Saturday, December 18, 2010

Teman..

Teman......cuba kau berikan aku peluang,
Untuk aku meniti sisa-sisa perjalanan ini,
Setelah aku tewas melawan kata hati.

Teman..... cuba kau berikan aku kesempatan,
Agar dapat aku perbetulkan segala kesilapan,
Bilamana waktu dulu tiada kesedaran.

Teman...... cuba kau berikan aku senyuman,
Biar dapat ku basuh segala kedukaan,
Kerana pertemuan kita diakhiri perpisahan.

Berilah aku peluang teman,
Agar kesempatan dan senyuman itu,
Memberi aku satu ruang untuk bersamamu,
Walau seketika dan walau sekejap cuma,
Tidak nanti kita berjauhan....jauh.... dan terus jauh,
Tanpa sebarang pengertian.....................

No comments:

Post a Comment