Apabila masa mencemburui kita, segala yang kita lakukan perlukan kepantasan. kerana apa? kerana semuanya ada dateline. ada due date. ada tarikh tamat. ada tarikh luput dan sebagainya. berkerja sambil belajar ataupun belajar sambil berkerja memerlukan pengorbanan dan komitmen yang tinggi. memang tidak dinafikan macam-macam ujian, dugaan dan halangan yang datang bertamu namun tetap kena kuatkan semangat. tetap kena bina keyakinan diri. tidak dinafikan ada satu tahap rasa kepenatan dan keletihan yang amat sangat. rasa macam dah terduduk dan terjelepok tetapi selalu ingatkan diri " you have to face it. you have to fight it. no matter how hard it is". dalam motivasikan diri sebegitu, tak dinafikan ada juga airmata yang jatuh. bukan bermakna lemah tetapi ia adalah terapi... selalu cakap pada diri "jika orang lain boleh, aku pun mesti boleh".... orang-orang ISTIMEWA dah ramai yang berjaya biiznillah. so, apalagi yang nak dirungutkan? Umat Islam ada senjata paling kuat yakni DOA. Umat Islam diajar agar teruskan USAHA. Umat Islam diminta sentiasa IKHTIAR. dan umat Islam hendaklah meletakkan TAWAKAL kepada ALLAH SWT setelah buat semuanya. justeru itu, motivasikan diri. bina kekuatan diri. jangan biarkan kelemahan dan kekurangan kita menjadi Aset untuk dipergunakan oleh orang lain... Last but not Least, we are MUSLIM. we have the strength. never give up!!!
Saturday, July 14, 2012
Aku juga boleh...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment