Lama sudah aku tidak mencoretkan kata hati didalam laman yg tidak asing bagi aku ini, arghhhh… minda ku terasa tumpul dan sugul kerna puitisnya kataku terperam di ceruk pemikiran. Apa akan ku baitkan disini mengisahkan tentang kekecewaan nafsu ditangan realiti. Satu ungkapan seakan menjentik hati ku, memercikkan nafsu untuk berfikir dan mungkin berleter, aku seakan memahami bahawa falsafah itu menjadi variable pada setiap insan… sahaya perkataan insan itu juga mempunyai berbagai sebutan namun satu makna ‘manusia, orang, hamba Allah dan sebagainya’ semua hanya untuk mengungkap satu entiti hidup .
Ungkapan dari kisah yang memberi pengajaran. "sesungguhnya kecewa itu datang pada setiap manusia apabila keinginan yang yang dicetuskan oleh nafsu dan hati tidak dituruti dan dipenuhi, kekecewaan itu umpama merobek seluruh getir dan asa ini untuk meneruskan perjuangan hidup, menempelak nasib dan Tuhan, menjadi diri yang lain dan putus harapan untuk berusaha, kecewa yang seperti menarik uluran Nafas dari tubuh dan mewujudkan satu beban fantasi batu yg menghempap dada, pandangan terkadang kabur, leher umpama tercekik, kaki tidak terdaya untuk berjalan, jantung degup tidak berima, perut rasa ditoreh isi rasa ditarik…..sindrom ini akan hadir untuk segala harapan yg terkubur..keinginan yang telah hancur….tidak kira hancur percintaan, hancur pekerjaan, lebur kewangan, hancur kekeluargaan dan apa sahaja yang bisa membina impian…..tidak dapatlah digambarkan dengan lebih tepat lagi bagaimana rasa hancurnya harapan bagi setiap insan, namun aku percaya setiap org didunia akan terasa hancurnya hati walaupun untuk sekali. Ungkapan ini tidak berakhir di sini sahaja… diiringi dengan ungkapan yang bisa menampar diriku dan membuatkan aku terdiam terpaku…..
-Namun Kekecewaan yang paling mengecewakan mengatasi segala kekecewaan adalah apabila manusia itu tidak tahu langsung apa yang diinginkan dan diimpikan oleh dirinya, dan dia seakan tidak pernah mengharap dan bermimpi, dan inilah sebesar-besar kekecewaan dan malang bagi seseorang manusia yang hidup dimuka bumi ini-
Benar sungguh kata ungkapan ini, aku berperinsip, biarlah kita berfantasi dan bermimpi, mengharap, mengingin,berkhayal, kerana manusia itu sehabis daya dan tenaga yang tinggal pada dirinya yang tidak boleh diambil oleh musuh dan antagonis adalah keupayaan dirinya untuk mencipta harapan…tiada sesiapa yang layak untuk berkongsi harapan, yang layak merubah fantasi dan mimpi…keinginan itu untuk kita, harapan itu pencetus dayaku untuk terus berjalan meredah hidup yg penuh liku…biar aku guna harapan sebagai tuil menolak batu diDaDA ku yang bisa menyesakkan nafas, biarku gunakan inginku sebagai udara didalam kamar tubuhku yg telah hilang daya untuk bernafas…biarku guna mimpiku sebagai topang tongkat untuk ku terus melangkah walau kakiku terasa tersangat lemah…. biarlah kecewa datang seakan awan mendung hitam menylimuti nasib dan bahagia ku. namun tidak sesekali aku benarkan kau mencuit dan mengambil keupayaanku untuk terus berharap dan bermimpi… HARAPAN yang bisa "MEMBUATKAN AKU TERASA HIDUP, DAN TERUS MENJALANI HIDUP"
No comments:
Post a Comment