Pernahkah kau fikir buat seketika, hati yang masih bernyawa dalam diri insan berusia yang dihantar ke rumah si tua??? kau, tahu jawapannya...Sejauh manakah seorang anak itu menghargai kedua ibu bapanya? Adakah sama sebagaimana ibu bapanya menghargainya? Kau, tahu jawapannya...
Saat aku berusaha menggagahkan diri untuk melahirkanmu. Saat aku berusaha menolak segala kesakitan yang berlagu. Saat aku mempertaruhkan nyawaku di penghujung nadi. Saat aku yang lemah itu menabahkan diri untuk seorang bayi. Adakah kau ingat?
Saat kaki tak mampu lagi berdiri. Saat mata tak mampu lagi lena. Saat aku tak lagi selesa. Saat aku penat merasa ujian dunia. Saat aku ketahui hebatnya dugaan sembilan bulan. Saat aku menitiskan air mata dalam jiwa. Adakah kau ingat?
Tika aku sendiri merinduimu. Tika aku sunyi tanpa suara dan belaimu. Tika aku seakan mati dalam kata-katamu. Tika hati tak lagi mampu untuk menahan durimu. Tika tulang empat keratku tak lagi diizin bergerak. Masihkah kau ingat?
Tika aku bermandikan peluhku. Tika aku merelakan diri dihujani. Tika aku mengerahkan tenagaku buatmu. Tika aku menghabiskan segala masa yang ada untukmu, sehingga masa buatku sendiri membisu. Tika aku ditimpa segala macam cabaran. Masihkah kau ingat?
Kini engkau dewasa, kiri kanan kuasa. Kau peneraju dirimu sendiri, sebagaimana pertama kali kau menjejaki bumi. Jika dulu aku yang tua ini mampu menegur dan memukul demi harga sebuah insan, kini aku tak lagi mampu. Aku hanya mendidikmu sebaiknya setakat yang mampu. Sekarang kau punya aqal, kau punya Islam dan iman jika kau masih pegang. Selidikilah setiap langkahan yang kau dapat sebaiknya mengikut acuan Islam, kerana kau bukan lagi si anak kecil yang kurang matang. Baik buruk sudah aku ajarkan, terserahlah padamu untuk masih memikirkan atau membiarkan, kerana aku tahu kau masih punya jiwa Islam. Sejauh manapun kau berlari, kau tak akan mampu menjadi tenang jika bukan Islam didada. Sehebat manapun engkau, kau tak mampu merasai keni’matan, andai hati masih terkapai-kapai. Kerana kau milik mutlaq DIA selamanya. Masihkah kau ingat?
Saturday, July 14, 2012
Wahai anak, mengapa kau lupa...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment