Tuesday, December 14, 2010

BUDI...

Berbicara tentang Budi….budi yang mana boleh memberi dan menerima, yang mana kadang hati tidak sanggup menagih budi, meminta budi..menerima budi, namun kadang keadaan terdesak memaksa manusia termakan budi.
Tidaklah menjadi kesalahan pada insan untuk terhutang budi, namun perkataan terhutang budi itu mendalam maksudnya, jika kita memberi hutang duit kepada sesiapa maka hutang itu wajib dibayar,namun keindahan BUDI itu membuatkan ia terlepas dari hukum wajib bayar…tetapi sedikit wajar untuk dikenang, jika orang tidak mengenang budi maka dia akan disumpah sebagai orang yg tidak tahu mengenang budi, taraf manusia yang tidak tahu mengenang budi ini adalah lebih hina dari perompak, lebih rendah dari pengemis. kenapa sebegitu hina taraf orang yang tidak tahu mengenang budi ini? kerana dalam kehidupan ini perumpamaan urntuk orang yang tidak tahu mengenang budi ini adalah “bagai melepaskan anjing tersepit” manusia yang penuh sifat kemanusiaan kasihan melihat anjing tersepit di pagar kawat, membantu melepaskan anjing yang tersepit, namun setelah dilepaskan, anjing itu tidak mengerti tentang jasa dan budi, mengigit manusia yang telah melepaskannya….maka secara harfiahnya…org yang tidak tahu mengenang budi ini sama tarafnya dengan anjing yang baru dilepaskan dari tersepit. Betulkan aku jika aku salah dalam menafsir dan berfikir.
Dalam membicarakan tentang budi ini kita tidak akan terlepas dari membicarakan tentang ‘MENGUNGKIT’. bagi orang yang mulia untuk menabur budi jika dia kembali mengingatkan tentang budi yg telah ditabur maka menjadi satu kesalahan kepada dirinya, dirinya akan dikecam sebagai org yang suka mengungkit dan tidak ikhlas dalam membantu, namun aku mempunyai pemikiran yang lain di belakang senario ini….. bagi aku masalah mengungkit ini hanya akan timbul apabila org yang termakan atau tehutang budi ini tidak pandai mengenang budi apatah lagi untuk membalas budi…mereka lebih gemar untuk mengharapkan budi orang dan selepas itu tidak tahu untuk menghargai pengorbanan orang dan mengingati bantuan yang telah dihulurkan…dek kerana geram kerana merasakan dirinya tidak dihargai..si pemberi budi akan mula mempersoalkan tentang jasa2 yang telah ditaburkan dengan mengharap si penerima budi untuk memberinya sedikit penghargaan..namun apabila terkeluarnya perkataan tentang mempersoalkan tentang budinya, si pemberi budi akan di hentam dengan sekerasnya sebagai org yang suke mengungkit dan tidak ikhlas didalam membantu….
Bukan si pemberi budi itu tidak ikhlas atau suka mengungkit..cuma hanya ingin mengingatkan dan mengharapkan..si penghutang budi boleh mengenang kembali…..segala jerih payahnya di dalam membantu tidaklah hanya bagaikan di angin lalu…kalau rasa sendiri tidak mahu diri diibaratkan seperti anjing…yang mana menggigit selepas dilepaskan..maka pandai-pandailah mengenang budi sebelum budi itu diungkit…kerana malu dan hina maruah diri jika…dikatakan diri itu ‘ORANG YANG TAK TAHU MENGENANG BUDI”
-AKU MENCUBA DENGAN SEDAYA UPAYA MENGELAKKAN ORG UNTUK BERTANYAKAN TENTANG BUDI YANG DITABUR, MAKA AKU SENTIASA MENGENANG BUDI-

No comments:

Post a Comment