Pada suatu hari, seorang cendekiawan bernama Hassan Al-Basri sedang duduk berbincang bersama beberapa sahabat di rumahnya. Beliau sering diminta pendapat untuk menyelesaikan masalah. Suatu ketika, datang seorang lelaki dalam keadaan bersedih lalu menceritakan masalahnya kepada Hassan Al-Basri. "Cuaca terlalu panas. Hujan tidak turun. Tanaman saya banyak yang mati. Lalu Hassan Al-Basri memintanya supaya memperbanyakkan beristighfar kepada Allah. Lelaki itu pun beredar.
Selang beberapa ketika, datang pula lelaki lain bertemunya "Saya menderita kemiskinan. Apa yang perlu saya lakukan?" Mendengarkan rintihan itu, Hassan Al-Basri memintanya supaya memperbanyakkan istighfar kepada Allah. Maka, lelaki itu pun pulang ke rumahnya.
Kemudian, tak lama kemudian datang pula seorang lelaki mengadu masalahnya kepada Hassal Al-Basri "Tuan, isteri saya mandul dan tidak dapat melahirkan zuriat untuk saya". Hassan Al-Basri bersimpati dengan lelaki itu lalu berkata "Banyakkanlah isthighfar, moga-moga masalah kamu akan selesai." Lelaki itu pun kembali ke rumahnya.
Akhir sekali, datang pula seorang lelaki yang juga mengadu akan masalahnya "Tuan, ladang saya tidak subur sehingga hasil pendapatan semakin berkurangan." Sama seperti keadaan sebelumnya, Hassan Al-Basri tetap memberikan jawapan yang sama supaya memperbanyakkan istighfar. Setelah itu...lelaki itu pun pulang ke rumahnya.
Para sahabat yang memerhatikan peristiwa hari itu berasa hairan dengan nasihat yang diberikan oleh Hassan Al-Basri. Setiap kali orang datang mengadu masalah, jawapan atau nasihat yang diberikan beliau semuanya sama iaitu meminta mereka banyak-banyakkan memohon ampun kepada Allah.
Bagi memuaskan hati masing-masing, mereka bertanyakan hal itu kepada Hassan Al-Basri "Kenapa tuan memberikan nasihat yang sama saja kepada mereka sedangkan masalah mereka berbeza-beza." Beliau menjelas, "Tidakkah tuan-tuan pernah mendengar firman Allah dalam Al-Quran : Maka aku (Nabi Nuh a.s.) berkata kepada mereka (kaumnya) : "Mohonlah keampunan kepada Tuhanmu, sesungguhnya Dialah Yang Maha Pengampun. Dia akan mengirimkan hujan kepadamu dengan lebat, memperbanyakkan harta dan anak-anakmu, mengadakan untukmu kebun-kebun dan mengadakan pula untukmu sungai-sungai. Mengapa kamu tidak percaya pada kebesaran Allah?" (Surah Nuh : Ayat 10-13).
Kita diperintahkan memperbanyakkan istighfar kepada Tuhan sebagai jalan menghapus dosa yang kita lakukan. Rasulullah sendiri memohon istighfar lebih daripada 100 kali sehari semalam. Selain dapat menghapuskan dosa, istighfar juga dapat memenuhi keperluan dan hajat kita seharian.
Wednesday, December 8, 2010
Keistimewaan Istighfar...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment