Janganlah menangis dan berbahagialah,
kerana kita diikat bersama dalam cinta.
Hanya dengan cinta yang indah...
kita dapat bertahan terhadap derita kemiskinan,
pahitnya kesedihan dan duka perpisahan....
Tunjangkan resahmu di dada solat,
himpunkan peritmu di genggaman doa,
tutupi kekecewaan dengan ketaqwaan,
nilaikan kesucian hati dengan keikhlasan hati.
Ya Allah, semua milikku adalah milikMu, andainya ingin Kau tarik satu per satu, maka tabahkan hatiku menjalani dugaan yg Kau lemparkan, aku berhak menerimanya kerana aku hanya seorg hamba dan Kau Pencipta Yang Maha Esa
No comments:
Post a Comment