"Ya Allah janganlah Kau bebankan kepada kami beban yang berat sebagaimana yang telah Kau bebankan kepada orang sebelum kami. Ya Allah jangan Kau pikulkan kepada kami apa yang tidak sanggup kami memikulnya.Ampunilah kami dan rahmatilah kami,maka tolonglah kami '' Al Baqarah:286
Aku hamba Allah yang serba kurang yang sentiasa mengharapkan yang terbaik dalam hidupku. Sebagai hamba Nya aku tidak terlepas dari diuji oleh Nya setiap hari. Hati yang lemah sering mempertikaikan kenapa 'aku' dan tidak orang lain. Ya Allah alangkah tidak bersyukurnya aku sebagai hamba Mu bila mana aku mempertikaikan ujian Mu terhadapku. Sedangkan Nabi lagi diuji ni kan aku hanya hamba yang selemah-lemah makhluk ciptaanMu. Suka atau tidak,pasti ujian itu akan hadir.
Hidup ini sememangnya dipenuhi ujian.Itulah hakikat yang tidak pernah dapat kita pisahkan. Lain manusia lain ujianNya.Itulah warna kehidupan. Susah itu ujian senang juga satu ujian.Bujang itu ujian, perkahwinan juga satu ujian. Namun setakat mana diriku menerima ujianMu Ya Allah.Seringkali diberi ujian diri ini berlinang airmata. Perkataan 'kenapa' seringkali akan muncul difikiran. Kenapa orang itu boleh bahagia dan kenapa aku kena menangis. Hati ku terasa adil kah hidup ini untuk aku. Sayangkah Allah kepadaku. Hati ku menjadi kelam Ya Allah kerana terlalu mempertikaikan UjianMu.
Kadang aku jadi takut kerana ujianMu aku tewas dengan persoalan diri sendiri. Aku takut dek kerana terlalu bersedih dengan ujian Mu aku tidak nampak lagi rahmatMu. Ya Allah bantulah hambaMu ini.Bantulah hambaMu ini belajar bahawa ujianMu itu tidak sia-sia.
Ya aku harus belajar menerima hakikat apa yang Allah uji itu tidak sia-sia.Allah tidak pernah meminggir sesiapa pun termasuk diriku.Itulah janji Allah.Dia tidak akan menguji hamba Nya dengan sia-sia.Apa pun bentuk ujian Nya, Dia menjanjikan yang terbaik buat hambaNya.
Aku kena yakin bahawa Allah punya perancangan yang terbaik buat hamba-hambaNya. Oleh itu aku mahu mula belajar menerima ujian itu dengan sabar dan reda. Pasti linangan airmataku ada yang terbaik dari yang Maha Esa. Memang mudah untuk menilai dan memperkatakan sesuatu, tapi amat sukar untuk melalui. Tidak ramai yang mampu bertahan namun Ya Allah aku mahu jadi hambaMu yang kuat dengan apa jua ujian Mu.
Friday, July 13, 2012
Ujian Allah Tidak Sia-Sia
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment