Sunday, December 12, 2010

Mutiara Kata..


Tersedarku dari lamunan, buaian mimpi indah dan angan-angan...dunia hari ini banyak pancaroba dan dugaannya..kadang-kadang terasa menjadi wanita yg semakin meningkat dewasa sangat memenatkan..
Setiap ketaatan berbuah kebaikan dan kebahagiaan, setiap kemaksiatan berakhir dengan penderitaan...
 Beruntunglah orang yang diberi ilmu dan mampu mengamalkannya serta menjaganya dengan keikhlasan.
Kunci kebahagiaan seorang hamba adalah jika dia mampu bersyukur atas kurnia-Nya, bersabar atas cubaan-Nya dan bertaubat atas dosanya.
jadikanlah masalah itu sebagai tanda cinta TUHAN pada kita...bukan sebagai bebanan..

Tidak akan rugi orang yang bersifat baik budi, dan tidak akan beruntung orang yang bersifat hasad dengki...
Jadikanlah setiap kritik bahkan penghinaan yang kita terima sebagai jalan untuk memperbaiki diri.

Sebuah musibah akan menjadi kenikmatan jika kita berhasil menyingkapinya dengan syukur, sabar dan tawakal serta mampu mengambil hikmah dari setiap kejadian.

Semakin gemar berdoa untuk kebaikan bagi orang lain, semakin mustajab doa kita. Saat itu para malaikat turut berdoa untuk kebaikan kita.
  Betapa indahnya budaya saling menghormati, menasihati, dan mengingatkan dalam kebaikan kerana dari sanalah rasa percaya diri akan tumbuh...
 
belajar cinta, cinta akan membimbingmu..
belajar benci, benci akan membimbingmu..
nafi cinta, cinta akan menafimu..
nafi benci, benci akan menafimu..
Rindu itu adalah Anugerah dari Allah
Insan yang berhati nurani, punyai rasa rindu
HANYA ada satu pelita yang dapat kita pegang dan akan sentiasa menyala biarpun ketika malam yang gelap dan tetap akan menerangi tempat-tempat yang jauh seperti menerangi tempat kita sendiri. Ia adalah cinta kepada semua yang bernyawa.
  CINTA yang benar-benar tulus dan ikhlas sepatutnya menjadikan pemiliknya bertambah matang, beriman dan berperibadi mulia. Jika yang sebaliknya berlaku, ia menjadi tanda bahawa itu bukan cinta sejati yang anda cari-cari.
 

No comments:

Post a Comment