my whole life through
But nothing's gonna change my love for you
Nothing's gonna change my love for you
You ought to know by now how much I love you
One thing you can be sure of
I'll never ask for more than your love
Nothing's gonna change my love for you
You ought to know by now how much I love you
One thing you can be sure of
I'll never ask for more than your love
Nothing's gonna change my love for you
You ought to know by now how much I love you
The world may change my whole life through
But nothing's gonna change my love for you
Nothing's gonna change my love for you
You ought to know by now how much I love you
One thïng you can be sure of
I'll never ask for more than your love...fade
Tuesday, October 18, 2011
cinta agung...
Betapa tingginya nilai kasih sayangNYa..betapa manisnya kasih sayang milikNYA itu andai kita berusaha mencari dan mendambanya....MAHA SUCI ALLAH...Memanglah manis,jika kita dapat berjuang menjadikan CINTA AGUNG itu, matlamat dan pencarian utama..InsyaAllah..memanglah pahit nak meninggalkan apa yang kita sukai..namun, dengan izinNya...kita boleh berjuang untuknya...semoga niat kita untuk mendambakan RedhaNYa sentiasa diluruskan Allah, amin...semoga kesilapan lepas yang mengajar kita mencari jalan kebenaran....
Monday, October 17, 2011
Cinta Sejati....
‘ Ya Allah. dimana lagikah dapat ku temui cinta sejati..
kecuali pada cintaMu..
ke mana lagikah hati ini harus berlabuh..
kecuali pada kasihMu..
Jadikanlah hati yg lemah ini yaAllah..
tertambat kukuh hanya padaMU..
Aku mohon redha atas segenap keputusanMu
kesejukan setelah matiku..
kenikmatan memandang wajahMu..
dan kerinduan untuk berjumpa denganMu..
Ampunilah diri ini yang tidak beharga Ya Allah ..
Penuhilah kehinaannya dengan keindahan maghfirahMu’
Menggapai redhamu..
Dari hari ke hari..
cuba memperbaiki diri..
penuhi dada dengan ilmu..
mencari hidayah..
moga diberi kesedaran..
dan di bawah redhaNya..
Dia sentiasa mengetahui..
apa yang tersirat di hati hambaNya..
mohon padaNya..
minta kekuatan padaNya..
agar hati..
kekal bersamaNya..
walau dikelilingi bisikan syaitan..
yang menghancurkan..
pohon pada Illahi..
moga menjadi..
muslimah sejati..
yakin dan percaya..sentiasa..
DIA di sisi..
Ujian itu Rahsia Allah SWT...
Setiap manusia yang Allah cipta sentiasa akan diberi musibah,ujian atau masalah hidup didunia yang sementara ini.Tipu jika seseorang itu berkata yang dia tidak pernah ditimpa musibah. Setiap orang ada masalahnya tersendiri,Allah uji dengan berbagai-bagai ujian tetapi sebabnya adalah sama. Allah menguji seseorang itu kerana Allah swt mempunyai rahsianya tersendiri,sama ada Allah hendak tambah iman kita atau hendak uji sejauh mana keimanan kita. Dan kerana sesuatu ujian itulah yang membuka mata hati kita,yang mendidik kita supaya jangan mudah putus asa dalam kehidupan yang bagaikan bahtera dilautan yang penuh dengan onak duri,ujian juga dapat mematangkan kita.
Kadang-kadang kita tertanya-tanya, mempersoalkan kepada Allah swt kenapa kita diberi ujian yang berat sebegitu sekali sehingga kita terlupa pada siapa yang perlu kita mengadu segala masalah kita, pada siapa kita harus minta kembali kekuatan kita. Astagfirullah, lemahnya dan rendahnya iman kita. Tidak redha dalam menghadapi ujian yang Allah beri terhadap kita. Jika kita anggap diri kita ditimpa musibah yang besar kita hendaklah ingat bukan kita sahaja yang mengalaminya,mungkin ada sahabat-sahabat kita @ saudara seakidah kita yang lain menghadapi musibah yang sama bahkan lebih teruk atau lebih besar dari kita.
Bukankah,Allah telah berkata dengan jelas di dalam Al-Quran yang Allah tidak akan sekali-kali menguji hambaNya diluar kemampuan hambaNya. Allah tahu kita kuat dalam menghadapi ujianNya jadi Allah berikan ujian itu ke atas diri kita. Di sini kita dapat lihat betapa sayang dan kasihnya Allah kepada kita sebagai hambaNya.
Sunday, October 16, 2011
Sekilas menghayati kehidupan...
Aku bukan insan yang sudah cukup lama hidup di muka bumi. Aku juga bukan insan yang arif dalam hal duniawi apatah lagi akhirat. Tetapi aku juga manusia biasa yang mempunyai kehidupan. Sekilas aku melihat, manusia tidak pernah lekang dari ujian Allah.
Ujian Allah ada bermacam bentuk, ada yang diuji dengan kekayaan. Sememangnya manusia mana yang tidak berasa suka dan gembira dengan nikmat kemewahan yang diberikan. Sayang sekali ada yang bongkak, angkuh dan membangga diri dengan kemewahan atau nikmat yang Allah anugerahkan. Namun tidak semua begitu. Manusia yang tahu bersyukur, pasti kemewahan itu diuruskan dengan sebaik-baiknya ke jalan Allah. Itu juga adalah ujian Allah terhadap hamba-Nya yang beriman.
Sesungguhnya, setiap orang yang beriman akan diuji oleh Allah dengan ujian yang tidak pernah diduga. Paling perit apabila, manusia itu diuji dengan musibah atau bencana yang sangat berat untuk diterima dan ditempuh. Semestinya saat diuji, kesabaran yang tinggi amat diperlukan. Pada waktu itulah, kita memerlukan sokongan keluarga, saudara dan sahabat handai yang paling akrab untuk memberikan sokongan.
Sudah menjadi lumrah manusia, kita akan menangis apabila merasakan ujian Allah itu tidak tertanggung. Ingin sahaja hati ini memberontak. Tetapi ingatlah kembali, sesungguhnya kita hanya hamba yang lemah. Pada suatu ketika, kita akan berada di atas, di mana kita tidak tahu bersyukur dan tidak berfikir dari mana datangnya kesenangan itu, pastinya kita berada dalam kerugian kerana melupakan Allah yang memberi segala nikmat.
Pada suatu ketika, kita akan berada di bawah. Saat Allah menarik kembali kesenangan yang diperolehi maka pada saat itu, kita manusia akan menadah tangan kepada Allah dan bertanya mengapa derita diberikan kepada kita. Pada saat itulah baru kita ketahui wujudnya Allah sebagai Tuhan yang berkuasa dalam menentukan segalanya.
Ketahuilah, setiap yang terjadi mempunyai sebab dan semestinya perkara yang telah terjadi akan mempunyai hikmahnya yang tersendiri. Sesungguhnya manusia tidak tahu apa yang terbaik disediakan untuk manusia yang lain. Tetapi, Allah lebih tahu apa yang terbaik untuk kita berbanding diri kita sendiri. Kerap kali kita akan mengeluh memikirkan takdir yang menimpa diri, kesedihan akan mula menguasai diri, kemalasan menguasai diri dan berasa malas untuk bangun meneruskan kehidupan, sehinggakan terkadang melupakan tanggungjawab ibadah solat terhadap Allah S.W.T.
Percayalah, Allah akan menurunkan sesuatu ujian bertepatan dengan kemampuan hamba-Nya. Setiap kita pernah merasai kesusahan, kesedihan, di mana kita sendiri merasa sukar untuk diri kita sembuh setelah berlakunya bermacam perkara yang melunturkan semangat kita. Sebagai manusia yang dikurniakan akal, sebagai pesanan untuk diri sendiri juga, semestinya kita perlu berfikir, mengapa Allah menguji kita sebegitu rupa? Jawabnya tidak lain, itulah tandanya Allah masih sayangkan kita dan supaya kita sentiasa ingat kepada-Nya. Cuba kita imbas kembali, berapa banyak kita mengingati-Nya? Dengan kerja yang berlambak, soal keduniaan kerapkali menjadi keutamaan. Allah sentiasa mengingati kita, tetapi kita lalai mengingatinya.
Allah mahu kita berfikir. Kita sendiri tahu, setiap yang berlaku tersimpan pengajaran. Maka jadikanlah pengajaran itu sebagai pedoman di masa akan datang. Mungkin hari ini kita dalam kesedihan dan kesusahan, tetapi akan tiba masanya Allah akan memberikan kita kesenangan dan kebahagiaan yang kita sendiri tidak pernah jangka. Teruskanlah berdoa kepada-Nya, berserah kepada-Nya setelah berusaha.
Sesungguhnya Allah itu Maha Mendengar doa hamba-Nya yang berada dalam kesusahan. Sesungguhnya Allah itu Maha Adil dan percayalah bahawa janji Allah itu pasti. Dalam apa-apa keadaan pun, ingatlah Allah sebagai tempat pergantungan kita yang mutlak. Tanpa izin-Nya tidak akan terjadi apa yang kita mahukan. Hiduplah untuk mendapatkan keredhaan-Nya. Moga hati kita menjadi tenang dalam menempuh segala jenis ujian yang diturunkan oleh-Nya.
Semoga hidup kita sentiasa diberkati dan mendapat rahmat yang berpanjangan dari-Nya. Sesungguhnya manusia itu tidak lekang dari melakukan kesalahan, maka selaku sudara sesama Islam, berpesan-pesanlah kita sesama umat manusia. Jika ada hati yang merintih, mengadulah kepada-Nya dan kita di dunia laksanakanlah amanah sesama umat, bantu selagi terdaya kerana sebaik-baik manusia adalah manusia yang membuat kebaikan demi mendapat keredhaan Allah.
Segala keburukan datangnya dari diri ini, tiada niat untuk berbangga diri. Tiada niat menunjuk hanya sekadar berkata-kata, kerana aku juga manusia biasa yang belajar dari kehidupan di bawah naungan Pencipta. Semoga beroleh manfaat dan maafkanlah andai tersilap kata dan menyinggung rasa kerana kebaikan dan kesempurnaan mutlak itu datangnya dari Allah S.W.T. Marilah bersama-sama menghayati erti kehidupan dan fikirlah betapa Allah itu sentiasa ada untuk makhluk ciptaan-Nya sama ada semasa susah dan senang. Wallahua'alam.
Masihkah ada harapan...
Mari kita berhenti sejenak, untuk merenungkan kembali
masa lalu kita, apakah ia dihiasi dengan dosa atau kebajikan?
Sudah cukupkah bekal kita untuk menghadap-Nya?
Dosa-dosa ibarat noda-noda. Ia akan menggelapkan hati kita
hingga hati kita semakin sulit memperoleh hidayah-Nya.
Dosa-dosa itu, kecil atau besar, akan mempengaruhi hati dan jiwa kita.
Dan pengaruhnya, kata Imam Ibnul Qayyim, seperti racun dalam tubuh.
Diri kita pada akhirnya semakin berkeinginan kuat berbuat maksiat.
Oleh karena itu, janganlahkita pernah meremehkan
dosa sekecil apa pun atau kita akan terus menerus melakukan dosa itu!
Dunia ada noktahnya...
Adakala, kita merasakan kehidupan ini akan berterusan tanpa hujungnya.
Lalu, jiwa kita terasa selesa dengan kesenangan dunia.
Adakala, kita menempa jaya demi jaya dalam mendaki
kemuncak tertinggi di dalam jiwa. Lantas,
timbul rasa dunia itu milik kita selamanya.
Ketika itu kita lupa bahawa kehidupan kita ini ada titik noktahnya.
Bahkan, kita melupakan tempat kembali kita yang hakiki.
Ketika itulah, ketika jiwa terputus hubungan dengan yang
menjadikannya serta mengurniakannya kehidupan,
lalu jiwa kita menjadi kering dan hilang kepekaan.
Lalu kita menyangkakan keseronokan itu kebahagiaan
dan nafsu itu jalan menujunya. Kita teraba-raba mencari ketenangan
lalu kita temui keserabutan.
Cinta aku pada si dia...
Doaku…
Harapanku… Pintaku dengan harap… Harap dengan sangat… Penuh rendah diri sebagai hambamu Kurniakan aku masjid yang sempurna Dengan jodoh yang baik-baik Penuhi pertemuan dan perpisahannya Dengan iman, nur dan rahmatmu… Biar jodohku itu… Buatkan aku dekat padamu Ya Allah Biar jodohku itu… Buatkan syurga nanti jadi naungan untukku Biar jodohku itu… Buatkan aku lebih mencintaimu Lebih dari segalanya Ya Tuhan… Ya Allah…Amin…
Terbaik buatku..
Ya Allah kini kau telah temukan aku degan cinta....
namun jika benar cintaku itu dekatkanlah kami kepada mu
jika tulus cintaku itu jagan sesekali lalaikan kami ya Allah
jika cinta itu yang terbaik maka kau peliharalah kami dari nafsu
jika dia yang terbaik bagiku maka tunjukkanlah padaku
dan jika benar cinta ini maka ya Allah kau satukan kami dengan syariat mu
Aku tidak mahu cinta merosakkan aku
aku tidak mahu cinta itu menjadikan aku hamba syaitan
aku cuma mahu cinta aku itu sentiasa disisi mu ya allah
moga begitu juga dengan dia...
amin...
Buatmu...
ALLAH datangkan kemanisan iman itu dengan pelbagai perkara........melalui nikmat dan ujian sebab sayang kepada kita........sayang seseorang kerana ALLAH akan mendekatkan diri kita kepada Maha Pencipta..........dahulunya saya seorang selalu lalai dan alpa dengan dunia.....ujian yang datang menjauhkan orang sekeliling saya.......kemudian ALLAH hadirkan seorang insan yang cukup sempurna bagi saya........alhamdulillah dia banyak membantu saya dalam menempuh dugaan dan cabaran dalam hidup ini...Terima kasih kerana selalu disisiku...
cintaMU...
Cinta suatu yang subjektif
sukar untuk ditafsirkan
suatu perasaan yang ajaib menusub di jiwa
kehadirannya membuat kita sentiasa bahagia
tetapi akan merana atas kehilangannya
Mencari cinta
cinta yang tulus dan suci
Mencintai dan dicintai kerana Allah
supaya kehidupan ini lebih diberkati
Ya Allah Yang Maha Mengetahui
peliharalah hati ini hamba Mu ini
daripada cinta yang palsu
temukanlah hati ini
dengan cinta yang telah Engkau tentukan
PaDAmu Jua...
Sesungguhnya ketenangan dalam percintaan adalah ketika bercinta dengan Allah. kadang2 bila teringat ganjaran akhirat dan keredhaan ketika di dunia jika kita mencinta Allah, kita akan tersenyum sendirian. betapa maha hebatnya perasaan mencintai yang MAHA BESAR. hanya mu kekasih abadi untuk semua umat manusia yang beriman. segala puji bagi mu ya ALLAH..
Subscribe to:
Posts (Atom)